URLhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm (3rd October 2009)
Pernah ketagih filem lucah
Tommy Kurniawan, jika ditanya kepada sesiapa sahaja secara rawak, tidak ramai yang berani mengaku mereka pernah menonton filem lucah. Tetapi tidak bagi pelakon yang semakin meningkat naik, Tommy Kurniawan. Hal tersebut bukanlah sesuatu perkara yang perlu dimalukan.
“Saya tidak perlu berbohong, memang saya suka menonton filem lucah dan ia berlaku agak kerap. Tetapi itu dulu, ketika di zaman sekolah. Kalau sekarang, saya dah jarang menonton filem sebegitu,” tuturnya berterus-terang ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Innayah di Cirendeu Tangerang, Banten. Bagaimanapun dia hairan mengapa kehadiran bintang filem porno Jepun, Maria Ozawa ke Indonesia dihalang oleh pihak berkuasa.
“Saya tidak faham apa kesalahannya sehingga tidak dibenarkan datang ke Indonesia. Dia datang ke sini bukan untuk melakukan seks. Lagipun, menjadi bintang filem porno juga merupakan kerjayanya,” tegas aktor berusia 25 tahun itu.
Bagaimanapun, ditanya tentang keinginannya untuk bertemu dengan Maria, Tommy berkata: “Kalau saya masih di zaman sekolah, mungkin saya teruja untuk bertemu dengan wanita itu.”
Komen: Awas! Ribut taufan mungkin makin kuat di Padang, Indonesia, dan juga di beberapa tempat lain…disebabkan manusia macam ini… Kita tunggu berita.
Komen: Awas! Ribut taufan mungkin makin kuat di Padang, Indonesia, dan juga di beberapa tempat lain…disebabkan manusia macam ini… Kita tunggu berita.