http://www.hmetro.com.my/articles/SultantarikgelaranKongChoy/Article (11 April 2011) Sultan tarik Gelaran Kong Choy SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk kepada Tan Sri Chan Kong Choy berikutan tiga pertuduhan yang dihadapi bekas Menteri Pengangkutan itu di Mahkamah Sesyen Putrajaya. Baginda turut menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara (JIN) pada 29 Oktober tahun lalu. Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi dalam satu kenyataan berkata, Sultan Selangor berkenan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor. .
FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION
FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION
Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].
In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.
According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].
* Selected REFERENCES / Sources:
Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression
.
01 March 2011
Chan Kong Choy Pula ke Mahkamah !
(1 March 2011)
Skandal PKFZ: Kong Choy pula didakwa Oleh NORLIZAH ABAS
CHAN Kong Choy ketika hadir ke Mahkamah Sesyen, Putrajaya, semalam bagi menghadapi tuduhan menipu Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
--------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA 28 Feb. – Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menipu Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan kos pembangunan hampir RM1.9 bilion, kira-kira tujuh tahun lalu. Kong Choy, 55, didakwa menyembunyikan fakta mengenai pembiayaan kos pembangunan sehingga Abdullah bersetuju supaya kelulusan diberikan kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) selaku pemaju siap guna (turn-key developer). Fakta-fakta yang disembunyikan ialah pembiayaan tersebut akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB melalui tiga syarikat berlainan dengan sokongan Kerajaan Malaysia menerusi Menteri Pengangkutan. Abdullah selaku Perdana Menteri (ketika itu) tidak akan memberikan persetujuan jika fakta-fakta tersebut dimaklumkan kepada beliau. Ketiga-tiga tuduhan didakwa dilakukan di antara 24 Februari 2004 dan 29 Mac 2006 di Tingkat 4, Blok Utama, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan kes disebut pada 31 Mac ini. Kong Choy merupakan bekas menteri Kabinet kedua diheret ke mahkamah berhubung skandal PKFZ di Pelabuhan Klang (dahulu dikenali sebagai Mega Distribution Hub) selepas Tun Dr. Ling Liong Sik serta beberapa individu lain didakwa.
Ling Liong Sik kini menunggu dibicarakan kerana dakwaan menipu Jemaah Menteri melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hampir lapan tahun lalu. Kong Choy yang diiringi pegawai-pegawai polis tanpa digari dilihat memeluk isteri, Puan Sri Ann Chan serta seorang anak perempuannya ketika tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 2.05 petang. Bekas menteri kanan itu dibawa keluar dari pekarangan mahkamah oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda selepas dibebaskan dengan jaminan RM1 juta kira-kira pukul 4.35 petang. ‘‘Saya terkejut dengan pendakwaan ini namun yakin dengan sistem kehakiman negara. Saya akan melaluinya (perbicaraan) demi membersihkan nama,’’ ujarnya ringkas kepada pemberita sebaik sahaja diikat jamin. Sebelum itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah, kedua-dua pihak bersetuju agar jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin dikenakan terhadapnya. Beliau yang hadir bersama Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup memohon tarikh sebutan bagi membolehkan beberapa perkara berbangkit dikenal pasti demi mengelakkan isu-isu yang tidak berkaitan ditimbulkan ketika perbicaraan.
Bekas Menteri Pengangkutan itu diwakili peguam-peguam Arthur Wang, Azad Bashir dan Badrul Munir Bukhari. Bagi tuduhan pertama*, Kong Choy didakwa menipu Abdullah sehingga bekas Perdana Menteri itu bersetuju agar kelulusan diberikan bagi projek pembangunan Transshipment Hub di Pulau Indah Free Zone. Ia meliputi kawasan seluas 404.7 hektar dan dibangunkan dalam fasa berasingan dengan anggaran kos kira-kira RM1 bilion. Fakta yang didakwa disembunyikan ialah kos pembangunan akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB melalui syarikat Transshipment Megahub Berhad. Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 24 Februari dan 25 Februari 2004 di Pejabat Perdana Menteri.
Tuduhan kedua*, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah sehingga bekas Perdana Menteri bersetuju agar kelulusan diberi kepada KDSB untuk melaksanakan kerja- kerja pembangunan tambahan bagi projek PKFZ iaitu: * Menaik taraf simpang masuk ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta. * Kerja-kerja infrastruktur elektrik berjumlah RM135 juta. * Pembangunan hotel kelas perniagaan berjumlah RM90 juta. Fakta yang didakwa disembunyikan ialah kos pembangunan akan dibiayai menerusi terbitan bon oleh KDSB melalui syarikat Valid Ventures Bhd. Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 11 Oktober dan 28 Oktober 2005 di tempat yang sama.
Tuduhan ketiga*, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah sehingga beliau bersetuju agar kelulusan diberi kepada KDSB untuk melaksanakan lima fasa pembangunan tambahan bagi projek PKFZ iaitu: * Kerja-kerja membina parit konkrit (concrete trenching) untuk kabel elektrik berjumlah RM140.2 juta. * Kerja-kerja elektrikal untuk bekalan 33 kv ke Presint 2 dan Presint 8 berjumlah RM80 juta. * Kerja-kerja infrastruktur PMU untuk PKFZ berjumlah RM30 juta. * Pembinaan jalan menghubungkan PKFZ ke Pelabuhan Barat berjumlah RM28.1 juta. * Pembinaan jalan menghubungkan laluan masuk utama ke PKFZ dengan CT4 Pelabuhan Barat berjumlah RM57.5 juta. Fakta yang didakwa disembunyikan bahawa kos pembangunan akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi syarikat Free Zone Capital Bhd. Kesalahan didakwa dilakukan di antara 28 Mac dan 29 Mac 2006 di tempat serupa. Bekas menteri Kabinet itu didakwa bagi ketiga-tiga tuduhan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Projek PKFZ yang dibina di atas kawasan seluas 400 hektar sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.
Berikutan itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang mengadakan siasatan telah memperakukan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis melakukan siasatan selepas mendapati beberapa perkara yang dibuat tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
---------------------------------------------------------------------