FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

29 June 2011

Christine Lagarde: Director of IMF

COMMENT:

This kind of crap just fuels conspiracy theories. They have picked a new leader for the IMF and her name is Christine Lagarde. She is a Jewish. Most leaders of the IMF have been Jewish. Most leaders of the Federal Reserve have been Jewish. Why do they always pick the leaders from this small group of people? It makes the Jews kind of monopoly the system. 

They had a chance to pick someone who for once wasn't Jewish but they did not. Come on! How about a Christian or Hindu (or MUSLIM) for once. 

Source: http://lunaticoutpost.com/Topic-IMF-new-leader-Jewish


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://www.businessinsider.com/10-things-you-should-know-about-christine-lagarde-2011-6
(28th June 2011)


THINGS You Should Know About Christine Lagarde, The Next Director Of The IMF :

Lagarde worked in the US House of Representatives as an intern to former Representative, and former Treasury Secretary, William Cohen during the mid-1970's. Lagarde's time on Capitol Hill, and working alongside a renowned American economist, is almost surely why so many American policy makers are backing Lagarde for the IMF job. [Source: LA Times]

She was a Managing Partner for a Chicago-based law firm - Lagarde's professional career ed her to the top of the Chicago-based law firm Baker & McKenzie, who she joined as a young lawyer in 1981. By 1999, she was Chairman of the firm's executive committee and by 2004, she was running the firm's Global Strategic Committee. [Source: Government of France]

She is the first woman to head up France's economic policy - Her role as Finance Minister made Lagarde the most powerful woman in French finance and the only woman in history to set economic policy for a G8 nation. Lagarde has been active in the job, making moves to ameliorate the problems surrounding France's 35 hour work week, changing archaic pension laws and becoming the FT's best economic advisor in the Eurozone. [Source: FT]

------------------------------

http://www.businessspectator.com.au/bs.nsf/Article/Lagarde-could-be-appointed-IMF-chief-today-pd20110628-J9DZA?opendocument&src=rss (28th June 2011)

Christine Lagarde named IMF chief
Published 8:22 PM, 28 Jun 2011, Last update 11:51 AM, 29 June 2011
[Reuters]

WASHINGTON - French Finance Minister Christine Lagarde has clinched the top job at the IMF, keeping the international lender in the hands of a European at a time of growing concern over a possible Greek debt default. Ms Lagarde, who starts her five-year term as managing director on July 5, will find herself immediately immersed in efforts by the IMF and European Union to head off a Greek default that could touch off an international crisis.

Minutes after her appointment, Ms Lagarde pressed Greece to move quickly to push through unpopular austerity measures that the IMF and EU say are a prerequisite for further aid. "If I have one message tonight about Greece, it is to call on the Greek political opposition to support the party that is currently in power in a spirit of national unity," she told TF1 television.

Global stocks rose and the euro rallied as financial markets grew increasingly confident Greece's parliament would approve the five-year austerity program this week, which would unleash a €12 billion aid tranche from the IMF and EU.

Ms Lagarde, 55, the first woman to head the IMF, succeeds Dominique Strauss-Kahn, who resigned from the IMF in May to defend himself against charges of sexual assault against a New York hotel maid. He denies the charges. Her skills as a tough negotiator with a reputation for sealing deals under pressure will carry weight as she moves from defending France's economic interests to overseeing a global institution that must be seen as a neutral player around the world.



19 June 2011

Usahawan beras ditembak mati !


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_04.htm
(19 June 2011)

Usahawan Beras ditembak Mati Depan Rumah

BUTTERWORTH 18 Jun - Seorang usahawan beras terkenal di sini, maut selepas ditembak sewaktu turun dari kereta untuk membuka pintu pagar rumahnya di Taman Puyu, dekat sini, tengah malam tadi. Mangsa, Ooi Chong Tian, 58, dikatakan baru pulang ke rumahnya selepas keluar minum bersama rakan-rakannya dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

Sebaik sahaja mangsa sampai di depan rumah, dua lelaki yang menaiki kereta Proton Wira hitam menghentikan kenderaan mereka sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah Chong Tian. Tembakan itu mengenai kepala dan lehernya menyebabkan mangsa rebah sebelum suspek memecut kenderaan dan meninggalkan kawasan berkenaan.

Ahli keluarga mangsa yang mendengar bunyi tembakan itu segera keluar dan mendapati mangsa terbaring di depan rumah sebelum anaknya menghantar mangsa ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapat rawatan kecemasan. Namun begitu mangsa meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 5 pagi akibat pendarahan teruk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian berkenaan dan menjelaskan usaha mengesan suspek sedang dijalankan. Menurutnya, pihak polis masih menyiasat identiti suspek dan juga motif kejadian terbabit dan usaha mengumpul bukti dan maklumat mengenainya sedang dilakukan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


6 polis ditahan edar dadah !


Komen:

Gaji pegawai polis di semak hampir setiap 2 tahun sekali, allowances dan bantuan kewangan lain juga telah ditambah. Tapi ada-ada juga pegawai polis yang 'korup / rasuah'... Ini tidak termasuk mereka yang 'menyalahgunakan kuasa'... memandu dengan laju pada hari biasa (bukannya kejar penyenayah)... Gaji tinggi nak, kuasa tinggi pun nak... aku pun nak jadi polis lah mcm ni !! Ini tidak termasuk mereka yang korup ?!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm
(19 June 2011)

6 Polis ditahan edar Dadah

KUALA LUMPUR 18 Jun - Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah sesuai bagi seorang pegawai dan lima anggota polis yang diamanahkan tugas untuk membanteras kegiatan pengedaran dadah. Keenam-enam mereka yang bertugas dalam cawangan narkotik di sini, sepatutnya memburu pengedar dadah tetapi sebaliknya mengambil kesempatan untuk terlibat sama dalam kegiatan mengedar dadah kepada para penagih di sekitar ibu negara. Namun, penglibatan mereka dalam aktiviti menyalahi undang-undang itu akhirnya terbongkar dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka yang ditahan ialah seorang pegawai berpangkat Inspektor dan lima anggota pangkat rendah terdiri daripada Koperal serta Konstabel.

"Keenam-enam mereka berusia 30-an ditahan secara berasingan kerana disyaki mengedar dadah secara kecil-kecilan. Mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan)," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Noor Rashid, semasa tangkapan dilakukan, tiada dadah dirampas daripada keenam-enam suspek tetapi pihaknya mempunyai alasan kukuh untuk memberkas mereka. Beliau berkata, keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti.

Tegasnya, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan bahawa polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang. Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian tidak berulang.

"Tangkapan pegawai dan anggota ini adalah mesej jelas bagi menunjukkan betapa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap telus kepada masyarakat. "Kita juga minta masyarakat tidak memandang serong PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan keselamatan itu," katanya sambil memberitahu tangkapan keenam-enam suspek adalah kes pertama membabitkan anggotanya pada tahun ini.


15 June 2011

Khir Toyo Bayar Ubah Suai Banglo RM6 juta


LAGI KES LAIN DAN HUKUMAN .... (LIHAT DI BAWAH)

(24 Dis 2011)

Khir Toyo Rayu Hukuman

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

DR. MOHAMAD Khir Toyo ditemani isteri Zaharah Kechik berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 23 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara setahun bagi kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zaharah Kechik dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Notis rayuan difailkan oleh peguamnya, M.M. Athimulan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.30 petang, kira-kira empat jam selepas hukuman penjara itu dijatuhkan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

''Ini bukan proses penghakiman terakhir buat saya kerana saya akan merayu mengenai keputusan ini kepada mahkamah yang lebih tinggi,'' katanya semasa ditanya oleh pemberita di luar mahkamah sebaik sahaja prosiding kesnya selesai.

Berhubung masa depan politiknya, Mohamad Khir berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas 9 Januari tahun depan tetapi enggan mengulas lanjut mengapa tarikh tersebut yang dipilih.

Terdahulu, selain hukuman penjara terhadap Mohamad Khir yang disabit bersalah atas tuduhan itu, Hakim Mohtarudin (kini Hakim Mahkamah Rayuan) turut mengarahkan hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia.

Beliau bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dan perintah pelucutan hak itu sehingga rayuan Mohamad Khir selesai didengar serta diputuskan.

Mohamad Khir yang dilihat tunduk sepanjang prosiding ditenangkan oleh Zaharah yang bertindak menggosok-gosok bahu suaminya itu sebaik sahaja sabitan dan hukuman diputuskan.

Hakim Mohtarudin semasa membacakan penghakimannya berkata, beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati dalam pertuduhan itu.

Beliau menerima keterangan Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni yang membeli hartanah untuk dijual semula kepada Mohamad Khir serta tidak pernah bersetuju dengan harga RM3.5 juta sebaliknya menawarkan harga antara RM5 dan RM5.5 juta.

Menurutnya, Shamsuddin turut dibuktikan mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat yang ada kaitan dengan urusan rasmi Mohamad Khir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berdasarkan tiga dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.

Begitu juga intipati pertuduhan bahawa Mohamad Khir mempunyai pengetahuan bahawa hartanah tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada tahun 2004 berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang konsisten serta menyokong antara satu sama lain.

Hakim Mohtarudin mendapati penjelasan Shamsuddin adalah logik dan boleh diterima bahawa beliau bersetuju menjadi saksi pendakwaan selepas pertuduhan terhadapnya ditarik balik kerana hilang keyakinan terhadap janji tiada pertuduhan terhadapnya oleh Mohamad Khir.

''Apabila kepentingan awam dan kepentingan individu bertembung, kepentingan awam perlu diberi keutamaan. Fakta menunjukkan tertuduh merancang untuk memiliki hartanah itu. Tertuduh telah menyalahgunakan jawatannya sebagai eksekutif tertinggi dalam negeri.

''Dalam kes ini, denda tidak sesuai. Hukuman penjara terhadap seorang yang memegang jawatan eksekutif tertinggi perlu diberi penekanan,'' katanya.

Ketika diberi peluang merayu, Athimulan memohon hukuman ringan iaitu hanya dikenakan denda dengan alasan transaksi dilakukan dengan kerelaan kedua-dua pihak selain ia tidak memberi kemudaratan kepada masyarakat awam.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud pula berhujah balas bahawa hukuman denda terhadap seseorang yang mampu membayar dengan senang hati menyebabkan matlamat hukuman itu tidak tercapai.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk dirinya dan Zaharah, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Ditamas melalui Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta.

Sedangkan hartanah tersebut dibeli oleh syarikat terbabit pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Selain Masri, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed dan Mohd. Dusuki Mokhtar sementara Mohamad Khir turut diwakili oleh peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos serta Kamarul Hisham Kamaruddin.

Sementara itu, keadaan di luar mahkamah bertukar sayu di kalangan hampir 50 penyokong Mohamad Khir yang setia menunggu sejak pukul 8 pagi sehingga prosiding itu selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.



---------------------------------------------------------------------------


Mahkamah hukum Khir Toyo dipenjara 12 bulan
Harakahdaily
SHAH ALAM, 23 Dis: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah empat tahun lalu.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.



---------------------------------------------------------------------------

Komen:

Itu hanya bayaran ubahsuai banglo, belum termasuk harga tanah sebenar, dan harga rumah asal. 'RM500,000 dibayar sebanyak 13 kali' (5 + 8 = 13)... Waduh, menyesal aku jadi doktor gigi !

[RM500,000 x 13 = RM6,500,000 + RM250,000 pendahuluan]

Lagi satu, Nasir Ismail, 55, yang berstatus muflis pada 1998, mendapat kontrak, jadi kontraktor kpd Khir Toyo ?! Banyak sangat duit didalam tangan orang yang berstatus muflisi ini ... ?! (lihat berita Utusan di bawah).


----------------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm
[ARKIB : 10/06/2011]

Khir Toyo Bayar Ubah Suai Banglo RM6 juta

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

MOHAMAD Khir Toyo di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

SHAH ALAM 9 Jun – Seorang pereka landskap bebas memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia dibayar lebih RM6 juta secara tunai oleh Dr. Mohamad Khir Toyo pada 2006 bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo berkonsepkan Bali milik bekas Menteri Besar Selangor itu di Seksyen 7 di sini.

Nasir Ismail, 55, dari syarikat Lyna Ubersari Bali Landscaping & Pottery Sdn. Bhd. menyatakan, pembayaran wang pendahuluan sebanyak RM250,000 dibuat sendiri oleh Mohamad Khir kepadanya di kediaman bekas menteri besar itu antara Mac dan April 2006. Katanya, selepas mendapat bayaran, dia pergi ke pejabat pemegang harta (Jabatan Insolvensi) bagi menguruskan pasport antarabangsa ke Bali, Indonesia untuk membeli barang-barang pengubahsuaian.

‘‘Selepas itu, saya menerima lima kali bayaran yang setiap satunya berjumlah RM500,000 daripada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas), Datuk Shamsuddin Hayroni yang dilantik oleh Mohamad Khir sebagai pengurus.

‘‘Seterusnya, Mohamad Khir membayar kepada saya RM500,000 sebanyak lapan kali di kediaman rasminya,’’ ujar lelaki itu semasa menjawab soalan pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud.

Nasir yang merupakan saksi pendakwaan ketiga menyatakan, dia memohon bayaran secara tunai kerana statusnya sebagai MUFLIS pada 1998 dan tidak mempunyai akaun bank. Dia berkata demikian pada perbicaraan terhadap Mohamad Khir, 45, yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zaharah Kechik, 45, pada 23 Disember 2004 bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Perbicaraan masuk hari kedua hari ini.

Mohamad Khir yang didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007, dibicarakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ditanya mengenai bagaimana saksi itu menguruskan wang tersebut, Nasir menjawab, dia membayar kepada pembekal secara tunai dan sebahagiannya disimpan untuk bayaran upah pekerja-pekerjanya. Jelas saksi berkenaan, syarikat landskap tempat dia bekerja itu adalah milik isterinya, Nor Azlina Abdul Aziz yang turut menguruskan syarikat tersebut.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi itu mengakui dia menyangka banglo itu milik Mohamad Khir sehinggalah melihat pelan banglo yang tertera nama pemilik sebenar, Ditamas.

‘‘Saya menyangkakan banglo itu milik Mohamad Khir dan isteri beliau kerana mereka berdua yang banyak memberikan arahan dan cadangan berkaitan pengubahsuaian banglo tersebut. Tetapi selepas mengetahui ia milik Ditamas, saya jadi keliru,’’ katanya. Nasir turut mengakui berlaku perselisihan faham dengan Mohamad Khir di peringkat akhir pengubahsuaian kediaman itu kerana dia tidak menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan sempurna.

Katanya, dia terpaksa meninggalkan kerja-kerja tersebut kerana ada tunjuk perasaan di luar kediaman bekas menteri besar itu. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung Isnin ini.