Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/sukan/aset-chong-wei-cecah-rm300-juta-1.556155
Aset Chong Wei cecah RM300 juta
ATAS kesungguhannya yang tidak mengenal erti kekalahan, kejayaan dalam dunia badminton akhirnya terbalas apabila membawa pelbagai kejuaraan dan hadiah wang lumayan kepada pemain kesayangan negara ini.
Manakala di luar gelanggang, namanya kerap jadi sebutan. Beliau diminati oleh jutaan peminat di dalam dan di luar negara. Bagi syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.
Itulah anugerah dan hasil usaha yang diraih oleh Lee Chong Wei. Biarpun sebagai pemain badminton, Chong Wei terbukti juga tidak kurang hebatnya dalam dunia korporat. Tidak mustahil suatu hari nanti, setelah meninggalkan lapangan badminton, beliau akan bergelar pula sebagai seorang tokoh korporat yang berjaya di negara kita.
Mungkin tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur. Nama syarikatnya ialah Chong Wei Binajaya dengan beliau sendiri memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif.
Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Bagi peminat badminton di sekitar Lembah Klang, kompleks sukan ini memang sudah tidak asing lagi bagi mereka.
Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.
Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Wei pada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.
Bagi kenalan rapat Chong Wei, mereka sudah lama mengetahui beliau cukup gemar membeli kereta mewah sebagai koleksi peribadinya. Sehingga hari ini, antara jenis kereta mewah yang dimiliki Chong Wei ialah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe,
Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1, dengan harga kesemua kereta ini bernilai jutaan ringgit setiap sebuah.
Selain itu, satu lagi barangan yang digemari Chong Wei ialah jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.
Akhbar Dongguan Shibao dari China sebelum ini pernah melaporkan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pastinya ramai akan terperanjat apabila melihat koleksi kereta yang disimpannya.
Perlantikan Chong Wei sebagai duta produk merupakan satu lagi sumber pendapatan utamanya. Bagi setiap produk, bayarannya yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.
Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya termasuk Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi

................................................................................................................................................
Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/pandelela-terkedu-jadi-jutawan-1.378118
Pandelela terkedu jadi jutawan
Dapat rumah, insentif bernilai RM1.3 juta
04 September 2016 12:11 AM
|
KUCHING 3 Sept. - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengakui, lidahnya kelu dan dia hampir tergamam apabila menerima imbuhan bernilai RM1.3 juta atas kejayaan memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio, bulan lalu.
Pandelela mendapat durian runtuh dengan nilai keseluruhan RM1.3 juta menerusi insentif kerajaan negeri sebanyak RM500,000, sumbangan dua syarikat swasta RM100,000 serta sebuah kondominium bernilai RM700,000.
Kata Pandelela, dia berasa sangat berbaloi atas pengorbanan yang diberikan selama ini dan bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh bersama rakannya, Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama wanita.
“Cabaran dan halangan dilalui dengan tabah dan saya percaya ramai memberi sokongan terutama ibu bapa dan rakyat Malaysia, terima kasih semua.
“Sebelum Olimpik, saya berlatih dengan gigih selama lapan jam sehari, enam kali seminggu disamping banyak cabaran diharungi seperti kecederaan dan tidak dapat balik ke Kuching untuk meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.
Dia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Pandelela Rinong di Dewan Suarah hari ini. Tambahnya, dia perlu pergi ke China untuk berlatih, malah pelajaran banyak tertunda ekoran latihan luar negara.
“Akhirnya, pengorbanan ini berbaloi apabila saya dan pasangan mempamer terjunan yang kemas bagi memenangi pingat perak.
“Meskipun bertanding di sukan terbesar dengan cabaran daripada penerjun terbaik di dunia kami dapat peroleh kejayaan,” ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Douglas Unggah Embas berkata, Pandelela telah membawa penghormatan, kegemilangan dan kebanggaan kepada semua rakyat negara terutama penduduk Sarawak.
"Kita juga ingin mengumumkan Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya dinamakan sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong dengan harapan lebih ramai anak-anak muda lelaki dan wanita mengikuti jejaknya dalam menyumbang lebih banyak pingat di masa hadapan.
"Kita mendoakan agar Pandelela mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang yang mana kerajaan negeri yakin dalam masa empat tahun akan datang mendapat pingat emas olimpik bersejarah negara," katanya.
Terdahulu Pandelela disambut ratusan orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Dewan Suarah. Syarikat Techninier Sdn Bhd. menyumbang RM100,000 atas kejayaan Pandelela Rinong, manakala Tenaga Stabil Sdn. Bhd. memberi sebuah kondominum lengkap dengan perabot bernilai RM700,000 di MJC, Batu Kawa disamping menamakan sebuah blok di situ sebagai Residence Pandelela.
.