FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

22 May 2017

LEBIH 49 RIBU PENJAWAT AWAM BERDEPAN RISIKO MUFLIS - CUEPACS !!


Sumber:
http://cuepacs.blogspot.my
http://www.astroawani.com/video-malaysia/49-ribu-penjawat-awam-berdepan-risiko-muflis-152890



LEBIH 49 RIBU PENJAWAT AWAM BERDEPAN RISIKO MUFLIS - CUEPACS


Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda. Azih berkata penjawat awam terbabit didapati melakukan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang melebihi kemampuan gaji mereka. "Hal ini saya lihat semakin serius dania terjadi kerana ada penjawat awam yang bertindak memalsukan slip gaji ketika membuat pinjaman," katanya kepada pemberita pada Seminar Hari Pekerja di sini 


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:
http://www.astroawani.com/video-malaysia/49-ribu-penjawat-awam-berdepan-risiko-muflis-152890

Lebih 49 ribu penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan mereka menguruskan hutang pinjaman. Sehubungan itu Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda mencadangkan sistem bagi mengawal pinjaman di kalangan penjawat awam diperkenalkan.


.

09 May 2017

Permintaan syabu di kalangan anak peneroka Felda meningkat - Polis N.Sembilan !


Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/permintaan-syabu-di-kalangan-anak-peneroka-felda-meningkat-polis-n-sembilan-1.479187

Permintaan syabu di kalangan anak peneroka Felda meningkat - Polis N.Sembilan

SEREMBAN 9 Mei - Permintaan terhadap dadah sintetik atau syabu dalam kalangan anak peneroka Felda di negeri ini menunjukkan trend peningkatan meskipun harganya lebih mahal berbanding dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular di kawasan itu.
MUHAMAD ZAKI HARUN
MUHAMAD ZAKI HARUN
Ketagihan kronik terhadap dadah yang mahal ini dikatakan turut menjadi antara penyumbang kepada berlakunya pelbagai kes-kes jenayah termasuklah pecah rumah, samun dan ragut, bagi membolehkan pelakunya memperoleh wang segera untuk membeli bekalan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Muhamad Zaki Harun berkata, permintaan dadah jenis syabu hampir menyamai permintaan dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular di kawasan-kawasan Felda disebabkan sifat mahu mencuba dan merasa pelbagai jenis dadah.


"Untuk itu mereka memerlukan wang yang lebih banyak dan apabila tiada wang, inilah yang menyumbang kepada berlakunya kes jenayah di kawasan sekitar.
"Kita akui terdapat kaitan bahawa sekiranya ada penagih di sesuatu kawasan, maka akan berlakulah jenayah sampingan yang lain bahkan ada juga di kalangan penagih mencuri getah dan kelapa sawit untuk dijual memandangkan harga komoditi itu ketika ini agak mahal. Kiranya mereka akan melakukan apa sahaja jenayah asalkan mereka memperoleh wang untuk membeli bekalan," katanya.
Katanya, selain itu, pengambilan air ketum juga merekodkan permintaan tinggi ketika ini, bahkan polis turut menemui ladang ketum dan tempat memproses air ketum di daerah Jempol yang diusahakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Lebih membimbangkan, pengedar ketum yang ditahan itu berasal dari kawasan Felda, sekaligus memudahkan lagi bekalan dadah diperoleh anak-anak Felda di kawasan berkenaan, katanya.
Muhamad Zaki berkata, berdasarkan statistik tangkapan berkaitan dadah di Felda di seluruh Negeri Sembilan bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, menunjukkan peningkatan sebanyak 67 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
“Operasi telah kita jalankan di kawasan Felda di daerah Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Jempol dan mendapati kenaikan dari segi tangkapan pada tahun ini iaitu seramai 136 orang berbanding 81 orang dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya.
Meskipun pelbagai usaha membanteras penyalahgunaan dadah dilaksanakan, beliau berkata, selagi ia mendapat permintaan, selagi itulah akan adanya bekalan dan bagi memastikan kegiatan kegiatan itu dapat dihapuskan secara holistik, elemen permintaan dan penawaran perlu diperangi habis-habisan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/permintaan-syabu-di-kalangan-anak-peneroka-felda-meningkat-polis-n-sembilan-1.479187#ixzz4gaKFzkJR
© Utusan Melayu (M) Bhd 



.

02 May 2017

Discrepancies at Some Religious Schools !!

COMMENTS:

There are a few discrepancies, at some religious schools or institutions, among others:

1- Its a tahfiz institution, an Islamic institution, the expectation is that it should be BETTER than the normal secular schools.

2- The school administrators and management who are 'amanah' (responsible) by the parents to take good care of their children, But it seems that the children well-being are not the priority.

3- It should also be expected that a few young children misbehave, but the punishment should never be too extreme - that lead to severe injuries and death !

4- The school administrators should also know that not all young children are "Hulk" that can take extreme punishment, some may have sickness and convulsions.

Convulsion (Malay: Sawan) - a sudden, violent, irregular movement of a limb or of the body, caused by involuntary contraction of muscles and associated especially with brain disorders such as epilepsy, the presence of certain toxins or other agents in the blood, or fever in children.  


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/ustaz-terlepas-hukuman-gantung-kes-kematian-murid-sekolah-agama-1.196510


Ustaz terlepas hukuman gantung kes kematian murid sekolah agama

PUTRAJAYA 2 Mac – Seorang bekas guru sebuah sekolah agama di Arau, Perlis hari ini diperintah menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana menyebabkan kematian anak muridnya yang berusia tujuh tahun, lima tahun lalu.
Hanif Mohamad Ali, 32, dilihat menarik nafas lega apabila terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuannya untuk mengetepikan hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 1 Mac tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmadi Asnawi menggantikan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan penjara 20 tahun atas kesalahan membunuh tanpa niat mengikut Seksyen 304 (a) kanun yang sama.
Beliau yang bersidang bersama Tan Sri Idrus Harun dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula tarikh tangkapan pada 31 Mac 2011.
Hanif disabitkan kesalahan menyebabkan kematian pelajar tahun satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di antara pukul 6 petang dan 12 tengah malam di bilik warden asrama putera di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Arau pada 31 Mac 2011.
Keterangan kes menyatakan, mangsa dipanggil ke bilik warden selepas disyaki mencuri wang RM1 sebelum tangannya diikat ke atas dengan tali rafia pada jeriji besi dalam keadaan berdiri manakala bibirnya ditumbuk dan lehernya dicekik.
Keterangan salah seorang pelajar sekolah itu menyebut, dia mendengar bunyi tangisan dari bilik warden ketika sedang mengambil wuduk untuk bacaan surah Yasin pada malam tersebut.
Sementara itu, salah seorang ustaz sekolah berkenaan ketika dipanggil ke bilik warden mengaku melihat Hanif memangku kanak-kanak tersebut yang ketika itu diserang penyakit sawan dalam keadaan tubuhnya menggigil dan gigi terkancing.
Laporan bedah siasat menunjukkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia tiga hari kemudian akibat tekanan pada leher dalam jangka masa pendek sehingga menghalang bekalan darah yang membawa oksigen ke otak.
Hakim Ahmadi ketika membacakan keputusan itu berpuas hati bahawa terdapat merit dalam rayuannya kerana tiada keterangan bahawa perayu mempunyai niat mendatangkan kecederaan pada leher mangsa yang membawa kepada kematiannya.
Sebelum itu, peguam Ariff Azami Hussein yang mewakili Hanif berhujah, keterangan pihak pendakwaan tidak mencukupi bagi membuktikan anak guamnya mempunyai niat membunuh mangsa ketika menyebabkan kecederaan pada lehernya.
Beliau yang hadir bersama Azizzul Shariman Mat Yusof dan Muhamad Hafiz Leman berhujah, jika perayu mempunyai niat membunuh, mangsa akan menemui ajal serta-merta bukannya selepas tiga hari kejadian berlaku.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah, cara mangsa diperlakukan tidak menunjukkan dia sedang dihukum sebaliknya perbuatan guru berkenaan lebih menjurus kepada penderaan.
Beliau berhujah, mangsa yang bertubuh kecil dicekik untuk tempoh kira-kira empat minit.
“Sudahlah tiada bukti mencuri, tindakan terhadap mangsa hanya atas syak wasangka. Ini kes penderaan, bukan menghukum,’’ hujah Wan Shaharuddin.
Sementara itu, Ariff Azami memohon agar anak guamnya yang tidak mempunyai rekod jenayah diberi peluang supaya tidak dikenakan hukuman penjara yang panjang.
Peguam bela berhujah, Hanif sedang mengikuti projek perintis program tahfiz di Penjara Tapah, Perak sebagai tenaga pengajar yang menunjukkan anak guamnya masih boleh menyumbang kepada masyarakat.
Namun demikian, Wan Shaharuddin mencadangkan hukuman penjara tidak kurang 20 tahun dengan memberi pertimbangan terhadap cara jenayah dilakukan yang membawa kepada kematian mangsa manakala kelakuan perayu selepas kejadian tidak wajar diambil kira.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------







Orang Asli menang 
kes saman RM37 juta !



Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/orang-asli-menang-8232-kes-saman-rm37-juta-1.423475


Orang Asli menang 
kes saman RM37 juta


SEBAHAGIAN daripada Orang Asli suku kaum Jakun dari Kota Tinggi menunjukkan tanda bagus setelah Mahkamah Tinggi memutuskan mereka layak menerima semula pampasan berjumlah RM37 juta dalam prosiding di Ipoh, semalam. BERNAMA


IPOH 22 Dis. - Sekumpulan Orang Asli dari Johor Bahru menangis kegem­biraan apabila Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan 10 defendan termasuk dua beranak yang merupakan bekas peguam supaya memulangkan wang pampasan dan membayar ganti rugi berjumlah RM37 juta kepada Tabung Amanah Linggui Valey Orang Asli (Jakuns) Trust dan 78 masyarakat Orang Asli selepas mereka didapati menyalahgunakan dana tabung tersebut.
Hakim Datuk Samsudin Hassan dalam keputusannya berkata, jumlah itu termasuk RM5 juta bagi ganti rugi teladan manakala RM1 juta sebagai kos dengan RM500,000 dibayar kepada 78 plaintif manakala RM500,000 lagi kepada Penerima dan Pe­ngurus untuk dimasukkan dalam tabung amanah.
Keputusan itu dibuat oleh beliau dalam kes saman di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang bersidang di sini kerana beliau baru bertukar ke Perak. Keseluruhan prosiding perbicaraan kes itu sebelum ini didengar beliau di Johor Bahru.
Dalam kes saman tersebut, plaintif terdiri daripada Saling Lau Bee Chiang bersama 77 penduduk Orang Asli dari Kampung Sayong Pinang, Kampung Semangar dan Kampung Pasir Intan di Kota Tinggi.
Pihak defendan pula termasuk firma guaman Khana & Co., bekas peguam, S. Kanawagi dan anak­nya, K. Dinesh serta Batin Adong Kuwau dan Batin Daud Kadir yang sudah meninggal dunia.
Hakim Samsudin dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati pihak defendan selaku pemegang amanah telah menyalah guna, salah tadbir dan urus serta salah pakai wang pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Johor kepada penduduk Orang Asli yang tanah mereka diambil alih bagi pembinaan Empangan Linggui.
Beliau berkata, pihak defen­dan juga tidak jujur dan amanah, gagal memaklumkan perkara sebenar, tidak konsisten, mengemukakan dokumen yang boleh dipertikaikan, tidak memberi kerjasama memberi maklumat diminta plaintif serta melengah-lengahkan kes tersebut.
“Mahkamah mendapati defendan memperkayakan diri de­ngan cara tidak sepatutnya.
“Penerima dan Pengurus juga menemukan defendan menggunakan sebahagian wang tabung amanah berkenaan untuk membeli 27 apartmen di Kuala Lumpur di bawah nama Kanawagi dan kemudian wang sewa unit berkenaan digunakan pula untuk membeli 30 lagi unit apartmen menggunakan nama Dinesh,” kata beliau.

.