MUHAMAD ZAKI HARUN
MUHAMAD ZAKI HARUN
Ketagihan kronik terhadap dadah yang mahal ini dikatakan turut menjadi antara penyumbang kepada berlakunya pelbagai kes-kes jenayah termasuklah pecah rumah, samun dan ragut, bagi membolehkan pelakunya memperoleh wang segera untuk membeli bekalan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Muhamad Zaki Harun berkata, permintaan dadah jenis syabu hampir menyamai permintaan dadah jenis heroin yang sebelum ini lebih popular di kawasan-kawasan Felda disebabkan sifat mahu mencuba dan merasa pelbagai jenis dadah.