FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

05 April 2020

Tak perlu hukum individu langgar PKP -HAKAM !!




COMMENTS:

1- Putting these people in JAIL will result in them having Criminal Records for life.
2- With fines up to RM1000?!  (Even if fines RM300 is considered a lot for the B40 group)!
3- AND jail 6 months?! (Even if jail 1 month is MORE than the 14 days Restriction Order)
4- Why such a "heavy" punishment, just because you saw someone outside his/her house, you got angry, and quickly caught them, and charged them under Section 7(1) ?!

5- Its TIMELY that the NGOs and general public disapproved of the usage of Section 7(1) by the authority for punishing the general public.

6- Mere verbal warning is enough for First Time Offenders and the under-aged should be considered when the authority carried out their duties!


SUGGESTIONS:

1- Fines of RM200-300 should be adequate and depending on cases, and Hardcore Offenders can be fined more.
2- Simple Reminders or verbal warning should be adequate for First Time Offenders and the under-aged individuals.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
https://www.tuncarlos.com/2020/04/tak-perlu-hukum-individu-langgar-pkp.html

Tak perlu hukum individu langgar PKP -HAKAM

Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) menyatakan kebimbangan dengan layanan terhadap individu yang ditangkap kerana melanggar perintah gerakan kawalan (PKP).


Presiden Hakam, Gurdial Singh Nijar, berkata mereka yang ditahan bukanlah penjenayah melainkan ahli awam biasa yang didakwa melanggar perintah itu.

"Minggu lalu, beberapa orang telah dimasukkan dalam van polis. Semuanya digari.

"Kemudian mereka ditahan reman di lokap polis dan seterusnya, didakwa di mahkamah.

"Mereka ini bukanlah penjenayah berprofil tinggi.

"Mereka adalah orang awam biasa yang ditemui di luar tempat tinggal mereka semasa PKP," katanya dalam satu kenyataan.

Gurdial menyebut contoh seorang wanita yang ditangkap, dan disita barangan peribadi, sebelum dihantar ke lokap selama beberapa hari tanpa ada yang datang untuk menjaminnya kerana tiada sesiapa yang dibenarkan untuk melawat semasa PKP.

Wanita itu dikatakan akan didenda.

"Ini adalah layanan yang keterlaluan. Saya faham ada pandangan yang yang mahu situasi kita sekarang ini berakhir dengan cepat: atas pelbagai sebab.

"Dan para ahli politik turut memberi respons kepada pandangan ini. Dan ramai yang mungkin menyokong tindakan yang keras terhadap rakyat.

"Tetapi kita tidak boleh kehilangan nilai-nilai kemanusiaan kita.

"Ada risiko nilai-nilai hak asasi kita akan semakin terhakis," katanya.

Gurdial mengulangi bahawa orang ramai masih belum terbiasa dengan PKP, justeru, menurutnya, pelaksanaan harus dilakukan dengan cara yang membantu.

"Pelaksanaan oleh pihak berkuasa harus dilihat sebagai menggalakkan agar orang ramai menerhadkan pergerakan mereka hanya untuk keperluan penting.

"Orang ramai akan berdepan kesukaran dengan sekatan ini dalam rutin hidup mereka.

"Secara ringkasnya, peraturan yang baru ini perlu dilaksanakan dengan bersifat membantu dan bukannya cara yang bersifat menghukum. Kecuali mungkin terhadap individu yang betul-betul suka melanggar perintah," katanya.

PKP yang telah berkuat kuasa sejak 18 Mac dijadual berakhir pada 14 April.


Sumber: Mkini



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SOURCE:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/562376/jangan-penjara-remaja-langgar-pkp
(4 APRIL 2020)

Jangan penjara remaja langgar PKP


Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my

PERTUBUHAN Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) menyarankan hukuman perintah khidmat masyarakat dikenakan ke atas pesalah muda yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai pengajaran kepada golongan terbabit.
Presidennya, Datuk Zuhairi Ab Kadir berkata, hukuman itu dilihat lebih sesuai berbanding penjara kerana ia akan memberi kesan seumur hidup kepada pesalah juvana yang mempunyai rekod jenayah.
Menurutnya, golongan terbabit perlu diberi peluang kedua supaya tidak mengulangi kesalahan lalu dengan cara melakukan kebaikan kepada orang lain dalam tempoh tertentu.



“Saya berpendapat penjara bukanlah penyelesaian yang sesuai bagi setiap individu kerana individu terbabit mungkin menjadi harapan keluarga dan ada yang gagal membayar denda disebabkan keluarga miskin.
“Jadi pihak berkuasa sewajarnya memandang serius kesan seumur hidup kepada mereka selepas mempunyai rekod banduan kerana insiden terbabit,” katanya, hari ini.
Beliau berkata, kini jumlah mereka yang didakwa di mahkamah kerana melanggar PKP semakin meningkat, ramai pesalah muda dikenakan hukuman penjara kerana gagal menjelaskan denda.
Zuhairi berkata, mereka didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Katanya, Rabu lalu, Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan seramai 378 individu kini menjalani hukuman penjara kerana melanggar PKP.
Menurutnya, tindakan meletakkan pesalah muda dalam penjara akan menjarakkan mereka dengan masyarakat dan boleh membawa impak yang negatif kepada pesalah dari segi psikologi sepanjang menjalani hukuman itu.
“Kesalahan dilakukan golongan remaja masih dianggap kecil jika dibandingkan dengan kesalahan jenayah lain yang lebih berat, saya berharap supaya mahkamah menyemak semula hukuman yang dikenakan kerana masih ada alternatif selain memenjara bagi memberi kesedaran kepada golongan terbabit.
“Bukanlah asing dalam sistem keadilan jenayah tanah air perintah khidmat masyarakat, tetapi ia perlu diperluaskan kepada pesalah lain mengikut kesesuaian.
“Hukuman berkenaan juga dapat mewujudkan ruang bagi pesalah muda membuat pemulihan akhlak sekali gus memberi faedah kepada masyarakat,” katanya.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/671317/covid-19-23-mengaku-bersalah-langgar-pkp



COVID-19: 23 mengaku bersalah langgar PKP









KOTA TINGGI: Seramai 23 individu termasuk tujuh remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kesemua tertuduh berusia antara 15 hingga 37 tahun membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mazanah Sinin.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh ditahan dalam Ops COVID-19 antara 26 hingga 28 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah mengarahkan 16 daripada tertuduh membayar denda sebanyak RM1,000 dan boleh dikenakan penjara selama 15 hari sekiranya gagal membayar denda.
Bagi kes tujuh remaja bawah umur, mahkamah membenarkan jaminan RM1,000 bagi setiap seorang dan perlu membuat laporan akhlak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Prosiding bagi kumpulan kanak-kanak itu akan dijalankan 11 Mei yang tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Kanak-Kanak.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan dan Putera Amirool Faez Suhasi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------