Jiaxin, ditahan di Lapangan Terbang Sydney pada Rabu lalu ketika cuba menaiki penerbangan pulang ke Malaysia selepas didapati menghabiskan wang kira-kira AS$1 juta (RM3.9 juta) sejak empat tahun lalu apabila pihak Bank Wespac tersalah masuk wang ke dalam akaunnya.

Pelajar jurusan kejuruteraan ter­sebut didakwa atas kesalahan tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap kesilapan pihak bank apabila menggunakan wang itu untuk membeli beg tangan mahal, beberapa barangan mewah, tinggal di sebuah rumah mewah dan memindahkan wang ke akaun lain.

Namun majistret Lisa Stapleton yang membenarkan pelajar berusia 21 tahun itu diikat jamin, berkata, pihak Bank Westpac sendiri yang melakukan kesilapan dengan membenarkan gadis tersebut mengeluarkan wang tanpa had.

Dalam kes itu katanya, Jiaxin dianggap berhutang dengan pihak bank bagi setiap sen yang digunakan dan tidak melanggar undang-undang.

“Tindakan Jiaxin bukan satu perbuatan jenayah. Setiap orang memiliki impian perkara itu akan berlaku kepada mereka.

“Dia tidak mengambil wang ter­sebut daripada pihak bank, tetapi mereka yang memberikannya kepada dia,” katanya seperti dilaporkan portal Sydney Morning Herald.
Sementara itu, portal berita Australia, The Daily Telegraph me­laporkan, siasatan polis mendapati pelajar terbabit menghabiskan wang sebanyak AS$85,000 (RM339,964) seminggu selain menyembunyikan duit dalam akaun rahsia yang berjumlah AS$1.3 juta (RM5.1 juta)

Jelas laporan itu, Jiaxin memindahkan wang sebanyak AS$33,000 (RM131,986) setiap minggu ke dalam akaun yang tiada kaitan dengan Bank Westpac.

“Jumlah yang dipindahkan itu gagal dikesan oleh pegawai bank.
“Baki wang AS$3.3 juta (RM13.1 juta) dipercayai telah digunakan atau mungkin dipindahkan ke akaun luar negara,” jelas laporan terbabit.