FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

31 August 2016

Constitutional amendment wasn’t to remove rulers’ role, says Nazri



Source:
https://sg.news.yahoo.com/constitutional-amendment-wasn-t-remove-rulers-role-says-120800169.html


Constitutional amendment wasn’t to remove rulers’ role, says Nazri

BY AIZYL AZLEE

KUALA LUMPUR, Aug 30 — The requirement for royal assent to pass Acts of Parliament was dropped in 1994 to facilitate the legislation of new laws and not to reduce the powers of the rulers, an Umno minister explained today.
Datuk Seri Nazri Aziz said this had been the intent of the constitutional amendment then, adding that this has not changed over two decades later.
“Even until today, we can see how the smoothening has been proven. It has nothing to do with curtailing anyone’s powers, no.
“The purpose was only to smoothen the process” he told reporters after launching the Bermalam di Muzium 2016 programme at the National Museum.
He said the issue now was to ensure that any changes further improved the business of lawmaking as intended by the previous amendment.
Nazri added that other issues should not be considered in any review unless they were obstructing the legislative process.



.

26 August 2016

Assets Chong Wei estimate at RM300 Million ?!



Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/sukan/aset-chong-wei-cecah-rm300-juta-1.556155

Aset Chong Wei cecah RM300 juta

ATAS kesungguhannya yang tidak mengenal erti kekalahan, kejayaan dalam dunia badminton akhirnya terbalas apabila membawa pelbagai kejuaraan dan hadiah wang lumayan kepada pemain kesayangan negara ini.

Manakala di luar gelanggang, namanya kerap jadi sebutan. Beliau diminati oleh jutaan peminat di dalam dan di luar negara. Bagi syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.

Itulah anugerah dan hasil usaha yang diraih oleh Lee Chong Wei. Biarpun sebagai pemain badminton, Chong Wei terbukti juga tidak kurang hebatnya dalam dunia korporat. Tidak mustahil suatu hari nanti, setelah meninggalkan lapangan badminton, beliau akan bergelar pula sebagai seorang tokoh korporat yang berjaya di negara kita.

Mungkin tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur. Nama syarikatnya ialah Chong Wei Binajaya dengan beliau sendiri memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif.

Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Bagi peminat badminton di sekitar Lembah Klang, kompleks sukan ini memang sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Wei pada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

Bagi kenalan rapat Chong Wei, mereka sudah lama mengetahui beliau cukup gemar membeli kereta mewah sebagai koleksi peribadinya. Sehingga hari ini, antara jenis kereta mewah yang dimiliki Chong Wei ialah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe,
Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1, dengan harga kesemua kereta ini bernilai jutaan ringgit setiap sebuah.

Selain itu, satu lagi barangan yang digemari Chong Wei ialah jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.
Akhbar Dongguan Shibao dari China sebelum ini pernah melaporkan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pastinya ramai akan terperanjat apabila melihat koleksi kereta yang disimpannya. 

Perlantikan Chong Wei sebagai duta produk merupakan satu lagi sumber pendapatan utamanya. Bagi setiap produk, bayarannya yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya termasuk Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi



................................................................................................................................................

Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/pandelela-terkedu-jadi-jutawan-1.378118


Pandelela terkedu jadi jutawan

Dapat rumah, insentif bernilai RM1.3 juta



KUCHING 3 Sept. - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengakui, lidahnya kelu dan dia hampir tergamam apabila menerima imbuhan bernilai RM1.3 juta atas kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio, bulan lalu.

Pandelela mendapat durian runtuh dengan nilai keseluruhan RM1.3 juta menerusi insentif kerajaan negeri sebanyak RM500,000, sumbangan dua syarikat swasta RM100,000 serta sebuah kondominium bernilai RM700,000.

Kata Pandelela, dia berasa sangat berbaloi atas pengorbanan yang diberikan selama ini dan bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh bersama rakannya, Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

“Cabaran dan halangan dilalui dengan tabah dan saya percaya ramai memberi sokongan terutama ibu bapa dan rakyat Malaysia, terima kasih semua.

“Sebelum Olimpik, saya berlatih dengan gigih selama lapan jam sehari, enam kali seminggu disamping banyak cabaran diharungi seperti kecederaan dan tidak dapat balik ke Kuching untuk meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Dia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Pandelela Rinong di Dewan Suarah hari ini. Tambahnya, dia perlu pergi ke China untuk berlatih, malah pelajaran banyak tertunda ekoran latihan luar negara.

“Akhirnya, pengorbanan ini berbaloi apabila saya dan pasangan mempamer terjunan yang kemas bagi memenangi pingat perak. 

“Meskipun bertanding di sukan terbesar dengan cabaran daripada penerjun terbaik di dunia kami dapat peroleh kejayaan,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Douglas Unggah Embas berkata, Pandelela telah membawa penghormatan, kegemilangan dan kebanggaan kepada semua rakyat negara terutama penduduk Sarawak.

"Kita juga ingin mengumumkan Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya dinamakan sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong dengan harapan lebih ramai anak-anak muda lelaki dan wanita mengikuti jejaknya dalam menyumbang lebih banyak pingat di masa hadapan.
"Kita mendoakan agar Pandelela mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang yang mana kerajaan negeri yakin dalam masa empat tahun akan datang mendapat pingat emas olimpik bersejarah negara," katanya.

Terdahulu Pandelela disambut ratusan orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Dewan Suarah. Syarikat Techninier Sdn Bhd. menyumbang RM100,000  atas kejayaan Pandelela Rinong, manakala Tenaga Stabil Sdn. Bhd. memberi sebuah kondominum lengkap dengan perabot bernilai RM700,000 di MJC, Batu Kawa disamping menamakan sebuah blok di situ sebagai Residence Pandelela.




.

Freedom of Religion in France ?!


Comments:

Discrimination against Muslims are still happening in so-called developed modern and liberal countries like France, Italy, Germany, USA, Norway and Switzerland, to name a few.

This should not happened, firstly, these countries are so-called developed modern countries, they should have first class mentality and knowledge and understanding?!

Secondly, the western countries embraced liberalism and freedom of religion, as enshrined in their Constitution or laws. So where does that goes now?!

It seems like, when it come to Islam and Muslims, the westerners make "excuses" to discriminate, prejudiced, and "break" their own laws and liberalism, and freedom of religion laws. Is this still call "justice and fair" ??

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source: http://www.sinarharian.com.my/global/wanita-muslim-dipaksa-buka-baju-renang-1.556082

Wanita Muslim dipaksa buka baju renang






NICE - PERANCIS. Polis di Perancis bertindak memaksa seorang wanita menanggalkan pakaian dipakainya di kawasan pantai dengan disaksikan pengunjung lain yang turut berada di kawasan tersebut ketika itu.
Memetik laporan Dailymail, empat pegawai polis kelihatan membuat rondaan dengan cota dan penyembur air lada di pantai Promenade des Anglais di Nice.
Wanita itu dirakam sedang berbaring seorang diri dengan baju berwarna biru dan skaf rambut warna sama sebelum dihampiri empat pegawai polis.
Wanita itu dikenakan saman selepas dipaksa menanggalkan pakaian luarannya dan hanya meninggalkan pakaian dalamnya sahaja.
Perkara sama menimpa seorang ibu muda di pantai di Cannes gara-gara memakai tudung dan baju renang muslimah.
Polis dikatakan telah mengacukan penyembur air lada itu ke wajah wanita berusia 34 tahun itu sebelum memberi amaran tentang undang-undang larangan pemakaian baju renang muslimah.

Beberapa hari sebelum kejadian itu pula, empat wanita disaman gara-gara memakai burkini di pantai dekat Cannes. Melalui rakaman sebuah klip video, polis kelihatan menanti wanita tersebut keluar dari pantai sebelum memberi amaran dan mengeluarkan saman.

Namun rata-rata wanita yang dikenakan saman tidak menutup wajah sebaliknya memakai tudung yang menutup kepala dan baju yang menutup aurat.

Menurut seorang wartawan France 4 TV, Mathilde Cusin yang menyaksikan kejadian menimpa seorang wanita Muslim bernama Siam berkata orang ramai mula menjerit kepada wanita tersebut agar dia balik rumah kerana kehadirannya tidak dialu-alukan di situ.

“Ia agak kasar. Saya lihat wanita itu terduduk di tanah dan menangis bersama anak perempuannya,” katanya.
Sebelum ini, Perancis mengenakan larangan ke atas pemakaian pakaian renang Muslimah burkini di pantai awam dengan alasan menyembunyikan wajah atau memakai kostum menutup seluruh tubuh ke pantai kononnya tidak selaras dengan ideal hubungan sosial.

Difahamkan, 15 bandar di tenggara dan kawasan lain di negara itu telah menguatkuasakan larangan itu termasuk Cannes, di mana tiga wanita masing-masing didenda 38 euro (RM172) kerana melanggar peraturan tersebut.


.

20 August 2016

Ally Iskandar Mengaku Bercerai ?!



Source: http://www.utusan.com.my/hiburan/ally-iskandar-mengaku-bercerai-1.372435

Ally Iskandar mengaku bercerai

- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/ally-iskandar-mengaku-bercerai-1.372435#sthash.d1YvBOfk.dpuf



KUALA LUMPUR 19 Ogos – Personaliti TV3, Ally Iskandar, 40, hari ini mengakui telah menjatuhkan talak satu ke atas isterinya Nurfarahin Romli, 27, sekali gus menjawab spekulasi perceraian pasangan itu.




Menerusi laman Facebook peribadinya, Ally juga memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberi respons secara terus mengenai khabar angin tersebut ketika dihubungi semalam.



“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.


“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan,” jelasnya.


Menurut status di laman sosialnya itu, permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin.


Pada 17 Ogos, Ally mengesahkan lafaz cerai telah dijatuhkan ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar.



"Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar. 
Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya tetap baik.



“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” 
katanya lagi.


Ally dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

 - UTUSAN ONLINE


.