FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

13 February 2019

Imam pukul isteri didakwa di Mahkamah Kuala Pilah esok



SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/imam-pukul-isteri-didakwa-esok-1.839970
http://www.kosmo.com.my/terkini/imam-pukul-isteri-didakwa-di-mahkamah-kuala-pilah-esok-1.839993


Imam pukul isteri didakwa di Mahkamah Kuala Pilah esok 

NILAI - Seorang imam berusia 63 tahun yang ditahan polis selepas disyaki memukul isterinya dan melepaskan satu das tembakan ke udara menggunakan sepucuk pistol pada 24 Januari lalu bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah esok.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, suspek yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan akan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata api tanpa kebenaran, menyimpan peluru tanpa lesen dan mencuri.
"Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. 
Kosmo! pada 27 Januari lalu melaporkan seorang imam berusia 63 tahun ditahan polis kerana disyaki memukul isterinya sebelum melepaskan satu das tembakan menggunakan sepucuk pistol gara-gara berselisih faham dengan isterinya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya memajak pokok rambutan di rumah mereka yang telah berbuah kepada penduduk kampung.
Polis berjaya menemui pistol jenis Revolver itu yang ditanam oleh suspek di sebuah kawasan di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Selangor pada 28 Januari lalu. - K! ONLINE



.

Ibu Jamaluddin Jarjis saman dua cucu ?!



SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/ibu-jamaluddin-jarjis-saman-dua-cucu-1.839572


Ibu Jamaluddin Jarjis saman dua cucu




KUALA LUMPUR – Ibu kepada bekas Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah memfailkan saman terhadap dua cucunya berhubung dakwaan gagal memasukkan syer tiga buah syarikat lebih RM1 bilion dalam senarai aset harta pusaka si mati.
Aminah, 85, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui firma Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik pada 3 Januari lalu dengan menamakan anak sulung Allahyarham, Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Pada prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, peguam Aqilah Pawancheek yang mewakili Ami­nah berkata, mahkamah menetapkan 2 April ini untuk pengurusan kes dihadapan Hakim Datuk Mohd. Firuz Jafril.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Aminah mendakwa, ke­dua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham Jamaluddin gagal memasukkan sebahagian syer tiga buah syarikat iaitu Rantai Wawasan Sdn. Bhd.; Alpine Motion Sdn. Bhd. dan Ivory Insights Wawasan Sdn. Bhd. ke dalam senarai aset dan liabiliti milik Allahyarham.
Dakwa Aminah, tindakan itu dibuat bertujuan menafikan hak dan kepentingannya selaku plaintif sebagai benefisiari (pe­nerima) terhadap harta pusaka itu.
Aminah juga mendakwa ke­dua-dua cucunya itu gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154 dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaluddin dan gagal memberi maklumat berhubung harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.
Defendan-defendan juga didakwa gagal memasukkan ke dalam senarai aset yang dimiliki Allahyarham iaitu sebuah apartmen di Beacon Street, Boston, Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta yang dilampirkan bersama surat pentadbiran. - K! ONLINE


.

10 February 2019

Semak kelayakan akademik, kembalikan integriti kerajaan!



SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/semak-kelayakan-akademik-kembalikan-integriti-kerajaan-1.838020


ALOR SETAR 10 Feb. - Kerajaan didesak supaya melakukan segera semakan semula terhadap kelayakan akademik kesemua Menteri dan Timbalan Menterinya sebagai langkah mengembalikan integriti badan eksekutif negara itu.


SHAHANIM MOHAMAD YUSOFF
SHAHANIM MOHAMAD YUSOFF 

Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, pendedahan demi pendedahan mengenai kelayakan akademik beberapa nama dalam Kabinet baru-baru ini termasuk oleh media asing diakui telah mencalarkan imej negara.

Beliau berkata, malah langkah menyemak status kelayakan akademik barisan Kabinet adalah menepati kempen 'Kepimpinan Melalui Teladan' yang dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1983.

"Pada kempen itu, Dr. Mahathir menggesa agar penekanan hasil kerja adalah berasaskan kepada tiga teladan penting iaitu bersih, cekap dan amanah.
"Tiga elemen ini penting demi kesejahteraan dan keteguhan rakyat serta kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Isu melibatkan ‘sijil palsu’ mendapat perhatian ramai apabila Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awalnya dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England. 
Bagaimanapun selepas laporan polis dibuat terhadap­nya oleh aktivis politik yang mempertikaikan kesahihan sijil akademik itu, Marzuki kemudian menjelaskan ijazah beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat (AS). 
Namun begitu, kredibiliti Universiti Antarabangsa Cambridge, AS itu dipertikaikan kerana didakwa merupakan ‘kilang’ mengeluarkan sijil pendidikan yang tidak sah termasuk boleh dibeli.
Warganet kemudian mula ‘menyiasat’ sendiri beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) lain dan antara yang turut terpalit dengan kontroversi tersebut termasuklah Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selain kelayakan akademik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Menurut Shahanim, semakan status kelayakan akademik para Menteri dan Timbalan Menteri membuktikan bahawa kerajaan menitikberatkan soal integriti dan tidak hanya menjadikannya sebagai retorik politik semata-mata.
"Kalau dalam soal kelayakan akademik pun hendak menipu, tak mustahil perkara lain pun boleh ditipu," katanya lagi. - UTUSAN ONLINE



.