Antara intipatinya semua orang tertakluk kepada undang-undang dan dikuatkuasakan tanpa mengira sama ada rakyat, pemerintah mahu pun kerabat raja. Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hal ini.

Lawan kepada rule of law adalah law of the jungle. Di rimba, siapa kuat dia adalah betul. Gambarannya boleh dilihat dalam keadaan negara yang kacau bilau seperti ketika konflik politik di Afghanistan yang diperintah Taliban, Mesir, Amerika Tengah dan sebagainya suatu masa dulu.
Ketika itu orang ramai mengambil tindakan sendiri, bukan berdasarkan undang-undang tetapi apa yang dirasakan perlu. Ditahannya orang dan kenderaan awam sesuka hati.
Namun dalam negara bernama Malaysia, tidak boleh sama sekali wujud senario tersebut. Melihat peragut melakukan jenayah depan mata pun harus diserahkan kepada pihak polis untuk bertindak.
Orang ramai hanya boleh melakukan tangkapan awam kerana salah untuk ‘mengajar’ peragut berkenaan memandangkan Malaysia berpaksikan rule of law.
Namun melihat klip video sebuah kereta peronda polis diperiksa oleh sekumpulan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tular sejak semalam mengundang seribu pertanyaan, siapa polis? Undang-undang di tangan siapa?
Ini rule of law atau law of the jungle. Benda salah ini harus disusuli dengan kenyataan tegas Peguam Negara (AG) selaku pelindung kepentingan rakyat agar jangan ada isyarat salah seolah-olah boleh melakukan apa sahaja.
Apa yang berlaku ini jangan dipandang mudah apatah lagi dibiarkan berulang. Selain polis yang kini memburu lelaki terbabit, sama-sama juga menanti kenyataan AG. - UTUSAN ONLINE