FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

10 July 2013

Hutang Isi Rumah Naik 70% dalam Tempoh Enam Tahun (Malaysia) !


Hutang isi rumah naik 70% dalam tempoh enam tahun


LABIS 9 Julai - Peningkatan sehingga 70 peratus hutang isi rumah penduduk negara ini dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini amat membimbangkan dan tidak baik bagi perkembangan ekonomi negara. Justeru, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berharap perkara itu ditangani segera dengan kaedah yang terbaik.

Beliau berkata, pada 2008 hutang isi rumah penduduk negara ini berjumlah RM459 bilion dan jumlah itu melonjak menjadi RM784 bilion pada tahun ini.

"Dianggarkan kira-kira 45 peratus pendapatan penduduk negara ini digunakan untuk membayar semula hutang mereka. Apa yang membimbangkan, sekiranya berlaku kegawatan ekonomi mungkin ramai daripada mereka tidak berupaya melunaskan hutang masing-masing.

"Situasi tersebut andainya berlaku bukan sahaja mengakibatkan perkembangan ekonomi negara terjejas teruk, tetapi turut menyumbang kepada peningkatan masalah sosial dan jenayah," katanya di sini baru-baru ini. Menurutnya, pinjaman perumahan merupakan jumlah terbesar hutang rakyat di negara ini, diikuti pembiayaan membeli kenderaan dan pinjaman peribadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labis berkata, langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peraturan baharu pinjaman peribadi baru-baru ini merupakan satu langkah baik, sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan bagi menangani masalah tersebut.

Peraturan baharu yang ditetapkan oleh BNM ialah mengehadkan tempoh bayaran balik pinjaman hartanah dalam tempoh 35 tahun berbanding sebelum ini sehingga 45 tahun manakala pinjaman peribadi dikurangkan dari 25 tahun kepada 10 tahun.

"Kerajaan sedang meneliti serta mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan harga kereta bukan setakat menurunkan kadar cukai, tetapi menilai kembali kos pembuatan yang mempengaruhi harga jualan.
"Pihak BNM juga perlu melihat apa lagi langkah terbaik boleh dilaksanakan yang boleh menangani isu hutang isi rumah yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini," katanya.


Komen: 

1- Yelah cuba bayangkan, harga rumah naik secara mendadak setiap tahun, bagi pembeli rumah yang baru, dan yang berpendapatan sederhana, mereka boleh berhutang sehingga 25-30 tahun. 

2- Lepas itu, perlu ingat juga, harga kereta impot (dimana cukai yg dikenakan adalah tinggi, 30-100 peratus), maka pembeli perlu mengeluarkan RM80,000-100,000-160,000 untuk tempoh 7-9 tahun, untuk melunaskan hutang kenderaan mereka ini. 

Jadi knp mereka ini tidak memilih sahaja kereta tempatan. Perspeksi umum bahawa kereta tempatan tak elok, mudah rosak, dan takde kelas. Saya dapati graduan baru grad IPTA/IPTS, dan baru sahaja bekerja 2-3 tahun, sudah gian dan tergila-gila nak membeli kereta impot - macam mana tak muflis, jikalau mereka ini dibuang kerja kelak, atau apabila berlaku krisis ekonomi kelak, dan/atau pekerja diberhentikan. Siapa hendak membayar hutang rumah dan kereta mewah mereka ini ???!!!

Elok juga jikalau kerajaan dapat menghapuskan 'cukai ke atas kereta impot' ini... Supaya pembeli di Malaysia dapat membeli kereta impot pada harga yang berpatutan.

Seperkara lagi, perlu diingati juga, jikalau Malaysia hendak mencapai Visi 2020, maka 'GAJI' pekerja, sama ada di dlm 'sektor awam' ataupun 'sektor swasta' perlu lah setanding dgn gaji di Singapura, atau Taiwan, atau Hong Kong, atau USA, atau Australia, etc. Adalah tidak masuk akal jikalau diumumkan kelak bahawa Msia sudah mencapai status negara maju, jikalau gaji yang diberkan adalah 'gaji dunia ketiga' (Third world countries, or developing countries).     




06 July 2013

Kontraktor Bunuh Isteri & Anak - di Pulau Li Hua, Sibu, Sarawak !



Suspek bunuh isteri, dua anak ditahan

Jacob Tiang Lee Yee (duduk) selepas ditahan oleh pihak polis di Kilometer 5, Jalan Bintulu-Sibu di Sibu, Sarawak, petang kelmarin.

SIBU 6 Julai - Suspek lelaki yang dipercayai bertindak kejam membunuh isteri dan dua anaknya termasuk seorang berusia dua tahun di rumah banglo miliknya semalam, berjaya ditahan polis di Kilometer 5, Jalan Bintulu-Sibu, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Zayadi Sebeli berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 7.30 petang ketika sedang berehat dalam sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux di tepi jalan.

"Hebahan mengenai suspek telah dilakukan dan lewat petang semalam, polis Bintulu mengesan lelaki itu. Ketika ditahan, suspek dalam keadaan keletihan dan dibawa di IPD Sibu untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut Zayadi berkata, suspek berusia 43 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak Hospital Sibu bagi mengetahui punca kematian tiga mangsa sama ada akibat dipukul atau mati lemas.

Akhbar hari ini menyiarkan tindakan seorang kontraktor kelas D yang tergamak membunuh isteri, Ling Yung Ming, 40 dan dua anaknya, Christine Tiang Soon Ai, 14, serat Victor Tiang Soon Ai, 2, di sebuah rumah banglo di Pulau Li Hua di sini, akibat tertekan kerana masalah hutang.

Suspek memukul ketiga-tiga mangsa menggunakan buluh sebelum melemaskan mereka dengan menggunakan gas memasak yang diambil dari dapur rumah tersebut.
Anak sulung mereka berusia 17 tahun bagaimanapun berjaya melarikan diri dan terselamat sebelum meminta bantuan jiran-jiran.



-------------------------------------------------------------------------------------------------

(06 July 2013)

Komen: Rumah cantik dan berduit pun tak jamin bahagia bersama keluarga! Apatah lagi jikalau hidup miskin dan berHUTANG!

Lelaki bunuh isteri, 2 anak



ANGGOTA polis mengusung mayat Ling Yung Ming yang dibunuh kejam di kediamannya di Pulau Li Hua, Sibu, Sarawak, semalam.

SIBU 5 Julai - Akibat tertekan dengan hutang keliling pinggang, seorang lelaki bertindak kejam memukul bertubi-tubi isteri dan dua anaknya menggunakan buluh sebelum melemaskan mereka menggunakan gas memasak di Pulau Li Hua di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi ini, mayat Ling Yung Ming, 40; Christine Tiang Soon Ai, 14, dan Victor Tiang Soon Sheng Tai, 2, ditemui terbaring dengan kesan lebam di seluruh anggota badan dalam bilik tidur di tingkat atas rumah banglo itu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, suspek berusia 43 tahun yang merupakan kontraktor Kelas D itu dipercayai memukul kesemua mangsa sehingga lembik menggunakan sebatang buluh. 

"Suspek kemudian turun ke tingkat bawah dan mengambil tong gas masak di dapur rumah itu ke tingkat atas sebelum melepaskan gas tersebut untuk melemaskan kesemua mangsa.

"Bagaimanapun dalam kejadian itu, anak sulung suspek, Vincent Tiang Soon Thai, 17, berjaya menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap rumah dan berjaya meminta pertolongan daripada jiran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Zulkifli berkata, hasil soal siasat terhadap remaja lelaki itu mendapati suspek melarikan diri menggunakan pacuan empat roda dan pihaknya telah mengenal pasti butir-butir peribadi suspek. Katanya, setakat ini polis masih menyiasat motif kejadian dan mengesyaki suspek mempunyai masalah hutang berlebihan.

Beliau ketika dihubungi malam ini memberitahu, suspek berjaya ditahan di Bintulu, kira-kira 200 kilometer dari rumahnya pukul 7.50 malam. "Anak suspek yang terselamat masih trauma dan kini di bawah perlindungan polis manakala kesemua mayat tiga beranak itu dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan," katanya.


Komen: 

Kalau betul berhutang dan hendak mati pun, pergi gantung diri sendiri ! Jgn libatkan anak-anak yang tidak berdosa!! 


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130706/je_01/Lelaki-bunuh-isteri-2-anak#ixzz2YEMUcjDr
© Utusan Melayu (M) Bhd 



22 June 2013

Five Cabinet Members Face Disqualification under Article 43 ?!



Source: 
http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7422-five-cabinet-members-face-disqualification.html


Five cabinet members face disqualification ?!

Harakahdaily,20 June 2013

Jun 20: Two ministers and three deputy ministers recently appointed to the cabinet are found to be in violation of a requirement that they be either elected members of parliament or senators in Dewan Negara.

DAP's Ipoh Barat MP M Kula Segaran said ministers Abdul Wahid Omar and Paul Low, and deputy ministers P. Waythamoorthy, Dr Loga Bala Mohan and Ahmad Bashah Md Hanipa were appointed as cabinet members without complying with the law, as stated in Article 43 of the Federal Constitution.

Saying the appointment of the five was unconstitutional, Kula said they must return all privileges and other pecuniary advantages within 7 days of the order to be made by the court.

Low is the former president of Transparency International Malaysia while Wahid is the former CEO of Maybank. They were appointed as ministers in the Prime Minister's Department. Waythamoorthy, who once led the banned Hindraf movement with his brother Uthayakumar, was appointed as deputy minister following his last-minute turnaround to support Barisan Nasional in the days leading to the May 5 general election.

While Loga is deputy minister in the Federal Territories ministry while Ahmad Bashah is deputy Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Minister.

Kula said it was strange the BN government, in its 13th term, could make such a mistake.

“This is the first case according to our knowledge, it never happened before, and it is embarrassing,” he added.



Turki Maju dan Islam Makmur di Bawah Kepimpinan Erdogen !



Turki di bawah Erdogen tak sama dengan negara Arab

Subky Latif,20 Jun 2013
SEMUA negara Arab baik yang terlibat dengan Arab Spring dan tidak, tidak sama dengan Turki yang ditadbir oleh Perdana Menteri Recep (Rejab) Tayyip (Taib) Erdogen dan partinya AK.

Rata-rata negara Arab  dan pemerintahannya diktator baik ia monarki atau republik. Rakyat tidak dapat bersuara, tidak dapat menikmati keadilan sosial, bagi yang tidak berminyak hidup dalam kemiskinan sedang pemerintahannya  kaya raya. Rata-rata rasuah dan tiada negara yang dapat dijadikan contoh negara Islam.

Dengan segala  yang ada di negara-negara Arab itu tiada yang terkejut jika Arab Spring berlaku.

Semua tahu Turki sejak kalahnya khilafah Osmaniyah. Ia negara  sekular anti-Islam dan anti-Arab. Sekularisma adalah fahaman yang tidak hidup dan ditadbir secara agama tetapi ia tidak anti mana-mana agama. England adalah sekular tetapi Queennya boleh menjadi ketua agama Kristian dan gereja. Ia boleh membantu keperluan rakyat secara agama tetapi kerajaan dan politiknya tidak dijalankan mengikut kehendak agama.

Kerajaan Turki tidak ada bajet tentang Islam. Tiada surau di mana-mana bangunan kerajaan. Siapa yang hendak solat di waktu pejabat, solatlah secara curi. Kerajaan dan kaki tangannya dikira jenayah jika melibatkan diri dengan Islam. Islam adalah dalam rumah dan masjid. Sekularisma adalah anti Islam.

Ia tidak pernah ada kerajaan yang stabil setelah ketiadaan Kamal Ataturk. Ia demokrasi tetapi tiada parti politik yang dapat majoriti sebelum  parti dan kerajaan Erdogen. Kebanyakan kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan campuran. Ekonominya buruk, inflasi tinggi. Nilai mata wang Liranya berubah mengikut minit. Nilai petang sudah tidak sama dengan nilai tengah hari. Harga barang berubah setiap minggu.

Wajib bagi Istanbul putus bekalan air paling kurang dua hari  seminggu.


Parti Ergoden adalah yang pertama dapat membentuk kerajaan majoriti Turki. Pertama kali partinya menyertai pilihanraya, ia menang.

Semua mengaku kerajaan Erdogen berjaya memulihkan politik, ekonomi, memendung inflasi, mengukuhkan Lira dan  dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Bekalan air  di Istanbul tidak putus lagi. Kerajaannya adalah antara yang terbaik di dunia dan berada di depan dibandingkan kebanyakan negara Arab dan Islam.

Stesyen TV CNN pun bertanya apa yang rakyat Turki mahu dengan tunjuk perasaan anti kerajaan yang merebak ke seluruh negara sejak lebih dua minggu lalu? CNN mengakui kerajaan Erdogen telah melakukan yang terbaik yang belum dapat dicapai oleh kerajaan yang terdahulu. Erdogen telah menyelamatkan negara dan rakyatnya dari kehancuran.

Turki cuba menyertai pakatan komuniti Eropah untuk membolehkannya menikmati kejayaan ekonomi dan sosial yang Eropah capai. Tetapi ia tidak tolek sebabnya komuniti itu adalah untuk Kristian dan Turki adalah Islam sekalipun pegangan agamanya senipis kulit bawang sebelum Erdogen berkuasa. Dan apa lagi Erdogen itu dikenali orang beragama dan pro agama,  tidak ruang diterima oleh EU.

Ketika Grecce, Itali, Sepanyol dan beberapa negara Eropah berdepan dengan ancaman muflis, Turki adalah terselamat.

Turki sekarang bersaing dengan  Jepun dan beberapa negara untuk menganjurkan Sukan Olimpik. Ia menyediakan bajet yang jauh lebih besar dari persediaan Jepun.

Tidak ada yang mewajarkan rakyat Turki untuk melakukan Arab Spring. Keadaan  di Turki adalah lebih baik dan dijangka menuju masa depan yang lebih cemerlang jika parti Erdogen  terus berkuasa. Tetapi mengapa ada tunjuk perasaan  berlanjutan?

Jawabnya sekalipun Erdogen mengaku mempertahankan dasar sekular tetapi dunia barat tidak percaya kepada pegangan Islam dan mereka cemburu dengan Islam. Turki sudah ke depan dalam menghadapi isu Palestin dan amat tidak disenangi Israel. Negara-negara Arab  yang dilanda Arab Spring melihat Turki di  bawah Erdogen sebagai contoh yang baik.

Sukar bagi lain parti di Turki untuk menang selagi Erdogen menjadi pemimpin rakyat. Mereka yang menyokong Erdogen di barat tidak menyatakan tentngan kepadanya kerana dia demokrati dan pimpinannya baik. Tetapi mereka lebih suka sekular anti Islam berkuasa di Turki sekali mereka tidak mampu memajukan Turki.


Source: 




Turki pada zaman kepimpinan Kamal Atarturk:

1- Turki 'maju' dlm acuan sekular di bawah kepimpinan Kamal Atarturk.

2-Negara Turki memajukan industri arak pada zaman Kamal Atarturk.

3- Masjid dan sekolah agama di arah tutup pada zaman Kamal Atarturk.

4- Wanita tidak dibenarkan untuk memakai tudung pada waktu pejabat.

5- Negara tidak diterima masuk ke dlm Kesatuan EU.

6- Negara digelar 'Orang Sakit Barat.'  



Turki pada zaman kepimpinan Erdogen: 

1- Turki maju dan ISLAM makmur di bawah kepimpinan Erdogen.

2- Pekedai dan peniagaan arak dikawal dan dikurangkan. 

3-  Masjid mula dipulihkan dan masjid baru dibina.

4- Wanita dibenarkan memakai tudung, dan digalakkan memakai tudung. (Bahkan dikatakan isteri Erdogen sendiri memakai tuduung)

5- Program pemulihan ekonomi utk golongan bawahan dimajukan.








01 June 2013

MP Dilarang Masuk Sabah - Lim Guan Eng



http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19679-siapa-lagi-mp-dilarang-masuk-sabah-guan-eng
(01 June 2012)


Siapa lagi MP dilarang masuk Sabah - Guan Eng

Harakahdaily,31 Mei 2013
KUALA LUMPUR: DAP mengutuk tindakan menghalang dan menghantar balik Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dari Sabah semalam.

Menurut Nurul, terdapat satu senarai yang mengandungi nama ahli-ahli Parlimen (MP) lain yang juga akan dinafikan hak memasuki Sabah.

“Memandangkan senarai tersebut adalah hak prerogatif Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, kami ingin tahu siapa lagi yang dinamakan dalam senarai larangan terbabit,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Katanya, Musa mesti menerangkan sebab kenapa Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah dan terus dihantar pulang, dan berapa ramai lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan dihalang memasuki negeri itu.

Tambahnya, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak menghormati hak asasi manusia malah menentang prinsip-prinsip asas demokrasi.

Lebih teruk lagi, katanya ia menimbulkan persoalan bagaimana seorang warganegara Malaysia boleh dilayan lebih teruk daripada warga asing di dalam negara sendiri.

“Jangan kita lupa, dalam Februari tahun ini, lebih 200 militan bersenjata daripada Filipina telah mendarat di perairan Sabah.

“Selepas menduduki kawasan tersebut lebih dua minggu tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa Malaysia, mereka telah melancarkan perang terhadap pasukan keselamatan dalam usaha untuk menuntut hak ke atas tanah Malaysia yang berdaulat,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Baginya, amat menyedihakan apabila seorang Ahli Parlimen Malaysia daripada pembangkang, yang dipilih oleh rakyat, yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dihalang daripada masuk ke negara sendiri dan dilayani dengan lebih buruk daripada penjenayah yang pernah disabitkan kesalahan dan pernah dipenjarakan.

“Apalah yang ditakutkan sangat oleh Musa Aman dan BN sehingga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dibenarkan masuk ke negeri itu,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, Musa dan BN adalah salah jika mereka befikir bahawa tindakan sedemikian akan menyebabkan rakyat takut kepada BN, melenyapkan semangat Pakatan Rakyat dan menyelamatkan BN.

Sebaliknya, tegas beliau rakyat Sabah akan lebih yakin bahawa sekaranglah masa untuk berubah demi menyelamatkan Malaysia dan Sabah memandangkan BN tidak ada visi lain selain menghalang, menindas, menekan dan mengekang hak-hak asasi rakyat


--------------------------------------------------------------------------------------------


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19683-kenyataan-nurul-izzah-dihalang-masuk-sabah
(31 May 2013) 

Kenyataan Nurul Izzah dihalang masuk Sabah

Nurul Izzah Anwar,31 Mei 2013
Semalam, 30 Mei 2013, saya telah ditahan apabila kad pengenalan saya diambil di pintu masuk imigresen untuk menghalang saya daripada memasuki negeri Sabah, walaupun hak saya selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63:

67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.

Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.

Lawatan saya ke Sabah adalah untuk menghadirkan diri dalam program Parti Keadilan Rakyat Sabah di samping menyambut pesta Kaamatan bersama warga tempatan.

Alasan yang diberikan atas penahanan saya adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah. Saya juga difahamkan ada nama-nama lain, termasuk aktivis tempatan beserta ahli politik Pakatan Rakyat yang akan juga dinafikan kemasukan ke dalam negeri Sabah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik. Permohonan saya untuk mendapatkan senarai nama mereka yang terlarang ditolak atas sebab-sebab kerahsiaan. Tiada alasan lain diberikan dalam tangkapan dan penafian masuk saya ke Sabah.

Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut. Rasional yang sama juga perlu diberikan dalam kes YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden KEADILAN, yang juga dinafikan kemasukan pada 7 April yang lalu.

Isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan. Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah. Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan UMNO mahupun BN.

Justeru itu, isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.

KEADILAN akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini. KEADILAN akan turut meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki negeri Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang.

Pada masa yang sama, saya sedang berbincang dengan YB Darrell Leiking, Ahli Parlimen Penampang, serta teman-teman guaman di Sabah untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu kelak.

Nurul Izzah ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai & Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat



KOMEN:  Jangan juga lupa hak seorang rakyat  atau warganegara Malaysia seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Malaysia, di bawah Perkara 9.


Perkara 9: Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan. (2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya. (3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan. 



17 May 2013

Stephen Hawking Snub Israel Invitation !


Source: https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/05/17/272532/

Snub = coldly, and rudely paying no attention.

That is what worldclass scholar with integrity should do! Snub the Israel for the cruelty done to humanity !!
And that's just the first step, the second step is of course to boycott Israel's products and goods, and the third step is to vote for embargo-sanction for Israel export goods to other countries, and the fourth step is to get into Israel and stop the oppression and shooting of innocents altogether!! Or ALL steps can be done stimutaneously.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Brave of Stephen Hawking to snub Israel

May 17, 2013

LETTER: From S Param, via e-mail
Scientists generally avoid getting embroiled in politics although they are staunch believers of the spirit of free speech and liberty. The recent news of world famous scientist Stephen Hawking’s abrupt withdrawal from attending Israel presidential conference scheduled to be held in a University in Jerusalem in mid June has taken the world scientific community by surprise.
The conference is expected to be attended by 5,000 people from around the world, including business leaders, academics, artists and former heads of state. This move by Hawking has been described by some scientist as a political endosement and it does not reflect well on an eminent scientist like Stephen Hawking 
[Comment: Don't tell me that scientists are ONLY supposed to sit in labs and be crazy with their tools and books - and ignore the world social NEWS and cruelty that occurs?! ]. 
The internet is abuzz with Stephen Hawking’s decision to turn down Israel’s invitation to the conference. It has been reported that the organiser of the conference is extremely embarrassed and hopping mad to learn that a world famous scientist has declined the invitation to endorse the justice of the Palestinian cause.
According to a poll conducted by the Guardian (UK newspaper) following the announcement of Stephen Hawkins’ decision not to attend the conference shows that public opinion has turned against Israel’s relentless land grabbing and oppression. Going by the fierce debates, comments and opinions posted in the internet social cites, it appears that more and more scientists are gradually beginning to regard Israel as a pariah state.
Israel took much pride in science and science is said to have been the key driving force for its economy, prestige and military strength. When Stephen Hawking a British boycotted the conference in support of the Palestinians it must have offended Israel.
As a member of the local scientific community, I applaud the boycott decision taken by Professor Stephen Hawking and for his stance against the illegal Israel occupation and  oppression of the Palestinian people.
Some of us may argue that Stephen Hawking’s boycott is a politically motivated one and it has nothing to do with science. Hawking’s neutral stance cannot be so easily disputed or attacked for he is an intellectual who commands international respect. Hawking may have breached the international code (statute 5 of the International Council for Science) that governs the conduct of scientists.
However, scientists are not robots they too have conscience. As a man of conscience Stephen Hawking has done his part (boycott) to draw the attention of the world especially the international scientific community to the plight of the Palestinians.
Stephen Hawking has taken an honourable and principled stand on this issue in not endorsing the legitimisation of the apartheid based policies of the Israeli government. The people of Palestine should realise that there are many hundreds of principled centered scientists around the world who are prepared to stand in solidarity with them.

In welcoming Stephen Hawking’s stance on the Palestinian issue I wish to point out that atrocities are also been committed probably on a larger scale to people in countries like Myanmar, Sri Langka, etc. We should also voice out and boycott these countries.




.

28 March 2013

BLOG menghina Islam !




(28 March 2013)
Kerajaan kekang blog hina Islam

DHAKA 28 Mac - Kerajaan Bangladesh memperhebatkan usaha mengekang blog-blog yang dipercayai menghina Islam, selepas sekumpulan aktivis Islam mengugut untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran bagi menuntut penulis blog berfahaman ateis dihukum.
Penolong Pengarah Penguat Kuasa Telekomunikasi, Rahman Khan, semalam berkata, pihaknya telah mengarahkan dua laman web terkenal di Internet supaya membuang beratus-ratus komen menghina Islam yang ditulis oleh tujuh penulis blog.
"Penulisan mereka itu menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Dua laman web tersebut, Somewhereinb log.net dan Amarblog.com akur dengan arahan pihak berkuasa dan memadamkan komen-komen kontroversi berkenaan.
"Pihak kami juga sedang memantau beberapa laman web lain dan memadam mana-mana blog yang menghina Islam bagi memastikan keharmonian negara ini terjamin," katanya. - AFP



KOMEN:
ISLAM maju dan terus maju, Islam berdaya saing, kadang-kala mengatasi agama Kristian, dan agama lain, bagi umat Islam, itu adalah biasa, sebab Islam adalah agama syumul-sempurna (‘complete’),  tetapi bagi penganut agama Kristian, mereka tak dapat terima kemasukan Islam dan penguasaan (‘dominance’) agama Islam di Negara Barat mereka. Orang Islam di Britian, Kanada, Australia, Switzerland, Perancis, dan sebagainya, semakin maju dan menempa kejayaan dan kemajuan di dlm indutri pemakanan halal, SMEs, SMIs, dan yang paling penting akhlak terpuji. Orang Barat pula, adalah sebaliknya, itulah yang membuat mereka tak senang duduk, cemburu, dengki, jadi ada diantara mereka terus ke blog dan Internet, dan menghina Islam dan umat Islam. Kerajaan ada kuasa untuk bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, atau mengubal undang-undang siber baru.