http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130707/je_03/Suspek-bunuh-isteri-dua-anak-ditahan (07 Julai 2013)
Suspek
bunuh isteri, dua anak ditahan
Jacob Tiang Lee Yee (duduk) selepas ditahan oleh pihak polis di
Kilometer 5, Jalan Bintulu-Sibu di Sibu, Sarawak, petang kelmarin.
SIBU 6 Julai - Suspek lelaki yang dipercayai bertindak kejam membunuh
isteri dan dua anaknya termasuk seorang berusia dua tahun di rumah banglo
miliknya semalam, berjaya ditahan polis di Kilometer 5, Jalan Bintulu-Sibu,
petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Zayadi Sebeli berkata, suspek
ditahan kira-kira pukul 7.30 petang ketika sedang berehat dalam sebuah trak
pikap jenis Toyota Hilux di tepi jalan.
"Hebahan mengenai suspek telah dilakukan dan lewat petang semalam,
polis Bintulu mengesan lelaki itu. Ketika ditahan, suspek dalam keadaan
keletihan dan dibawa di IPD Sibu untuk membantu siasatan," katanya ketika
dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut Zayadi berkata, suspek berusia 43 tahun itu direman
selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat
daripada pihak Hospital Sibu bagi mengetahui punca kematian tiga mangsa sama
ada akibat dipukul atau mati lemas.
Akhbar hari ini menyiarkan tindakan seorang kontraktor kelas D yang
tergamak membunuh isteri, Ling Yung Ming, 40 dan dua anaknya, Christine Tiang
Soon Ai, 14, serat Victor Tiang Soon Ai, 2, di sebuah rumah banglo di Pulau Li
Hua di sini, akibat tertekan kerana masalah hutang.
Suspek memukul ketiga-tiga mangsa menggunakan buluh sebelum melemaskan
mereka dengan menggunakan gas memasak yang diambil dari dapur rumah tersebut.
Anak sulung mereka berusia 17 tahun bagaimanapun berjaya melarikan diri
dan terselamat sebelum meminta bantuan jiran-jiran.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
(06 July 2013)
Komen: Rumah cantik dan berduit pun tak jamin bahagia
bersama keluarga! Apatah lagi jikalau hidup miskin dan berHUTANG!
Lelaki bunuh isteri, 2 anak
Lelaki bunuh isteri, 2 anak
ANGGOTA polis mengusung mayat Ling Yung Ming yang dibunuh kejam di kediamannya di Pulau Li Hua, Sibu, Sarawak, semalam.
SIBU 5 Julai - Akibat tertekan dengan
hutang keliling pinggang, seorang lelaki bertindak kejam memukul bertubi-tubi
isteri dan dua anaknya menggunakan buluh sebelum melemaskan mereka menggunakan
gas memasak di Pulau Li Hua di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi ini, mayat Ling Yung Ming, 40; Christine Tiang Soon Ai, 14, dan Victor Tiang Soon Sheng Tai, 2, ditemui terbaring dengan kesan lebam di seluruh anggota badan dalam bilik tidur di tingkat atas rumah banglo itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri,
Datuk Zulkifli Hassan berkata, suspek berusia 43 tahun yang merupakan
kontraktor Kelas D itu dipercayai memukul kesemua mangsa sehingga lembik
menggunakan sebatang buluh.
"Suspek kemudian turun ke tingkat
bawah dan mengambil tong gas masak di dapur rumah itu ke tingkat atas sebelum
melepaskan gas tersebut untuk melemaskan kesemua mangsa.
"Bagaimanapun dalam kejadian itu,
anak sulung suspek, Vincent Tiang Soon Thai, 17, berjaya menyelamatkan diri
dengan terjun dari tingkap rumah dan berjaya meminta pertolongan daripada
jiran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari
ini.
Zulkifli berkata, hasil soal siasat
terhadap remaja lelaki itu mendapati suspek melarikan diri menggunakan pacuan
empat roda dan pihaknya telah mengenal pasti butir-butir peribadi suspek. Katanya, setakat ini polis masih
menyiasat motif kejadian dan mengesyaki suspek mempunyai masalah hutang
berlebihan.
Beliau ketika dihubungi malam ini
memberitahu, suspek berjaya ditahan di Bintulu, kira-kira 200 kilometer dari
rumahnya pukul 7.50 malam. "Anak suspek yang terselamat masih
trauma dan kini di bawah perlindungan polis manakala kesemua mayat tiga beranak
itu dibawa ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,"
katanya.
Komen:
Kalau betul berhutang dan hendak mati pun, pergi gantung diri sendiri ! Jgn libatkan anak-anak yang tidak berdosa!!
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130706/je_01/Lelaki-bunuh-isteri-2-anak#ixzz2YEMUcjDr
© Utusan Melayu (M) Bhd