FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

26 February 2018

Cukup-cukuplah bonus RM500 – CUEPACS



SOURCE: 
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/cukup-cukuplah-bonus-rm500-8211-cuepacs-1.539309


Cukup-cukuplah bonus RM500 – CUEPACS


Azih Muda

AZIH MUDA


KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan mempertimbangkan pemberi­an bonus sekurang-kurangnya satu bulan setengah gaji kepada 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2018.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, permintaan itu adalah bagi mengurangkan beban penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyara kehidupan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.

"Cukup-cukuplah sudah tu­juh tahun penjawat awam ha­nya diberi RM500. Bonus adalah pengiktirafan majikan kepada pekerja jadi apa nilainya penjawat awam yang menjadi tonggak pengurusan negara apabila hanya diberi RM500 sebagai bonus setiap tahun.
“Jika kita lihat di sektor swasta atau syarikat milik kerajaan (GLC), ada yang memperoleh bonus 10 bulan, lima bulan dan empat bulan menandakan pengiktirafan majikan mereka. Kita harap kerajaan dapat mengiktiraf penjawat awam sesuai dengan peranan kita dalam negara,” katanya semasa ditemu bual dalam segmen Sembang Online Utusan Online di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azih turut mencadangkan kerajaan supaya membina rumah mampu milik untuk penjawat awam berpendapatan rendah pada kadar harga serendah RM80,000 sebuah.
Katanya, hal ini kerana kebanyakan projek perumahan kerajaan seperti Perumahan Pen­jawat Awam 1Malaysia (PPA1M), skim Perumahan Mam­pu Milik Swasta (MyHome) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dijual pada harga RM150,000 yang disifatkan masih tinggi bagi segelintir penjawat awam.
“Gaji sedikit, harga rumah mahal dan kami mencadangkan kepada kerajaan, sudah sampai masanya untuk pastikan dasar rumah negara ada campur ta­ngan mereka (kerajaan). Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana perkenalkan PPA1M, skim MyHome dan perumahan PR1MA.
“Skim tersebut perlu diteruskan, cuma kami harap kerajaan bina rumah dalam lingkungan harga RM80,000 untuk kumpulan pelaksana dua yang bergaji minimum RM1,500. Cuba bina rumah pada harga itu kerana kebanyakan mereka bergaji rendah,” katanya.



.

Warga Britain biadab, ganggu ketenteraman penduduk ?!



SOURCE: 
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/warga-britain-biadab-ganggu-ketenteraman-penduduk-1.614217

Warga Britain biadab, ganggu ketenteraman penduduk


PIHAK keselamatan  melihat "Spotlight" yang dipasang di depan


PIHAK keselamatan melihat "Spotlight" yang dipasang di depan pintu rumah keluarga warga Britain sehingga menyebabkan gangguan kepada jiran lain di Kondominium Riana Green East Wangsa Maju, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Aizzul A.Majid
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Penduduk Kondominium Riana Green East, Wangsa Maju di sini memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap warga Britain yang didakwa sering bersikap biadab terhadap jiran tetangga.
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium itu, Yassir Yusof berkata, tindakan kurang ajar penghuni warga Britain yang selalu mencetuskan provokasi perkauman dan bersikap kurang ajar itu menimbulkan ketidakselesaan dan mengganggu ketenteraman penduduk.
Terbaharu katanya, sebuah lampu limpah (spotlight) dipasang di depan pintu rumahnya sehingga mengganggu penglihatan penduduk berhampiran unit kediamannya.
“Kami tidak tahu apa tujuan sebenar dia menghalakan spotlight selama 24 jam setiap hari di depan pintu rumahnya sejak lebih sebulan lalu.
“Apabila diajak berbincang dia pasti mengelak dan menghamburkan kata-kata kesat,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Yassir berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuk membuat aduan kepada pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan. - UTUSAN ONLINE


.

09 February 2018

Luxury condo burglary gang busted !!



Source:
https://malaysia.yahoo.com/news/luxury-condo-burglary-gang-busted-121048271.html


Luxury condo burglary gang busted in Klang raid, police solve 70 cases nationwide

 MOHAMED BASYIR,New Straits Times


GEORGE TOWN: Penang police busted a luxury condominium burglary gang here with the arrest of a couple in Klang, Selangor on Saturday.
State police chief Datuk A. Thaiveegan said police managed to track down the 38-year-old husband and his wife, 35, at a house in Klang following a tip-off from the public, before making the arrest.
The raiding party also seized numerous valuable items worth RM300,000, including branded watches, foreign currency and a Toyota Vellfire, from the couple.
Police are still looking for three other men, in their 30s and 40s, who are believed to be gang members involved in the burglary activities since 2015.
The husband had past criminal records for drug-related offences and robbery, while his wife has no previous record.
"We believe they are involved in 70 cases nationwide in Peninsular Malaysia, involving total losses of over RM1 million. For Penang alone, there were 20 cases.
"The couple originated from Perak. We believe they go out to other states and commit the robberies before coming back with their loot," he told a press conference today.
Meanwhile, northeast district police chief Assistant Commissioner Anuar Omar said that the gang members would usually rent a condominium unit for an indefinite period and monitor the surroundings to track down potential victims, before embarking on their crime spree.
"This is a professional burglary gang and their actions will never arouse suspicion," he said.
The latest case in Penang was reported on Jan 30, at the home in Gelugor here.
"They even have electroshock devices to stun their victims," he added.
Police have yet to identify the remaining three gang members.
The couple have been remanded until tomorrow and the police will apply to extend their remand.



.

03 February 2018

Ibu hamil ditemui mati seorang diri ?!


Source:
http://www.kosmo.com.my/negara/ibu-hamil-ditemui-mati-seorang-diri-1.602231


Ibu hamil ditemui mati seorang diri

Lans koperal tunggu hari bersalin dijumpai meninggal dunia di kuarters polis



KUARTERS perumahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.
KUARTERS perumahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.
GUA MUSANG – Seorang lans ko­peral wanita yang hanya me­nunggu hari untuk melahirkan anak keduanya ditemui mati di ruang tamu di sebuah kuarters perumahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini kelmarin.
Mayat Lans Koperal Siti Khalijah Zainal Abidin, 30, (gambar kecil) ditemui pada pukul 8 malam iaitu kira-kira 12 jam selepas dipercayai meninggal dunia. Mayat wanita mangsa ditemui oleh rakan serumahnya yang pulang selepas bekerja. Bayi dikandung ibunya juga tidak dapat diselamatkan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pihaknya menerima maklumat me­ngenai penemuan mangsa yang terlantar tidak sedarkan diri daripada kawan serumahnya yang juga seorang anggota polis wanita berusia 30 tahun.
Menurut beliau, semasa kejadian mangsa tidak bertugas kerana sedang cuti dan dia tinggal berseorangan pada hari tersebut kerana teman serumahnya pulang ke rumah keluarganya di Kota Bharu.







.


Anggota tentera, isteri direman tujuh hari (DERA anak hingga mati) !



Source: 
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/anggota-tentera-isteri-direman-tujuh-hari-1.601736


Anggota tentera, isteri direman tujuh hari


DUA suspek kes kematian kanak-kanak,  Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, ditahan reman selama tu


DUA suspek kes kematian kanak-kanak, Nur Aina Nabihah, 9, ditahan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID
TELOK KEMANG 2 Feb. - Mahkamah Majistret Port Dickson di sini membenarkan sepasang suami isteri ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dipercayai akibat didera.
Perintah tersebut dikeluarkan terhadap kedua-dua suspek yang berusia 35 dan 30 tahun itu oleh Majistret Siti Khariah Abdul Razak selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mahafiz Mat Lawi.

Suspek lelaki yang juga seorang anggota tentera dan isterinya di bawa ke mahkamah kira-kira pukul 9.15 pagi dengan memakai baju lokap berwarna jingga dan tangan bergari diiringi anggota polis.
Semalam, murid Sekolah Kebangsaan Lukut di sini, Nur Aina Nabihah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarganya di Lukut, malam kelmarin.
Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan lebam dan bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan parah pada organ dalaman seperti cedera buah pinggang, usus koyak serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.
Kes disiasat mengikut Sekysen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. - UTUSAN ONLINE

.


Kanak-kanak 9 tahun maut dipercayai didera !


SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kanak-kanak-9-tahun-maut-dipercayai-didera-1.601308
(02 FEB 2018) 


Kanak-kanak 9 tahun maut dipercayai didera


TELOK KEMANG 1 Feb. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera bapanya sendiri, di sini semalam.
kes dera
Kanak-kanak dipercayai mangsa dera, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah. - UTUSAN ONLINE
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Zainudin Ahmad berkata, mangsa, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban kira-kira pukul 12.30 malam.
Katanya, kanak-kanak itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah mereka di Taman Vista Jaya Lukut di sini pada pukul 11.30 malam sebelum dihantar ke HTJ.
Beliau berkata, pemeriksaan ke atas tubuh kanak-kanak itu menemukan kesan lebam manakala hasil bedah siasat mendapati organ dalamannya cedera.
"Buah pinggang kanak-kanak itu rosak, rusuk kanan dan kiri patah manakala usus koyak dipercayai akibat dipukul," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


.







Sebuah masjid di Jerman di arah hentikan laungan azan Jumaat !



KOMEN:  Allah akan turunkan azab seksaan dan bala kepada mereka yang melawan agama Allah. Tunggu masa tersebut akan datang! 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/masjid-diarah-hentikan-laungan-azan-jumaat-1.602285

Masjid diarah hentikan laungan azan Jumaat

BERLIN 3 Feb. - Sebuah masjid di barat laut Jerman mungkin tidak lagi dapat melaungkan azan ketika solat Jumaat dengan menggunakan pembesar suara selepas aduan difailkan oleh sepasang suami isteri diterima di mahkamah tempatan.
Pasangan terbabit yang tinggal kira-kira 1 kilometer dari masjid itu, berpendapat azan berkenaan telah melanggar hak agama mereka sendiri.

Dalam pada itu, pegawai kanan masjid itu, Huseyin Turgut berkata, keputusan mahkamah tersebut adalah mengecewakan.
“Azan cuma dilaungkan selama dua minit, kira-kira sekitar pukul 1 petang tetapi hanya pada hari Jumaat.
“Kami tidak pernah menerima aduan dan mempunyai jiran yang tinggal lebih dekat iaitu hanya 10 meter sahaja,” katanya. - REUTERS


.