KOMEN:
1- Orang pergi Mecca untuk melakukan Haji & Umrah untuk MENAMBAHKAN PAHALA !
Bukan nya untuk menambahkan DOSA besar.
2- LIWAT & rogol anak sampai beratus kali, ini adalah kes anak pun jahil, ibu pun jahil, bapak lagi jahil dan syaitan nafsu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Source:
http://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/kes-bapa-liwat-anak-kandung-perempuan-pertama-kali-dilakukan/3821508.html
Kes bapa liwat anak kandung perempuan: Pertama kali dilakukan semasa tunaikan umrah di Makkah
PUTRAJAYA: Kes bapa yang mengaku bersalah melakukan lebih 600 kesalahan seksual terhadap anak perempuan kandungnya mengejutkan ramai pihak.
Namun, laporan Astro Awani mengenai kes itu membuat ramai orang yang hadir di mahkamah tersentak.
Bapa yang berusia 36 tahun itu didakwa pertama kali meliwat anaknya semasa mengerjakan ibadah umrah di Makkah pada 3 April 2015 semasa mangsa berusia 13 tahun.
Mangsa mendakwa dihempap dari belakang semasa tertuduh meliwatnya.
Malah, terdapat satu kejadian di mana mangsa menjerit kesakitan.
Itu antara sebahagian daripada ratusan siri trauma dan keperitan dilalui mangsa yang diceritakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
Laporan Astro Awani menambah bahawa turut dibacakan adalah laporan perubatan dari dua buah hospital yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa.
Memetik laporan perubatan obstetrik dan ginekologi (O&G) sebuah hospital kerajaan, terdapat kesan luka lama pada kemaluan mangsa.
Selain itu, laporan perubatan pembedahan awam hospital berlainan turut mendapati ada luka baru pada mangsa.
Awal sebelum itu, Bernama melaporkan bahawa tertuduh dihukum penjara selama 48 tahun dan disebat sebanyak 24 kali selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.
Kes itu mendapat perhatian ramai kerana ini kali pertama seorang tertuduh menghadapi pertuduhan yang sangat banyak dan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali sebelum ini juga mengesahkan lelaki itu merupakan tertuduh pertama di negara ini yang didakwa atas beratus-ratus pertuduhan melibatkan jenayah serangan seksual.
Aduan polis mengenai kejadian dan perbuatan lelaki itu dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.
- Agensi berita/RU/ru
.