Komen:
Masa nak kahwin, I love you, you love me, I love everything about you, even your shit. Selepas berkahwin, tak tahan tengok muka, dan bercerai dalam masa yang singkat. Artis dan pelakon bercerai makin menjadi-jadi !!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Elly Mazlein
SEPANG 12 Julai - Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein dan bekas suami, Azmi Hatta masing-masing tidak mencapai kata putus terhadap nilai tuntutan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini sudah berusia setahun.
Menurut Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, Azmi membuat permohonan untuk mengurangkan tuntutan nafkah yang telah ditetapkan mahkamah sebelum ini bernilai RM1,500 sebulan kepada RM500 sebulan.
“Alasan utamanya adalah disebabkan dia terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM1,150 sebulan.
“Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini.
“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500,” ujarnya.
Elly Mazlein berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Salak Tinggi setelah Azmi membuat permohonan untuk mengubah nafkah anak mereka.
Dalam pada itu, pelakon yang sedang menjalani penggambaran siri Vila Ghazara berkenaan memberitahu, perbicaraan bagi memutuskan nilai nafkah akan diteruskan pada 1 Ogos ini di mahkamah sama.
Sementara itu, usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan Azmi tidak berjaya kerana difahamkan pengarah tersebut terus pulang.- UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/bekas-suami-utamakan-motor-berbanding-anak-elly-mazlein-1.502034#ixzz4n65LhV4a
© Utusan Melayu (M) Bhd
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Serina tetap failkan cerai
KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelakon Serina Redzuawan, 35, hari ini memuat naik gambarnya sekeluarga di laman Instagram termasuk suami, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, sekali gus mengundang tanggapan ramai mengatakan mereka sudah berbaik.
Bahkan, kemesraan yang dipaparkan mereka empat beranak tidak sedikit pun menampakkan pergolakkan yang sedang dihadapi Serina setelah wanita itu memfailkan perceraian pada April lalu.
Bagaimanapun pelakon filem Zack Kapcai itu ketika dihubungi UTUSAN ONLINE menjelaskan, dia dan Salahudin tetap akan meneruskan perceraian, namun hubungan antara mereka berdua masih baik demi anak-anak.
“Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu.
“Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah,” katanya memberi penjelasan ringkas.
Serina dan Salahudin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/hiburan/serina-tetap-failkan-cerai-1.503512#ixzz4n67EOiZZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
.