FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

18 February 2014

Bekas Pengurus MIMOS dijel 7 Tahun, Denda RM5 Juta !



http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140214/ma_02/Bekas-pengurus-MIMOS-dijel-7-tahun-denda-RM5j  (14 Feb 2014)

Bekas pengurus MIMOS dijel 7 tahun, denda RM5j


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Bhd., Khairuddin Khalid dihukum penjara tujuh tahun dan denda lebih RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas lapan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM500,000, lebih 12 tahun lalu.

Khairuddin, 54, yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) swasta juga berdepan dengan hukuman penjara 64 bulan jika gagal membayar denda.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain membenarkan permohonan Khairuddin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara tetapi memerintahkan denda dibayar hari ini setelah mendapati tiada sebarang alasan istimewa untuk membenarkan penangguhan bayaran.

Khairuddin bagaimanapun gagal membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.
Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, beliau berkata, keterangan pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian, tidak berasas dan munasabah.

"Saksi pembelaan juga tidak menyokong pembelaan selain keterangan tertuduh juga adalah sesuatu yang difikirkan selepas kejadian," katanya.

Selain itu katanya, terdapat banyak isu yang tidak dapat dibuktikan dan hanya berdasarkan andaian semata-mata.

Khairuddin didakwa atas empat pertuduhan meminta untuk dirinya sendiri suapan melalui empat keping cek semuanya bernilai RM985,248 daripada Pengerusi Eksekutif Corporate Eight Asset Management Sdn. Bhd., Muhammad Khalid Ismail.

Daripada jumlah itu, tertuduh didakwa menerima RM502,002.37 sebagai upah kerana melaburkan dana pelaburan MIMOS Bhd. bernilai RM5.5 juta dengan syarikat pelaburan berkenaan. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.

Khairuddin juga menghadapi empat pertuduhan memperoleh rasuah daripada individu yang sama membabitkan jumlah dan tujuan yang sama, iaitu kesalahan di bawah Seksyen 11(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta tersebut.

Seksyen 16 akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn. Bhd. yang beralamat di Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan antara 23 Mei 2001 dan 8 Februari 2002.
Peguam Azi Azlin Zulkifli ketika mengemukakan permohonan penangguhan hukuman memberitahu, anak guamnya itu terlibat dalam projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan ketiadaan anak guamnya bakal menggugat kelancaran projek tersebut.

Terdahulu dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Azi Azlin berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesalahan pertama anak guamnya itu selain isteri tidak bekerja serta menyara ibunya sakit tua.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Nur Lokman Samingan pula memohon hukuman setimpal berbentuk pencegahan dan pengajaran untuk tertuduh dan masyarakat