(28 March 2013)
Kerajaan kekang blog hina Islam
DHAKA 28 Mac - Kerajaan Bangladesh
memperhebatkan usaha mengekang blog-blog yang dipercayai menghina Islam,
selepas sekumpulan aktivis Islam mengugut untuk mengadakan bantahan secara
besar-besaran bagi menuntut penulis blog berfahaman ateis dihukum.
Penolong Pengarah Penguat Kuasa
Telekomunikasi, Rahman Khan, semalam berkata, pihaknya telah mengarahkan dua
laman web terkenal di Internet supaya membuang beratus-ratus komen menghina
Islam yang ditulis oleh tujuh penulis blog.
"Penulisan mereka itu menghina Islam
dan Nabi Muhammad SAW. Dua laman web tersebut, Somewhereinb log.net dan Amarblog.com akur
dengan arahan pihak berkuasa dan memadamkan komen-komen kontroversi berkenaan.
"Pihak kami juga sedang memantau
beberapa laman web lain dan memadam mana-mana blog yang menghina Islam bagi
memastikan keharmonian negara ini terjamin," katanya. - AFP
KOMEN:
ISLAM maju dan terus maju, Islam
berdaya saing, kadang-kala mengatasi agama Kristian, dan agama lain, bagi umat
Islam, itu adalah biasa, sebab Islam adalah agama syumul-sempurna (‘complete’),
tetapi bagi penganut agama Kristian,
mereka tak dapat terima kemasukan Islam dan penguasaan (‘dominance’) agama
Islam di Negara Barat mereka. Orang Islam di Britian, Kanada, Australia,
Switzerland, Perancis, dan sebagainya, semakin maju dan menempa kejayaan dan kemajuan di dlm indutri
pemakanan halal, SMEs, SMIs, dan yang paling penting akhlak terpuji. Orang
Barat pula, adalah sebaliknya, itulah yang membuat mereka tak senang duduk, cemburu,
dengki, jadi ada diantara mereka terus ke blog dan Internet, dan menghina Islam
dan umat Islam. Kerajaan ada kuasa untuk bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang
yang ada, atau mengubal undang-undang siber baru.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130328/lu_01/Kerajaan-kekang-blog-hina-Islam#ixzz2On5LmONm
© Utusan Melayu (M) Bhd