(15 Mac 2012)
Mahasiswa perlu sedar isu Palestin
Presiden Islamic Society Of Jabalia, Gaza, Ir Abdel Rahim Shehab.
Realiti kezaliman tentera rejim zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan membunuh, menyakiti, merampas harta milik rakyat Palestin dan memusnahkan bumi anbia, bumi ketiga paling suci umat Islam, Palestin yang terdapatnya padanya Masjid Al-Aqsa yang menyaksikan baginda Rasulullah SAW menaiki ke langit dalam perjalanan malam paling agung, iaitu Israq dan Mikraj.
Menurut Ir Abdel Rahim, para siswa digesa supaya memahami akan realiti dan tanggungjawab mereka untuk membantu mempertahankan bumi palestin dan Masjidil Aqsa yang merupakan wakaf umat Islam seluruh dunia. Ini kerana perjuangan di Palestin bukan semata-mata isu keagamaan, malah juga isu kemanusiaan yang perlu diturut sertai oleh segenap lapisan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama.
Rejim Israel sesungguhnya sudah keterlaluan. Menafikan hak semua golongan peringkat umur di Palestin, anak-anak kecil, remaja, pemuda wanita, orang tua semua mereka hebat teraniaya dan berada di dalam tekanan yang tidak pernah terfikirkan oleh manusia.
"Saya amat mengharapkan agar anda, para mahasiswa terus membantu dan menyokong usaha-usaha Aqsa Syarif dan lain-lain NGO untuk Palestin yang telah berjaya memulakan inisiatif membawa pelbagai projek kemanusiaan, pendidikan, bantuan perubatan dan peojek-projek sosio ekonomi seperti kilang roti, mikro kredit, ternakan lembu, ternakan ikan dan sebagainya terutamanya di Gaza, yang menjadi terkepung dan penjara serta terputus hubungan dengan dunia luar akibat kekejaman rejim Israel," kata Ir Abdel Rahim.
.