Namun begitu, Anwar turut mengingatkan bahawa mereka yang melakukan kesalahan perlu dikenakan tindakan mengikut undang-undang.
"Kita ikut proses hukum dan jalur hukum mesti dipatuhi, tetapi andai orang ambil beratus-ratus juta takkan kita nak lepas, kita kena kembalikan wang itu.
"Bagaimanapun kita tidak boleh bergerak atas dasar dendam kerana dendam ialah penyakit hati," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Beliau ditemui selepas Majlis Iftar Perdana di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh di sini.
Dalam pada itu, Anwar berkata, wakil rakyat PH sepatutnya menjadikan apa yang berlaku di pihak lawan sebagai pengajaran yang sepatutnya tidak diulangi.
"Kita dah menang, jadi tak perlu menyerang lagi lawan kerana tumpuan kita adalah untuk memastikan siapa yang menang untuk pikul amanah dengan baik, tunjuk kesederhanaan serta elak kegiatan-kegiatan boros dan rasuah yang kita serang dahulu. 
"Ini tanggungjawab kita. Tugas kita besar dan rakyat harus bantu pantau keadaan ini supaya tidak berulang," katanya lagi. - K! ONLINE