Ayah Pin
Lelaki yang berasal dari Bachok, Kelantan dan mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan itu dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di perkampungan Kerajaan Langit di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut.

Kemuncak kesesatan ajaran itu mula dikesan oleh penduduk kampung apabila Ayah Pin serta pengikutnya tidak menunaikan sembahyang dan puasa secara terang-terangan.

Pada tahun 2000, pengaruhnya semakin meluas sehingga dikatakan mencecah 12,000 orang termasuk warga asing dan penganut pelbagai kaum serta agama.

Sejak tahun itu perkampungan Batu 13 di Hulu Besut berubah wajah selepas Ayah Pin dikatakan menerima banyak sumbangan daripada pengikutnya. - utusan online