FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

27 April 2016

Ayah Pin Meninggal Dunia !



Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ayah-pin-meninggal-dunia-1.284087


Ayah Pin meninggal dunia


KUALA TERENGGANU 23 April - Pemimpin dan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Muhamad, 74, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Ayah Pin
Lelaki yang berasal dari Bachok, Kelantan dan mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan itu dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di perkampungan Kerajaan Langit di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut.

Kemuncak kesesatan ajaran itu mula dikesan oleh penduduk kampung apabila Ayah Pin serta pengikutnya tidak menunaikan sembahyang dan puasa secara terang-terangan.

Pada tahun 2000, pengaruhnya semakin meluas sehingga dikatakan mencecah 12,000 orang termasuk warga asing dan penganut pelbagai kaum serta agama.

Sejak tahun itu perkampungan Batu 13 di Hulu Besut berubah wajah selepas Ayah Pin dikatakan menerima banyak sumbangan daripada pengikutnya. - utusan online









Pemuda parah akibat telefon meletup ! (Handphone Explode!)


KOMEN:

Kemungkinan 1: Pembelian dan Penggunaan telifon pintar yang murah buatan China mungkin adalah salah satu sebab telifon ini cepat panas, dan meletup!

Kemungkinan 2: Sebab kedua ialah, penggunaan telifon pintar klon yang berkualiti rendah juga,

Kemungkinan 3: Bateri yang berkualiti rendah.

Harap pengguna lebih bijak selepas ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pemuda-parah-akibat-telefon-meletup-1.285617

Pemuda parah akibat telefon meletup


ALOR SETAR, 23 April - Seorang pemuda cedera parah apabila telefon bimbitnya yang sedang dicaj tiba-tiba meletup ketika dia mahu menjawab panggilan semalam.
MUHAMMAD SYAWAL MD. ISA
Muhammad Syawal Md. Isa mendapatkan rawatan di bahagian tangan kanan dan muka setelah telefon digunanya meletup di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah semalam.


Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata lelaki berumur 28 tersebut dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira pukul 4.40 pagi.

"Rawatan awal diberikan kepadanya, namun disebabkan beliau perlu diberi rawatan pakar, maka beliau telah dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mangsa dimasukkan ke wad oftamologi untuk rawatan pada mata dan turut mendapati kecederaan pada telinga kanan.
"Mangsa mengalami kesan terbakar dengan serpihan besi di bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan serta luka pada kornea mata kanan selain terdapat bendasing di dalam matanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Syawal Md Isa dari Kampung Titi Serong, Jalan Dulang, Yan. - BERNAMA





04 April 2016

TUNTUTAN HAK MEMPUNYAI BATASAN !!


Sumber:
http://www.utusan.com.my/rencana/tuntutan-hak-mempunyai-batasan-1.207219


TUNTUTAN HAK MEMPUNYAI BATASAN


SETIAP individu sepatutnya memahami sejauh mana hak dan kebebasan yang boleh dan perlu dituntut dalam setiap aspek kehidupan. Konsep hak dan kebebasan adalah berbeza di antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Masyarakat yang mempunyai latar belakang sekular dan tidak terikat dengan tradisi agama beranggapan bahawa setiap aspek kehidupan perlu dituntut tanpa me­ngira budaya dan agama.

Golongan yang didedahkan de­ngan pemahaman sekular begini akan menuntut hak dan kebebasan daripada setiap masyarakat tanpa menghirau pemahaman akidah, budaya, sensitiviti dan corak kehidupan masyarakat beragama.

Konsep universaliti yang mengenepikan hak masyarakat beragama semakin hari kian menular apabila terdapat golongan tertentu merasai diri mereka lebih pakar dalam hal ehwal agama masyarakat lain walaupun mereka hanya terdedah dalam ilmu agama itu dalam jangka masa pendek dan ilmu yang dituntut itu adalah terlalu terbatas.

Islam adalah agama yang menekankan aspek akidah, syariah dan akhlak. Setiap ilmu berkaitan bidang tersebut adalah berdasarkan kepada wahyu Ilahi dan panduan daripada Rasulullah SAW. Wahyu Ila­hi adalah perundangan dan sistem kehidupan umat Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun.

Kehidupan umat Islam ti­dak boleh disamakan dengan ma­sya­rakat bukan Islam terutama berkaitan urusan peribadi dan hal ehwal umat Islam. Hanya umat Islam yang layak mengendalikan urusan keperibadian dan kemasyarakatan umat Islam.

Masyarakat bukan Islam diberi hak dan kebebasan untuk mengendalikan urusan keperibadian, kemasyarakatan dan keagamaan mereka. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mentadbir dan memerintah negara berdasarkan kepada Perlembagaan negara yang digariskan bersama. Umat Islam tidak mempunyai hak dan kebebasan untuk mencampuri hal ehwal keperibadian, kemasyarakatan dan keagamaan masyarakat bukan Islam. Islam memperakui hak dan kebebasan masyarakat bukan Islam dalam negara Islam.

Apabila Islam memberi hak kepada masyarakat bukan Islam mengendalikan hal ehwal negara bersama umat Islam berdasarkan kepada Perlembagaan negara, maka masyarakat bukan Islam perlu memahami kebebasan itu bukan bererti mereka boleh mencampuri hal ehwal peribadi dan kemasyarakatan umat Islam yang mempunyai kaitan dengan hukum hakam Islam.

Individu dan masyarakat Islam yang menghadapi permasalahan peribadi berhubung kait rumah tangga dan sebagainya perlu merujuk kepada hukum hakam yang digariskan oleh Allah dan Rasul. Hanya ulama, kadi dan individu yang mahir dalam perundangan berkaitan urusan ini layak me­ngendalikan kes-kes tersebut. Pro­ses mempelajari ilmu wahyu adalah satu tempoh masa yang lama.

Individu-individu yang mahir dalam ilmu wahyu mempelajari ilmu tersebut melebihi 10 tahun lamanya. Ilmu yang dipelajari me­rangkumi ilmu-ilmu akidah, fikah, kesusasteraan Arab, bahasa Arab, disiplin mentafsir al-Quran dan hadis, sejarah Islam dan seumpamanya. Perundangan Islam adalah sistem berteraskan kepada wahyu Ilahi dan panduan daripada Rasulullah SAW.

Hanya orang Islam yang mempercayai Allah Yang Maha Esa sahaja yang dapat mengendalikan kes berkaitan keperibadian dan ke­masyarakatan Islam dalam mah­kamah syariah. Individu Islam yang tidak didedahkan dengan ilmu Turath juga kurang berkeupayaan untuk dilantik sebagai hakim atau peguam dalam mahkamah syariah. Jika individu tersebut dilantik menjadi hakim atau peguam maka permasalahan keperibadian umat Islam sukar untuk dikendalikan secara berhemah.

Perkara berkaitan peribadi umat Islam terutamanya hal ehwal rumah tangga mempunyai hubung kait dengan hukum hakam Islam. Permasalahan perceraian misalnya, suami dan isteri lebih cenderung kepada emosi dalam menyelesaikan permasalahan mereka.

Masing-masing ingin menunjukkan mereka adalah di pihak yang benar. Dalam keadaan begini sukar untuk menentukan siapa yang benar atau salah jika permasalahan mereka tidak dirujuk kepada hukum hakam Islam berkaitan hak dan tanggungjawab suami isteri dalam Islam.

Perkahwinan dalam Islam tidak boleh disamakan dengan perkahwinan masyarakat agama lain ke­rana hak dan tanggungjawab suami dan isteri lebih menjurus kepada konsep amanah yang mana kedua suami isteri perlu menghormati dan memahaminya bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Mungkin masyarakat agama lain beranggapan bahawa hukum hakam rumah tangga dalam Islam lebih menjurus kepada mempertahankan hak lelaki daripada wanita jika orang yang mengendalikan kes rumah tangga umat Islam berfahaman liberal atau feminisme.
Jika peguam yang mengendalikan kes tersebut bukan Islam atau dari kumpulan feminist maka tuntutan di mahkamah syariah lebih sukar untuk mempertahankan ke­adilan bagi kedua suami isteri.

Oleh itu, individu Islam yang mempunyai kefahaman yang mendalam berkaitan hukum hakam rumah tangga sahaja dapat mengetahui sama ada suami atau isteri yang tidak bertanggungjawab kerana da­lam hal ehwal rumah tangga baik atau buruk suami atau isteri adalah bergantung kepada sejauh mana mereka melaksanakan tugas sebagai isteri atau suami.

Hanya peguam dan hakim yang memahami secara mendalam serta mempunyai ketakwaan sahaja dapat mengklasifikasikan suami atau isteri yang benar atau salah. Dalam konteks kehidupan masa kini di mana konsep perkahwinan umat Islam kian terpesong dari hukum hakam Allah maka peguam dan hakim di Mahkamah Syariah perlu terdiri daripada individu-individu yang beragama Islam dan pakar dalam hal ehwal hukum hakam.
Kecuaian dalam aspek ini boleh menyebabkan kes perceraian dan sebagainya sukar untuk ditangani lantaran kurang kepakaran dan pemahaman dalam hukum hakam berkaitan dengan urusan peribadi umat Islam.


Prof. Madya Dr. Saodah Abd. Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


.