Komen: Masalahnya, adakah Israel inginkan 'kedaimaian'? Atau 'berlakon' inginkan kedamaian sahaja di mata dunia, dan menyalahkan Palestin sebagai pengacau atau pengganas (terrorists).
Siapa yang menceroboh penempatan Palestin? Siapa yang buat penempatan haram? Siapa yang robohkan rumah penduduk Palestin kerana hasad dengki, dan dendam tak habis? Siapakah pengganas sebenarnya??? ISRAEL.
DUNIA sudah tahu kelakuan sumbang ISRAEL itu... !!
-------------------------------------------------------------------------------
Britain Selar Penempatan Israel di Palestin
17/01/2012 4:08am
LONDON 17 Jan. – Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg semalam menyelar pembinaan penempatan di Israel dengan menyifatkannya sebagai 'vandalisme yang disengajakan' ketika Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memulakan lawatan Eropahnya.
Berucap selepas perbincangan bersama Abbas di London, Clegg menjelaskan pembinaan perumahan haram secara berterusan di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis menyebabkan 'kerosakan' kepada usaha rundingan damai kedua-dua negara tersebut.
“Ia boleh disifatkan sebagai 'kerosakan yang disengajakan' dan sekali gus menggangu rundingan damai yang telah diusahakan sejak beberapa tahun lalu,” katanya. – AFP.
-------------------------------------------------------------------------------
Komen: Apa 'beberapa tahun lalu'... sudah masuk 'beberapa dekad' dah !! Israel masih lagi sombong, bongkar, dan tak sedarkan diri. Israel bukannya inginkan kedamaian. Apa yang orang Nazi Germany buat keatas orang Yahudi Israel semasa perang dunia kedua dulu, orang Yahudi Israel kini buat keatas orang Palestin, dan lebih dahsyat lagi !! Tengok lah gambar-gambar, dan berita dunia di kaca TV anda!!