Source:
https://yatiemn.blogspot.my/2017/02/dividen-dan-bonus-tabung-haji-2017.html
Dividen Tabung Haji 2017
Kadar dividen dan bonus Tabung Haji akhirnya diumumkan pada 3 Februari 2017. Sememangnya pengumuman ini sangat dinanti-nantikan kerana selama ini Tabung Haji memberikan pulangan yang agak lumayan. Pendeposit yang belum menunaikan haji juga akan menerima tambahan bonus atau hibah haji di samping dividen tabung haji.
Untuk tahun kewangan 2016, Lembaga Tabung Haji telah mengisytiharkan kadar dividen tahunan 4.25%, manakala bonus hibah haji pula 1.5%. Keseluruhan agihan:
- 4.25% kepada pendeposit yang telah menunaikan haji.
- 4.25 + 1.5% = 5.75% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. Bonus hibah haji hanya terhad kepada pendeposit yang mempunyai jumlah baki minima bulanan kurang atau sama dengan RM9,980.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun pendeposit Tabung Haji. Bermula Isnin, 6 Februari 2017, pendeposit boleh menyemak akaun di kaunter Tabung Haji atau rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.
Dividen dan hibah haji ini adalah nilai bersih yang telah ditolak zakat. Kita tak perlu lagi nak susah payah kira zakat sebagaimana simpanan ASB, saham, dan lain-lain simpanan.
Dari segi sejarah pulangannya, sekian lama Tabung Haji telah memberikan pulangan dividen yang amat baik setelah ditolak zakat.
.