FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

27 April 2018

Family says Palestinian gunned down by Mossad agents in Malaysia !



SOURCE:  
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/04/21/family-says-palestinian-gunned-down-by-mossad-agents-in-malaysia/

Family says Palestinian gunned down by Mossad agents in Malaysia



 | April 21, 2018


Palestinian group Hamas says Batash's killing early today is the work of Israeli agents, and his family demands Malaysian authorities to investigate the murder.

KUALA LUMPUR: The death of a Palestinian engineer here early today has been described as an assassination by Israeli agents in Malaysia, with his family demanding Malaysian authorities to investigate the murder.


Fadi al-Batash.

Fadi al-Batash, 35, was shot more than 10 times at close range by two unidentified men on a motorcycle in Gombak at about 6am today.

Israeli daily Haaretz, citing Palestinian news sources, quoted a senior leader of Palestinian group Islamic Jihad related to Batash, Khaled al-Batash, who accused Israeli intelligence agency Mossad of being behind the assassination.


The family said Batash, who is married and has three children, was supposed to attend an energy conference on Sunday.

Haaretz also reported that Batash was a member of resistance group Hamas, and was a former resident of Jabalya in the northern Gaza Strip. Quoting Palestinian sources, it said Batash “was a revered engineer in electrical engineering and energy production”.


Earlier today, police told Bernama that the two assailants had waited for about 20 minutes for Batash outside his condominium, before they ambushed him as he was walking to a surau to perform the dawn prayer.

It is understood that he frequently led prayers at a mosque in the city during Ramadan, and had been leading night prayers during Ramadan since 2014, courtesy of local welfare organisation Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Meanwhile, PAS has urged the government to investigate claims that Mossad agents had infiltrated Malaysia to carry out assassination on Palestinian activists.

“It has been a practice by Mossad to carry out assassination of Muslim leaders around the world including in the West. We believe this incident is also related to that and there is a mastermind behind it,” said PAS president Abdul Hadi Awang.

“The government must show courage and not be pressured,” he said.




.

15 April 2018

Mahligai Aliff Syukri dilengkapi 30 bilik, kos dalaman RM11 juta ?!


SOURCE:
http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/mahligai-aliff-syukri-dilengkapi-30-bilik-kos-dalaman-rm11-juta-1.641275


Mahligai Aliff Syukri dilengkapi 30 bilik, kos dalaman RM11 juta






PETALING JAYA 3 April – Pengalaman tinggal di rumah setinggan menjadi titik permulaan kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menyimpan keinginan untuk memiliki sebuah rumah agam apabila sampai masanya kelak.
Doa dan keinginan itu termakbul pada usia beliau mencecah 31 tahun apabila banglo yang menjadi impiannya itu sudah siap dibina di Kota Damansara di sini.
Mahligai yang dinamakan beliau sebagai Aliff Syukri Palace itu dibina di atas tanah bernilai RM13 juta dan dilengkapi 30 bilik termasuk surau, pawagam mini serta bilik karaoke.
Selain itu, Aliff Syukri turut memperuntukkan RM11 juta bagi kos hiasan dalaman kediaman yang mula dirancang pembinaannya pada 2015.
Bagaimanapun anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu enggan berkongsi kos keseluruhan pembinaan rumah agam yang dibina di atas empat bidang tanah lot banglo.
“Dahulu, saya selalu memasang impian mahu memiliki banglo dan impian itu dipenuhi ketika usia 24 tahun. Selepas itu, saya menyimpan impian mahu memiliki kediaman seperti istana pula.
“Saya sedar untuk dapat apa yang saya hendak, saya harus be­kerja keras. Saya terus berusaha hingga akhirnya saya mendapat apa yang saya impikan. Jangan menyerah dan teruskan usaha untuk mencapainya,” kata Aliff Syuk­ri dalam sesi ramah mesra bersama wartawan sempena lawatan ke mahligainya hari ini.
Sebelum ini, dalam laman sosial Instagram peribadinya, ahli perniagaan yang juga bapa kepada lima cahaya mata terma­suk dua anak angkat itu sering berkongsi mengenai cerita serta foto-foto pembinaan mahligai sehingga mengundang rasa ingin tahu masyarakat.
Aliff Syukri yang terkenal kerana sikap terbukanya juga pernah berkongsi kisah-kisah kehidupan peribadinya dalam program realiti Oh Abang Kosmetik yang ditayangkan di saluran Astro.
Menurut usahawan kosmetik itu, beliau membeli empat bidang tanah lot banglo tersebut pada 2015 dan proses pembinaan bermula setahun selepas itu serta dijangka siap sepenuhnya sebelum sambutan Aidilfitri akan datang.
“Sekarang baru 80 peratus sahaja siap. Ruang bawah tanah merupakan bahagian terakhir untuk disiapkan. Saya robohkan empat buah banglo yang dibeli untuk bina semula mahligai ini.
“Secara keseluruhannya, terdapat 30 buah bilik merangkumi bilik tidur, bilik rehat keluarga, bilik mandi, bilik pakaian, ruang makan, ruang santai, ruang pejabat, ruang tamu, dapur dan sebagainya,” kata beliau sambil memberitahu ilham dekorasi rumah diperoleh daripada bacaan pelbagai majalah hiasan dalaman.
Aliff Syukri turut mendapatkan kelengkapan rumah termasuk bahan binaan dari empat negara iaitu China, Indonesia, Portugal dan Itali



.

13 April 2018

Akta Antiberita Tidak Benar


SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mesej-tular-bantuan-tmj-kes-pertama-akta-antiberita-tidak-benar-1.648037


Mesej tular bantuan TMJ, kes pertama Akta Antiberita Tidak Benar

JOHOR BAHRU 13 April - Polis mengesan penularan mesej palsu dalam laman sosial mengenai bantuan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di beberapa lokasi di negeri ini.
Justeru, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya, sebaliknya perlu menyemak kesahihan maklumat dan berita yang disebarkan dalam media sosial terlebih dahulu.
"Pada 12 April (semalam) kira-kira pukul 10 pagi, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian telah menerima maklumat berhubung kehadiran sejumlah besar pelanggan di Pasaraya Econsave ekoran tersebar mesej kononnya Tunku Mahkota Johor akan hadir memberi bantuan sebanyak RM200 bagi membeli keperluan harian di situ.
"Hasil siasatan mendapati mesej tersebut adalah palsu. Penyebaran mesej seumpama itu juga dikesan di beberapa lokasi lain di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Mohd. Khalil berkata, penyebaran berita, mesej atau maklumat palsu boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Menurutnya, siasatan juga boleh dijalankan di bawah Seksyen 4,  Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang memperuntukkan hukuman hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Polis Johor tidak akan berkompromi dengan individu, pengendali media sosial atau portal berita yang menulis dan mengeluarkan sebarang artikel atau kenyataan palsu, menyakitkan hati, menjelikkan atau menyentuh sensitiviti
mana-mana pihak.
"Tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan diambil terhadap individu yang didapati menyalahgunakan media sosial dan pendakwaan mengikut undang-undang akan dikenakan terhadap individu ini," katanya.
Kelmarin, pusat beli-belah AEON Mall Tebrau City, di sini diserbu pelanggan apabila Tunku Ismail membuat kejutan dengan membayar kesemua barangan yang dibeli pelanggan bahagian pasar raya berkenaan. - UTUSAN ONLINE

.

09 April 2018

MENJUAL KENDERAAN TIDAK WUJUD !!


SOURCE:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/329102/banduan-wanita-didakwa-lagi


SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN 

Zatul Iffah Zolkiply
cnews@nstp.com.my

WANITA yang sedang menjalani hukuman penjara selama 28 bulan kerana menipu dalam urusan pembelian motosikal, sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, atas pertuduhan sama membabitkan kerugian RM29,290
Tertuduh, Norlaila Ibrahim, 50, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memperdayakan tujuh mangsa sehingga mendorong mereka menyerahkan wang antara RM50 hingga RM4,220 untuk membeli motosikal, sedangkan kenderaan itu tidak wujud.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi di Kuala Terengganu, antara Oktober 2016 hingga Mac 2017.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda.
Pada 2 Mac lalu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menipu dua lelaki membabitkan kerugian RM15,550.



.

Pegawai polis pun jadi gangster ?!



SOURCE:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/329043/pegawai-polis-pun-jadi-gangster#cxrecs_s


Pegawai polis pun jadi gangster ?! 


Norzamira Che Noh
cnews@nstp.com.my

PEGAWAI polis berpangkat Asisten Superintendan dan dua anggota polis antara 63 individu ditahan melalui dua operasi membanteras kegiatan kongsi gelap di negeri ini.
Dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor sejak 29 Mac hingga petang semalam, semua yang ditahan disyaki terbabit dalam dua kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 08 dan Geng 18.
Turut ditahan, dua individu berstatus Datuk dan Datuk Seri dan penahanan itu dipercayai melumpuhkan kedua-dua kumpulan kongsi gelap terbabit.


Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, operasi Cantas Khas dinamakan Ops Spider (Geng 08) dan Ops Api Reload (Geng 18) turut mendapat bantuan daripada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas (STAGG), Bahagian D8 (Operasi Khas) dan Bahagian D9 (Siasatan Khas) Bukit Aman.
Beliau berkata, turut membantu operasi berkenaan pasukan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN).
“JSJ Selangor menyasarkan 83 ahli geng berkenaan yang bergiat aktif dan sehingga kini, 63 diberkas iaitu 36 ahli Geng 08 dan 27 orang ahli Geng 18.
“Daripada jumlah berkenaan, polis menahan seorang berstatus Datuk Seri dan Datuk manakala seorang pegawai polis berpangkat ASP dan dua lagi masing-masing berpangkat Sarjan Mejar dan konstabel,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata, semua suspek berusia 23 hingga 60 tahun itu ditahan di beberapa negeri iaitu Selangor, Pahang, Perak, Kelantan, Johor, Melaka dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
“Semua yang ditahan adalah ahli aktif dan dipercayai terbabit dalam kumpulan jenayah terancang.
“JSJ Selangor masih mengesan 24 lagi suspek yang sudah disenarai hitam sebagai orang dikehendaki polis,” katanya.
Mazlan berkata, dalam serbuan itu, JSJ turut merampas sepucuk pistol, pelbagai jenis kenderaan termasuk empat motosikal, sejumlah barang kemas, 73 telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM17,000 serta parang.
“Selain itu, pasukan AMLA mengambil tindakan pembekuan dan penyitaan harta milik semua tangkapan iaitu 38 akaun bank, empat hartanah, 11 kereta, dua motosikal berkuasa tinggi, wang tunai RM16,800 dan 72 bentuk barang kemas bernilai RM100,000.
“Jumlah keseluruhan rampasan setakat ini adalah RM3.16 juta,” katanya.
Mazlan berkata, polis Selangor percaya penangkapan berkenaan dapat menyelesaikan kira-kira 40 kes jenayah serius di Selangor antaranya kes bunuh di Jeram pada Januari lalu, kes tembak dan bunuh di hadapan sebuah sekolah di Serdang, kes melepaskan tembakan di rumah di Serdang dan banyak lagi.
Katanya, semua suspek ditahan reman selama 28 hari mengikut peruntukan Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan, Seksyen 130W Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan iaitu Perolehan Hasil Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001),” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 April 2018 @ 4:46 PM


.