Komen:
Masa jadi polis dulu syok sampai ke langit, syok pegang pistol hidup, lebih malang lagi tembak budak berusia 15 tahun, apakah kesalahan budak itu, sampai kena tembak di kepala? Apakah salahnya jikalau ditembak di kaki atau badan dahulu. Lesen memegang pistol, bukanya bererti boleh menembak sesiapa yang disukai atau tidak disukai.
Hakim hanya beri hukuman 5 tahun sahaja, itu pun masih hendak berdolak dalik lagi ?! Apa sudah jadi ?!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(20 Sept 2011)
Jenain fail rayuan ketepi hukuman
SHAH ALAM 19 Sept. - Anggota polis, Koperal Jenain Subi yang dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, hari ini memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.
Permohonan itu difailkan dua peguamnya, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd. Hilmi di Kaunter Pendaftaran Jenayah, Kompleks Mahkamah di sini, pada 12.45 tengah hari ini.
Jenain yang tidak terus menjalani hukuman selepas permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tersebut dibenarkan hadir semasa rayuan berkenaan difailkan.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar turut memfailkan rayuan pada hari ini kerana tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut.
Pada 15 September lalu, Jenain dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid yang ditembak di kepala pada April tahun lalu.
Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Source:
http://www.nst.com.my/nst/articles/Policeconstableorderedtoenterdefenceforshootingwife/Article/ (20 Sept 2011)
KUALA LUMPUR: The Sessions Court here today ordered a police constable to enter his defence for shooting his wife last year. Judge Mohamad Sekeri Mamat made the decision after finding that the prosecution had succeeded in establishing a prima facie case against T. Ravindran, 31, at the end of the prosecution case.
"The sixth prosecution witness, who is also the victim in the case, G. Prema,25, in her testimony said that the accused came to her house on March 2, 2010, to discuss the status of their marriage with her father, A. Ganason, who is the seventh prosecution witness.
"When she went to her room to take her jewellery and return them to Ravindran, he followed her into the room, pushed her down on the floor and shot her. "Based on her testimony, which was supported by the testimonies given by her father and brother G. Davendran, the prosecution had managed to establish a prima facie case against the accused, therefore I call upon the accused to enter his defence," he said.
Ravindran was charged with shooting Prema using a .38 Smith & Wesson revolver, which could cause the death of the victim, at Blok D-10-09, Program Perumahan Rakyat Kerinchi, Pantai Dalam, Brickfields, at 9.40pm on March 2 last year.
The charge under Section 307 of the Penal Code carries a maximum jail term of 20 years.
Deputy public prosecutor Lokman Kasim prosecuted. -- BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dibelasahkeranategurpolis/Article/index_html
(27 SEPT 2011)
Dibelasah kerana tegur polis
JITRA: Hanya kerana menegur perbuatan seorang anggota polis membuang sampah di luar tong sampah, seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal menanggung padah apabila mendakwa dibelasah anggota itu dan lima rakannya serta diugut ditembak di Taman Bahagia, Kodiang, dekat sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, dari Jalan Sanglang, dekat Kodiang, turut digari sebelum dimasukkan ke lokap di Balai Polis Kodiang.
Mohd Ridzuan berkata, dia menjalankan tugas harian mengangkut sampah di situ sebelum seorang lelaki berusia 40-an membuang sampah di luar tong sampah.
Katanya, dia yang kecewa dengan sikap lelaki itu menegur perbuatannya supaya membuang sampah itu ke dalam tong disediakan.
“Dia berang dan mempersoalkan tindakan saya, malah bertambah berang apabila melihat saya tidak tahu dia adalah polis. “Dia yang berpakaian preman turut mengugut menembak saya jika membawa pistolnya bersama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Sanglang, Kodiang, semalam.Katanya, selepas bertengkar, anggota terbabit meninggalkan kawasan itu sambil memberi amaran kepadanya supaya berhati-hati dan sekali lagi mengugut untuk menembaknya.
Menurutnya, setengah jam kemudian lelaki itu datang semula bersama lima rakannya dipercayai polis berpakaian preman berusia 30-an.
“Tanpa usul periksa, mereka menendang saya sehingga terjatuh. Selepas itu, muka, tangan dan perut saya disepak sebelum digari dan dibawa ke Balai Polis Kodiang dengan motosikal,” katanya.
Menurutnya, kejadian disaksikan orang ramai tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana menyangka polis menangkap penjenayah.
Menurutnya, sebaik tiba di balai polis berkenaan, dia dibawa ke dalam sebuah bilik sebelum dipukul dengan rotan, selain ditendang sehingga tidak bermaya."Lelaki yang bertengkar dengan saya itu turut menendang bahagian muka saya dan dia sekali lagi mengugut akan menembak saya," katanya.Mohd Ridzuan kemudian dimasukkan ke dalam lokap sebelum dibebaskan setengah jam kemudian.Katanya, dia mendapatkan rawatan di Hospital Jitra dan doktor memaklumkan terdapat kesan lebam pada pipi kiri, rusuk kiri dan bahu. Mohd Ridzuan mendakwa pergelangan tangannya turut luka dan masih sakit akibat digari.Mohd Ridzuan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini, pada jam 1.40 pagi Ahad lalu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohamed Yusoff mengesahkan menerima laporan kejadian itu