FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

15 June 2011

Khir Toyo Bayar Ubah Suai Banglo RM6 juta


LAGI KES LAIN DAN HUKUMAN .... (LIHAT DI BAWAH)

(24 Dis 2011)

Khir Toyo Rayu Hukuman

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

DR. MOHAMAD Khir Toyo ditemani isteri Zaharah Kechik berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 23 Dis. - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara setahun bagi kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zaharah Kechik dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

Notis rayuan difailkan oleh peguamnya, M.M. Athimulan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3.30 petang, kira-kira empat jam selepas hukuman penjara itu dijatuhkan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.

''Ini bukan proses penghakiman terakhir buat saya kerana saya akan merayu mengenai keputusan ini kepada mahkamah yang lebih tinggi,'' katanya semasa ditanya oleh pemberita di luar mahkamah sebaik sahaja prosiding kesnya selesai.

Berhubung masa depan politiknya, Mohamad Khir berkata, beliau akan membuat kenyataan mengenai perkara tersebut selepas 9 Januari tahun depan tetapi enggan mengulas lanjut mengapa tarikh tersebut yang dipilih.

Terdahulu, selain hukuman penjara terhadap Mohamad Khir yang disabit bersalah atas tuduhan itu, Hakim Mohtarudin (kini Hakim Mahkamah Rayuan) turut mengarahkan hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia.

Beliau bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dan perintah pelucutan hak itu sehingga rayuan Mohamad Khir selesai didengar serta diputuskan.

Mohamad Khir yang dilihat tunduk sepanjang prosiding ditenangkan oleh Zaharah yang bertindak menggosok-gosok bahu suaminya itu sebaik sahaja sabitan dan hukuman diputuskan.

Hakim Mohtarudin semasa membacakan penghakimannya berkata, beliau berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati dalam pertuduhan itu.

Beliau menerima keterangan Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni yang membeli hartanah untuk dijual semula kepada Mohamad Khir serta tidak pernah bersetuju dengan harga RM3.5 juta sebaliknya menawarkan harga antara RM5 dan RM5.5 juta.

Menurutnya, Shamsuddin turut dibuktikan mempunyai kepentingan dalam beberapa syarikat yang ada kaitan dengan urusan rasmi Mohamad Khir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berdasarkan tiga dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.

Begitu juga intipati pertuduhan bahawa Mohamad Khir mempunyai pengetahuan bahawa hartanah tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada tahun 2004 berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang konsisten serta menyokong antara satu sama lain.

Hakim Mohtarudin mendapati penjelasan Shamsuddin adalah logik dan boleh diterima bahawa beliau bersetuju menjadi saksi pendakwaan selepas pertuduhan terhadapnya ditarik balik kerana hilang keyakinan terhadap janji tiada pertuduhan terhadapnya oleh Mohamad Khir.

''Apabila kepentingan awam dan kepentingan individu bertembung, kepentingan awam perlu diberi keutamaan. Fakta menunjukkan tertuduh merancang untuk memiliki hartanah itu. Tertuduh telah menyalahgunakan jawatannya sebagai eksekutif tertinggi dalam negeri.

''Dalam kes ini, denda tidak sesuai. Hukuman penjara terhadap seorang yang memegang jawatan eksekutif tertinggi perlu diberi penekanan,'' katanya.

Ketika diberi peluang merayu, Athimulan memohon hukuman ringan iaitu hanya dikenakan denda dengan alasan transaksi dilakukan dengan kerelaan kedua-dua pihak selain ia tidak memberi kemudaratan kepada masyarakat awam.

Sementara Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud pula berhujah balas bahawa hukuman denda terhadap seseorang yang mampu membayar dengan senang hati menyebabkan matlamat hukuman itu tidak tercapai.

Mohamad Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk dirinya dan Zaharah, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Ditamas melalui Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta.

Sedangkan hartanah tersebut dibeli oleh syarikat terbabit pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Selain Masri, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed dan Mohd. Dusuki Mokhtar sementara Mohamad Khir turut diwakili oleh peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos serta Kamarul Hisham Kamaruddin.

Sementara itu, keadaan di luar mahkamah bertukar sayu di kalangan hampir 50 penyokong Mohamad Khir yang setia menunggu sejak pukul 8 pagi sehingga prosiding itu selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.



---------------------------------------------------------------------------


Mahkamah hukum Khir Toyo dipenjara 12 bulan
Harakahdaily
SHAH ALAM, 23 Dis: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah empat tahun lalu.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.



---------------------------------------------------------------------------

Komen:

Itu hanya bayaran ubahsuai banglo, belum termasuk harga tanah sebenar, dan harga rumah asal. 'RM500,000 dibayar sebanyak 13 kali' (5 + 8 = 13)... Waduh, menyesal aku jadi doktor gigi !

[RM500,000 x 13 = RM6,500,000 + RM250,000 pendahuluan]

Lagi satu, Nasir Ismail, 55, yang berstatus muflis pada 1998, mendapat kontrak, jadi kontraktor kpd Khir Toyo ?! Banyak sangat duit didalam tangan orang yang berstatus muflisi ini ... ?! (lihat berita Utusan di bawah).


----------------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0610&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm
[ARKIB : 10/06/2011]

Khir Toyo Bayar Ubah Suai Banglo RM6 juta

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

MOHAMAD Khir Toyo di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

SHAH ALAM 9 Jun – Seorang pereka landskap bebas memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dia dibayar lebih RM6 juta secara tunai oleh Dr. Mohamad Khir Toyo pada 2006 bagi kerja-kerja pengubahsuaian banglo berkonsepkan Bali milik bekas Menteri Besar Selangor itu di Seksyen 7 di sini.

Nasir Ismail, 55, dari syarikat Lyna Ubersari Bali Landscaping & Pottery Sdn. Bhd. menyatakan, pembayaran wang pendahuluan sebanyak RM250,000 dibuat sendiri oleh Mohamad Khir kepadanya di kediaman bekas menteri besar itu antara Mac dan April 2006. Katanya, selepas mendapat bayaran, dia pergi ke pejabat pemegang harta (Jabatan Insolvensi) bagi menguruskan pasport antarabangsa ke Bali, Indonesia untuk membeli barang-barang pengubahsuaian.

‘‘Selepas itu, saya menerima lima kali bayaran yang setiap satunya berjumlah RM500,000 daripada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas), Datuk Shamsuddin Hayroni yang dilantik oleh Mohamad Khir sebagai pengurus.

‘‘Seterusnya, Mohamad Khir membayar kepada saya RM500,000 sebanyak lapan kali di kediaman rasminya,’’ ujar lelaki itu semasa menjawab soalan pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd. Daud.

Nasir yang merupakan saksi pendakwaan ketiga menyatakan, dia memohon bayaran secara tunai kerana statusnya sebagai MUFLIS pada 1998 dan tidak mempunyai akaun bank. Dia berkata demikian pada perbicaraan terhadap Mohamad Khir, 45, yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zaharah Kechik, 45, pada 23 Disember 2004 bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Perbicaraan masuk hari kedua hari ini.

Mohamad Khir yang didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007, dibicarakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ditanya mengenai bagaimana saksi itu menguruskan wang tersebut, Nasir menjawab, dia membayar kepada pembekal secara tunai dan sebahagiannya disimpan untuk bayaran upah pekerja-pekerjanya. Jelas saksi berkenaan, syarikat landskap tempat dia bekerja itu adalah milik isterinya, Nor Azlina Abdul Aziz yang turut menguruskan syarikat tersebut.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam M. Athimulan yang mewakili Mohamad Khir, saksi itu mengakui dia menyangka banglo itu milik Mohamad Khir sehinggalah melihat pelan banglo yang tertera nama pemilik sebenar, Ditamas.

‘‘Saya menyangkakan banglo itu milik Mohamad Khir dan isteri beliau kerana mereka berdua yang banyak memberikan arahan dan cadangan berkaitan pengubahsuaian banglo tersebut. Tetapi selepas mengetahui ia milik Ditamas, saya jadi keliru,’’ katanya. Nasir turut mengakui berlaku perselisihan faham dengan Mohamad Khir di peringkat akhir pengubahsuaian kediaman itu kerana dia tidak menyiapkan kerja-kerja tersebut dengan sempurna.

Katanya, dia terpaksa meninggalkan kerja-kerja tersebut kerana ada tunjuk perasaan di luar kediaman bekas menteri besar itu. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung Isnin ini.