http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140226/re_06/Orang-Melayu-sudah-tidak-peduli-dengan-bangsa-sendiri
TUNTUTAN COMANGO YG MELANGGAR SYARIAH ISLAM !
Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:
* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!
* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).
* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".
* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!
* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).
Oleh itu, jika masyarakat beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan (sekular/radikal) itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140226/re_06/Orang-Melayu-sudah-tidak-peduli-dengan-bangsa-sendiri#ixzz2ugQQFG6K