FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

21 September 2018

50 penyokong Najib berkumpul depan Ibu Pejabat SPRM !



SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/50-penyokong-najib-berkumpul-depan-ibu-pejabat-sprm-1.750753

50 penyokong Najib berkumpul depan Ibu Pejabat SPRM




najib
Penyokong Najib berkumpul di hadapan ibu pejabat SPRM Putrajaya.
PUTRAJAYA - Kira-kira 50 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda solidariti selepas beliau ditahan di sini hari ini.
Menurut Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam, pihaknya mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya tindakan SPRM yang diperalat untuk menjayakan agenda mematahkan semangat ahli UMNO oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jelas beliau, Najib telah ditahan berhubung dana yang disumbang oleh anak Raja Abdullah dan Kerajaan Saudi sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun amanah atas nama beliau yang difitnah oleh Mahathir sebagai wang yang dicuri dari 1MDB.
 
“Apa yang mengecewakan kami, kenyataan rasmi SPRM hari ini menyatakan penahan ini dilakukan terhadap Najib di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin untuk mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.
“Yang menghairankan kami, kenyataan Peguam Negara tadi di Malaysiakini menyatakan bahawa sehingga kini beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan berhubung kes terbabit kerana kertas siasatan masih belum diterima,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata Lokman, kenyataan yang dibuat oleh Tommy jelas menunjukkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull telah bertindak atas arahan Mahathir.  
“Penyalahgunaan SPRM ini juga boleh dilihat daripada tindakan SPRM membekukan akaun dan menyoal siasat ramai individu termasuk Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional.  
“Berdasarkan maklumat yang kami terima, selepas disoal siasat oleh pihak SPRM, Tun Daim Zainuddin telah memainkan peranannya memberikan kata dua kepada Ahli Parlimen terbabit sama ada mahu keluar UMNO atau pendakwaan diteruskan,” kata beliau.
Tambah Lokman, lebih menyedihkan, pendakwaan berniat jahat itu dilakukan selepas Najib mengeluarkan pelbagai bukti bahawa dana tersebut datangnya dari Kerajaan Saudi dan anak Raja Abdullah beberapa hari lalu. 
“Ini juga membuktikan bahawa hari ini AMLA sudah digunakan sebagai ISA yang baharu untuk menindas musuh politik Mahathir.
“Melalui AMLA, sesiapa juga yang pernah menerima dana UMNO melalui cek Ambank Islamic, akaun amanah atas nama Presiden UMNO, boleh didakwa di bawah AMLA dan terdedah kepada ugutan,” katanya.
Tambah beliau, AMLA digunakan sepenuhnya oleh Mahathir bagi mematikan kebangkitan rakyat khususnya kepimpinan UMNO kerana apabila seseorang itu didakwa di bawah AMLA, pihak pendakwaan tidak perlu membuktikan mereka menerima duit daripada sumber haram.  
“Sebaliknya, yang tertuduh perlu membuktikan bahawa dana yang mereka peroleh adalah bukan daripada sumber haram seperti jenayah, rasuah dan salah guna kuasa.  
“Persoalannya, bagaimana kemasukan dana ini boleh dianggap sebagai daripada sumber yang haram sedangkan ianya masuk dengan mendapat kelulusan Bank Negara?” soal beliau.
Sehubungan dengan itu, Pemantau Malaysia Baru dan pertubuhan bukan kerajaan akan menghantar memorandum memohon campur tangan Majlis Raja-Raja bagi menghentikan penyalahgunaan AMLA pada 26 September ini.
Dalam pada itu, Lokman memberitahu, satu Perhimpunan Solidariti4NajibRazak akan dibuat pukul 2.30 petang esok di Mahkamah Jalan Duta. - K! ONLINE




.

Peminjam PTPTN tidak jujur punca tunggakan hutang RM36 bilion tidak berbayar !!



SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/peminjam-ptptn-tidak-jujur-punca-tunggakan-hutang-rm36-bilion-tidak-berbayar-1.751288


Peminjam PTPTN tidak jujur punca tunggakan hutang RM36 bilion tidak berbayar

Mahathir
Mahathir
KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas sikap tidak jujur peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang tekumpul yang tidak dibayar adalah sebanyak RM36 bilion. 
Perdana Menteri berkata, beliau berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila  mereka diamanahkan dengan sesuatu.
"Di Malaysia kadang-kadang terdapat manusia yang sangat tidak jujur. Sebagai contoh, untuk memberikan peluang pendidikan kepada rakyat kita memberi mereka biasiswa, kita mengeluarkan wang untuk membiayai pelajaran mereka supaya mereka kelak akan memperoleh pendapatan yang lebih baik dan dapat meningkatkan taraf hidup.
"Sebaik sahaja mereka diterima belajar di universiti, baik di dalam dalam mahupun di luar negara, kita akan memberi mereka biasiswa, pinjaman sebenarnya, tetapi malangnya apabila mereka sudah kembali (ke tanah air) mereka enggan membayar semula hutang tersebut.
"Kita mempunyai sebanyak RM36 bilion hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN.
"Saya berasa sangat malu tetapi mereka sebaliknya tidak. Mereka ada pendapatan dan mampu membayar hutang, cuma mereka sengaja enggan membayarnya," katanya pada majlis syarahan utama di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini. - Bernama.

06 September 2018

Permainan online ‘Momo’



COMMENT: 

The government should BANNED  this video game MOMO with immediate effects, for the safety and harmony of the people and society!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/dunia/dua-remaja-korban-terbaharu-permainan-online-8216-momo-8217-1.741713

Dua remaja korban terbaharu permainan online ‘Momo’



BARBOSA, Colombia – Dua orang remaja di sini menjadi korban terbaharu permainan online Momo Challenge selepas mereka dikatakan membunuh diri semasa menyahut cabaran bermain melalui aplikasi WhatsApp.
Kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 12 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun itu berlaku dalam tempoh hanya 48 jam di bandar Barbosa yang terletak di kawasan Santander, barat laut Colombia.

Media tempatan melaporkan, mayat remaja lelaki itu ditemui dahulu dan dia dipercayai mengenali mangsa kedua tersebut.

Dia dilaporkan menyerahkan permainan Momo itu kepada remaja perempuan terbabit. Mayat remaja perempuan itu ditemui tergantung di dalam almari pakaiannya.
Setiausaha kerajaan, Janier Landono berkata: “Ternyata mereka bermain permainan ini melalui WhatsApp dan mengajak anak muda mencederakan diri sendiri. Permainan ini mempunyai cabaran yang berbeza dan membunuh diri merupakan pengakhirannya.”
Momo Challenge yang me­nyasarkan golongan remaja, mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu dikenali sebagai ‘Momo’ menerusi aplikasi WhatsApp. Selepas itu, Momo akan menetapkan sasaran dan pengguna perlu mengikut setiap arahan.
Jika tidak memberikan respons, Momo akan mula menakut-nakutkan pengguna termasuk ugutan untuk menyebarkan maklumat peribadi dan mencederakan ahli keluarga. – Agensi

16 July 2018

Kebebasan baharu universiti awam ?!



SOURCE: 
http://www.kosmo.com.my/negara/kebebasan-baharu-universiti-awam-1.686916

Kebebasan baharu universiti awam

Boleh anjurkan program wacana, dialog tanpa dikenakan sebarang sekatan


Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik  (tiga dari kanan) menyampaikan

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak warga kementerian dalam Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Putrajaya di sini,hari ini.

PUTRAJAYA – Pihak pentadbiran universiti di Malaysia kini boleh menganjurkan sebarang sesi wacana dan dialog secara terbuka tanpa dikenakan sebarang sekatan.
Ia selaras dengan hasrat kerajaan baharu untuk menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai medan intelektual.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, gesaan itu dikeluar­kan oleh beliau sendiri berkuat kuasa serta-merta.
“Sebagai Menteri Pendidikan, saya menggesa Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar supaya tidak me­lakukan sekatan bagi penganjuran program-program ilmiah, wacana dan dialog di universiti.
“Begitu juga dengan sekatan atau tindakan menghalang kema­sukan kenderaan awam ke universiti juga tidak lagi dibenarkan.
“Kita mahu universiti awam menjadi medan perkongsian intelektual dan setaraf universiti di negara maju seperti Universiti Oxford dan Universiti Cambridge,” katanya kepada pemberita di sini semalam



.

14 July 2018

Sekolah Pay Fong - Wartawan beragama Islam - menu BABI GORENG ?!



SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/negara/penganjur-jamu-wartawan-hidangan-babi-goreng-1.708037

Penganjur jamu wartawan hidangan babi goreng



BEBERAPA wartawan Islam hampir menjamah menu babi goreng yang


BEBERAPA wartawan Islam hampir menjamah menu babi goreng yang dihidangkan di atas meja mereka sewaktu liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di Melaka malam kelmarin.



MELAKA – Beberapa wartawan ber­agama Islam dan Hindu yang membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia terkejut apabila dihidangkan menu babi goreng di Sekolah Pay Fong di sini kelmarin.
Lebih mengecewakan, majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan ahli-ahli dewan undangan negeri itu tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.
Penganjur hanya menyediakan meja makanan halal untuk tetamu kenamaan dan pemenang anugerah yang beragama Islam.
Antara wartawan yang hadir termasuk­lah daripada Utusan Malaysia, Melaka­Kini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily selain beberapa war­tawan daripada akhbar Cina.




.

13 July 2018

Ibu bapa anggap isu anak nikahi lelaki 41 tahun selesai !!


SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ibu-bapa-anggap-isu-anak-nikahi-lelaki-41-tahun-selesai-1.706465



Ibu bapa anggap isu anak nikahi lelaki 41 tahun selesai


che abdul karim tular

Gambar yang menjadi tular di media sosial menunjukkan Che Abdul Karim (kanan) menyarungkan cincin ke jari isteri baharunya yang berusia 11 tahun. - GAMBAR MEDIA SOSIAL

GUA MUSANG 10 Julai - Ibu bapa budak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun yang bernikah dengan lelaki, 41, menganggap isu tersebut selesai selepas lelaki itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, semalam.
Bapanya, Mat Rashid Rimadsa, 49, tidak mahu perkahwinan anak perempuannya dijadikan isu sehingga menjejaskan kehidupan mereka sekeluarga kerana sejak perkara itu timbul, kerjanya sebagai penoreh getah terjejas.
“(Sejak isu itu timbul) setiap hari saya bersama isteri, Aminah Hitam dan anak terpaksa melayan orang yang bertanyakan perkara itu dan tidak ada masa untuk keluar menoreh getah,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Panggong Lalat di sini, hari ini.
Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang mendenda peraih getah, Che Mohd Karim Che Hamid sebanyak RM1,800 selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.
Hakim Mohd Surbaineey Hussain menjatuhkan hukuman denda RM900 bagi setiap pertuduhan terhadap lelaki itu selepas mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut. Lelaki terbabit kemudiannya membayar denda itu.
Pada 18 Jun lalu, tular dalam media sosial bahawa lelaki yang tinggal di Kampung Lalang, Kuala Betis di sini, bernikah dengan budak perempuan bawah umur berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Sungai Golok, Selatan Thailand.
Sementara itu, ibu budak perempuan tersebut, Aminah, 47, berkata beliau terpaksa pulang ke Thailand selama tiga hari pada minggu lepas bagi urusan sambung permit kerja dan bagi memberi keterangan berhubung pernikahan anaknya kepada Majlis Agama Islam Narathiwat.
Beliau berkata Majlis Agama Islam Narathiwat, bagaimanapun tidak mengambil sebarang tindakan ke atas anaknya walaupun bernikah bawah umur kerana mengikut perjanjian, lelaki itu hanya akan tinggal bersama anaknya apabila gadis itu berusia 16 tahun.
“Tak ada masalah pun mengenai pernikahan anak perempuan kami kerana sah dari segi hukum serta persetujuan bersama, apapun kita bersyukur perkara itu tidak berbangkit lagi,” katanya.- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ibu-bapa-anggap-isu-anak-nikahi-lelaki-41-tahun-selesai-1.706465#ixzz5L88969Jz
© Utusan Melayu (M) Bhd 




05 July 2018

Bekas Pengarah JKR Melaka dipenjara, denda !



SOURCE: 
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/354875/bekas-pengarah-jkr-melaka-dipenjara-denda#cxrecs_s

Bekas Pengarah JKR Melaka dipenjara, denda


Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@nstp.com.my


BEKAS Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar, 58, dijatuhi hukuman penjara 22 tahun enam bulan dan denda RM36 juta oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah antara Mac 2014 hingga 15 Ogos 2016.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Khalid selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Tertuduh berdepan 18 pertuduhan, masing-masing lima mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613), manakala 13 tuduhan lagi membabitkan kesalahan rasuah.
Mengikut kelima-lima pertuduhan itu, tertuduh didakwa membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM206,396.16 dalam akaun Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), RM506,735.92 (Tabung Haji), RM375,200 (wang tunai), RM1.98 juta (Amanah Saham Wawasan 2020) dan RM2.13 juta (Amanah Saham Didik), iaitu kesalahan membabitkan pengubahan wang haram.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 September 2015 hingga 15 Ogos 2016 di beberapa lokasi di negeri ini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.
Bagi 13 kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) pula, tertuduh didakwa menerima suapan RM196,200 menerusi 13 transaksi daripada lapan syarikat dan individu pada Mac 2014 hingga Ogos 2016 di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Julai 2018 @ 1:51 PM