FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

08 April 2011

Kemasukan Warga Indonesia !

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
(8 April 2011)
8 Pegawai Imigresen Didakwa Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

SHAH ALAM 7 April - Lapan pegawai Jabatan Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 83 tuduhan menerima rasuah daripada pemandu feri dan orang perantara membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM122,140 dalam tempoh antara April dan September tahun lalu. Kesemua tertuduh yang merupakan penguatkuasa di Bahagian Perkapalan, Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang didakwa memperoleh wang suapan itu yang dimasukkan ke dalam akaun mereka atau individu lain sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang warga Indonesia ke negara ini tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Md. Shahrizal Che Dan, 26, Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26, Ahmad Zahed Abd. Alim, 28, Azmir Mahadi, 28, Mohd. Hafiz Zakaria, 27, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, Mohamad Huzzail Ahmad, 31, dan Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca secara berasingan.

Md. Shahrizal menghadapi 31 pertuduhan memperoleh wang tunai berjumlah RM51,760 melalui 31 transaksi di beberapa buah cawangan Public Bank, manakala Nor Shahazlina didakwa menerima suapan sebanyak RM2,900 melalui akaun milik Abdul Razak Khaidir di Maybank Cawangan Pandamaran. Sementara itu di mahkamah berasingan, Mohamad Izuwanshah didakwa atas 25 pertuduhan memperoleh wang tunai sebanyak RM31,690, manakala Mohamad Huzzail didakwa memperoleh suapan RM500 di hadapan sebuah rumah di Persiaran Seraya, Taman Palm Grove, Klang.

Di sebuah lagi mahkamah, Ahmad Zahed didakwa atas 12 pertuduhan memperoleh wang tunai sebanyak RM13,590, manakala Azmir Mahadi pula didakwa atas enam pertuduhan memperoleh RM5,710. Mohd. Hafiz pula didakwa atas empat pertuduhan memperoleh suapan RM8,640 dan Mohd. Khairul Haqimie yang sedang menyambung pelajaran pula menghadapi tiga pertuduhan memperoleh RM7,350.

Tiga hakim iaitu Asmadi Hussain, M. Bakri Abd. Majid dan Mat Ghani Abdullah yang mendengar kes itu secara berasingan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin antara RM4,000 dan RM10,000. Mat Ghani menetapkan esok untuk sebutan kes terhadap Ahmad Zahed, Azmir, Mohd. Hafiz dan Mohd. Khairul Haqimie bagi memutuskan sama ada mereka akan dibicara bersama atau sebaliknya, manakala dua hakim lain menetapkan sebutan kes pada 5 Mei dan 27 April ini. Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Pada Ogos tahun lalu, sebuah akhbar melaporkan kes kakitangan Imigresen di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang menerima suapan sehingga RM60,000 sebulan sebagai habuan bagi memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram serta melepaskan warga asing dengan pasport yang mempunyai cop palsu atau tiada dokumen. Tindakan tersebut menyebabkan pintu masuk negara melalui pelabuhan itu mudah dibolosi pendatang haram dari Indonesia.


--------------------------------------------------------------------------
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
(5 April 2011)
Pegawai Kanan Kastam dibebaskan

PEGAWAI kanan Kastam Diraja Malaysia yang direman lapan hari sejak minggu lalu berhubung siasatan kes rasuah dilepas tanpa syarat oleh Mahkamah Majistret di Kuantan, semalam. KUANTAN 4 April - Seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan reman sejak Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung pembongkaran pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu, dilepaskan hari ini tanpa syarat.

Majistret Nordiana Abdul Aziz memerintahkan demikian semasa pegawai kanan bergelar Datuk yang berumur dalam lingkungan 50-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini. Peguam yang mewakili pegawai kanan tersebut, Mohamad Sazali Abdul Aziz ketika ditemui di pekarangan mahkamah berkata, siasatan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah selesai.

Rabu lalu, akhbar melaporkan dua pegawai kanan KDRM yang juga merupakan pasangan suami isteri ditahan SPRM dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Dalam serbuan pada 28 Mac lalu, anggota SPRM dilaporkan menjumpai sejumlah wang bernilai ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pasangan pegawai kanan tersebut yang kemudiannya ditahan untuk siasatan.

Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat lalu bagaimanapun membebaskan isteri pegawai kanan tersebut tanpa syarat manakala pegawai kanan JKDM terbabit ditahan reman sehingga hari ini. .