FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

23 July 2014

Ozil Menderma Sebahagian Bonus Piala Dunia kpd GAZA !


Komen:

Pemain bola sepak yang berjiwa besar dan mempunyai wawasan inilah yang kita nak sangat... Allah Akhbar!

----------------------------------------------------------------------------------


Ozil derma bonus Piala Dunia kepada Gaza

HARAKAHDAILY | .
BEBERAPA laman web melaporkan bahawa pemain antarabangsa Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil menderma sebahagian bonus Piala Dunia yang diperoleh kepada kanak-kanak Gaza.

Ozil, yang berketurunan Turki, membuat pengumuman itu selepas berakhirnya kempen Piala Dunia di Brazil.

Persatuan Bola Sepak Jerman dianugerahkan setiap pemain pasukan itu bonus €300,000 untuk memenangi piala ini, sebagai tambahan kepada €150,000 berikut kemenangan separuh akhir dan ganjaran lain untuk setiap perlawanan.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Mesut Ozil telah mengumumkan beliau akan menderma £350,000 yang beliau peroleh kepada kanak-kanak di Gaza.

Sebelum ini, Ozil mendapat liputan meluas dalam rangkaian sosial kerana membaca doa ketika perlawanan menentang Argentina.

Selain itu timbul juga kontroversi selepas beliau enggan berjabat tangan dengan seorang pegawai FIFA kerana sokongannya kepada Israel.



10 June 2014

Menyimbah Anak dengan Air Panas !


http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140610/ma_01/Simbah-anak-enam-tahun-dengan-air-panas  (10 Jun 2014)

Simbah anak enam tahun dengan air panas


Nor Zuliana Tahir (kiri) dan Zuhairy Kassim dibawa keluar dari Mahkamah Ampang, Selangor, semalam atas tuduhan mendera anaknya hingga mati.

KUALA LUMPUR 9 Jun - Sepasang suami isteri yang dipercayai bertindak kejam mendera dengan menyimbah air panas terhadap anak lelaki mereka yang berusia enam tahun sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia, dihadapkan ke Mahkamah Ampang, dekat sini hari ini.

Di Mahkamah Majistret, ibu kandung mangsa, Nor Zuliana Tahir, 32, dan bapa tiri, Zuhairy Kassim, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama menganiaya Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy di rumah bernombor 13-3 Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari antara 23 Mei dan 25 Mei lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Ayuni Izzati Sulaiman tidak membenarkan jaminan terhadap Nor Zuliana yang merupakan suri rumah dan pasangannya yang bekerja sebagai pemandu teksi.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Nor Zuliana juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kandungnya itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Unaizah Mohd. turut tidak membebaskan wanita itu dengan jaminan.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam tertuduh untuk mengemukakan hujahan agar anak guam mereka itu dibenarkan diikat jamin, esok.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam Donny Abdullah dan Badrul Munir Mohd. Bukhari.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kedua-dua pertuduhan itu pada 18 Julai ini.
Akhbar melaporkan mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima adik beradik ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 tengah hari oleh ibunya di rumah mereka.

Kanak-kanak malang itu kemudian disahkan meninggal dunia selepas dihantar ibunya ke Hospital Ampang.
Kesemua anak mereka kini ditempatkan di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).







29 May 2014

Abby dicerai Melalui SMS !


https://my.entertainment.yahoo.com/news/abby-abadi-dicerai-melalui-sms-031200342.html
(29 Mei 2014)

Abby Abadi dicerai melalui SMS



Abby Abadi dicerai melalui SMS

29 Mei – Pelakon Abby Abadi enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi kemelut rumah tangganya tetapi mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan suaminya Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 9 pagi ini.
"Maafkan saya, esok (hari ini) insyaAllah," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Terdahulu, Abby dikatakan telah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu, dan menurut sumber perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.
Kemelut rumah tangga Abby mula hangat diperkatakan berikutan statusnya di laman sosial Instagram yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, telah berkahwin dengan Farhan pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.








18 May 2014

‘Someone’ hiding something about MH370, says Dr Mahathir in defence of MAS, Malaysia !


Source:
https://my.news.yahoo.com/someone-hiding-something-mh370-says-dr-mahathir-defence-050254021.html
(18 May 2014)


‘Someone’ hiding something about MH370, says Dr Mahathir in defence of MAS, Malaysia



In his latest posting on the missing flight MH370 and adding to the conspiracy theories about its disappearance, Tun Dr Mahathir Mohamad speculated that "someone" is not giving the full picture of how the Boeing aircraft disappeared more than two months ago.
In coming to the defence of Malaysia and national aircraft carrier Malaysia Airlines, the former prime minister again said aircraft manufacturer Boeing and certain agencies have the capacity to take over "uninterrupted control" of commercial airliners.
"Can it not be that the pilot of MH370 lost control of (his) aircraft after someone directly or remotely activated the equipment for seizure of control of the aircraft?
"It is a waste of time and money to look for debris or oil slick or to listen for ‘pings’ from the black box. This is most likely not an ordinary crash after fuel was exhausted. The plane is somewhere, maybe without MAS markings.
"Someone is hiding something. It is not fair that MAS and Malaysia should take the blame," he wrote on his blog chedet.cc today.
Dr Mahathir's defence of MAS and Malaysia Airlines was similar to his respond to the 1997 Asian financial crisis when he blamed everyone, including financier George Soros, for triggering a region-wide currency crisis.
However, in the MH370 case, the outspoken Dr Mahathir did not say who the "someone" was.
Stressing that airplanes do not disappear into thin air, especially with the array of modern technology available today, the nation's longest serving prime minister insisted that MH370's communications system and global positioning system (GPS) were disabled.
He said a search on the Internet revealed that Boeing in 2006 received a US patent for a system that, once activated, removed all control from pilots to return a commercial airliner to a pre-determined landing location.
He also provided evidence in the form of an article by John Croft in Flightglobal.com written on December 1, 2006, who wrote that "uninterruptible autopilot would be activated – either by pilot, by on board sensors, or even remotely by radio or satellite links by government agencies like the Central Intelligence Agency, if terrorists attempt to gain control of the flight deck".
"Boeing should explain about this so-called anti-terrorism auto-land system. I cannot imagine the pilots made a soft-landing in rough seas and then quietly drown with the aircraft," he said.
Dr Mahathir had previously fingered Boeing as being responsible for the missing jetliner, which disappeared off radars on March 8 with 239 on board en route to Beijing.
Most of the passengers were Chinese nationals.
"I am very upset over MAS employees being held hostage in Beijing by the relatives of the passengers of MH370," he said in referring to an incident where angry Chinese relatives of the missing passengers held some of the carrier's staff for more than 10 hours in a hotel in Beijing, China.
"I am upset because they are blaming the wrong people. The loss of the plane is due to the makers Boeing.
"MAS is not at fault, lax security or not. MAS flew a plane fully expecting it to perform the task. But the plane has somehow behaved differently. Who is responsible? Not MAS but certainly the makers of the plane – Boeing Aircraft Corporation," he wrote on his blog previously.
A major international search effort at the southern part of the Indian Ocean had so far found no sign of the missing plane.
Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein had said on Thursday that all air and surface searches had been suspended and the focus would now be on undersea operations.
He had said that the search would now have three main priorities – reanalysis of all data; extensive mapping; and analysis of seabed and asset deployment.
A recently held multilateral meeting between the three nations also confirmed that Australia would be heading the endeavour, in consultation with Malaysia.
Putrajaya had been heavily criticised by the international media and family members of passengers and crew who were on board the plane over its handling of the search effort.
A five-page preliminary report had raised more questions on the plane's disappearance. – May 8, 2014.



08 April 2014

Doktor termuda di dunia berasal dari Palestin ! Allah Akbar !


Source:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26983-doktor-termuda-di-dunia-berasal-dari-palestin
(08 April 2014)
Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa’d. Siapa Asa’d? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.

Haniyah menegaskan Eqbal Asa’d berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat.

Guinness World Records menetapkan Asa’d sebagai doktor termuda di dunia, dipetik blogKembara Hadi.

Asa’d adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon.

Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun.

Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.

Sejak kecil, Asa’d adalah seorang anak genius.

"Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun," tulisMi’raj News Agency.

Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.

"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas barunya," tulis Mi’raj.

Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya. Kemudian dia ditemui oleh media dan satu penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa’d adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar.

Asa’d bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.

Itulah luar biasanya Palestin. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestin.


Hina Islam: Kassim Ahmad ?!


Source: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140408/ma_02/Hina-Islam-Kassim-Ahmad-dibicara-6-Mei  (08 April 2014)



DR KASSIM AHMAD 

PUTRAJAYA 7 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 6 dan 7 Mei depan, perbicaraan terhadap bekas aktivis politik dan sosial, Dr. Kassim Ahmad atas dua tuduhan iaitu menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama dalam sebuah seminar pada Februari lalu.

Hakim Syarie, Azzeman Omar menetapkan tarikh tersebut ketika sebutan semula kes itu hari ini.
Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Ibrahim Deris memberitahu, pihaknya akan memanggil lebih daripada 10 saksi pendakwaan pada perbicaraan tersebut.

Ketika ditanya pemberita di luar mahkamah sama ada pendakwa akan memanggil Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai saksi, beliau menyatakan setakat ini pihaknya belum merekod keterangan bekas Perdana Menteri itu. Ibrahim turut memaklumkan bahawa pihak pendakwaan belum me-nerima wakalah pelantikan peguam syarie, Akbardin Abdul Kader yang bakal mewakili Kassim.

Bagaimanapun, Kassim memberitahu mahkamah, wakil kepada peguam Akbardin, Ummi Kartini Abd. Latiff hadir pada prosiding hari ini.

Kassim, 81, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang didakwa dilakukan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang'.

Seminar tersebut diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, No. 1, Jalan PBH, Presint 8 di sini antara pukul 9 pagi dan 5 petang, 16 Februari lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menghina agama Islam ketika membentangkan satu skrip ucapan yang bertajuk 'Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Malaysia Untuk 30 tahun Akan Datang' dengan mengatakan Nabi Muhammad tidak perlu dimuliakan dan rambut wanita bukan aurat.

Pada masa yang sama, Kassim turut didakwa mengingkari pihak berkuasa agama dengan memetik dua buku tulisannya yang telah diharamkan oleh Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu 'Hadis Suatu Penilaian Semula' dan 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik'.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 7(B) dan pertuduhan kedua, Seksyen 9, masing-masing di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Kassim yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya berunsur anti hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jawi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di rumahnya, di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim, Kedah pada 26 Mac lalu.

Polemik mengenainya tercetus selepas Kassim dalam seminar itu mengeluarkan kenyataan mendakwa Islam di negara ini diseleweng selain mengkritik sistem ulama Islam yang disamakan dengan 'kasta paderi'.
Ekoran kenyataan berkenaan, pelbagai pihak mengecam Kassim sehingga menyebabkan Jakim dan Jawi menahannya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140408/ma_02/Hina-Islam-Kassim-Ahmad-dibicara-6-Mei#ixzz2yHrjG9Qz
© Utusan Melayu (M) Bhd 




01 March 2014

TUNTUTAN COMANGO YG MELANGGAR SYARIAH ISLAM !


http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140226/re_06/Orang-Melayu-sudah-tidak-peduli-dengan-bangsa-sendiri

TUNTUTAN COMANGO YG MELANGGAR SYARIAH ISLAM !

Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ‘United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:

* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!

* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).

* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".

* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!

* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Oleh itu, jika masyarakat beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan (sekular/radikal) itu.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140226/re_06/Orang-Melayu-sudah-tidak-peduli-dengan-bangsa-sendiri#ixzz2ugQQFG6K