FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

10 May 2016

Ibu tujuh anak didenda RM25,000 abai anak lelaki hingga mati !!


Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/ibu-tujuh-anak-didenda-rm25-000-abai-anak-lelaki-hingga-mati-1.320454

Ibu tujuh anak didenda RM25,000 abai anak lelaki hingga mati


KUALA LUMPUR 9 Mei - "Anak adalah anugerah Tuhan, apa sahaja masalah, anak bukan tempat untuk kamu lepaskan geram.

"Kamu sepatutnya bertanggungjawab, ramai orang mahukan anak tetapi tidak dapat memiliki anak. Saya memandang serius kesalahan ini," kata Hakim Suraiya Mustafa Kamal terhadap sepasang suami isteri di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman denda RM25,000 terhadap suri rumah Nor Zuliana Tahir, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan pengabaian dan dengan cuai menyebabkan kematian anak kandungnya Muhammad Akhil Mustaqim Rasidy pada 2014.

Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya, Nor Zuliana yang mempunyai tujuh anak dan kini sarat mengandung lapan bulan, didenda RM15,000 dan RM10,000 bagi satu lagi pertuduhan iaitu dengan cuai menyebabkan kematian anaknya.

Suaminya, Zuhairi Kassim, 40, pemandu teksi, didenda RM15,000 atas pertuduhan bersama-sama melakukan pengabaian terhadap Muhammad Akhil Mustaqim, yang merupakan anak tirinya.

Bagi pertuduhan melakukan pengabaian, mahkamah memerintahkan pasangan itu dipenjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda manakala bagi pertuduhan dengan cuai menyebabkan kematian, Nor Zuliana diperintahkan menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda.

Mereka menukar pengakuan kepada bersalah hari ini, yang ditetapkan untuk mereka membela diri. Sebelum ini, pasangan itu mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Permai Ria, Tasik Permai, Ampang dekat sini pada 12.30 tengah hari 23 hingga 26 Mei 2014.

Bagi kesalahan melakukan pengabaian, pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan cuai menyebabkan kematian, Nor Zuliana didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/ibu-tujuh-anak-didenda-rm25-000-abai-anak-lelaki-hingga-mati-1.320454#sthash.L9H0Hqc0.dpuf



Kembalikan kuasa Agong, Raja untuk perkenan RUU - Sultan Ibrahim


Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kembalikan-kuasa-agong-raja-untuk-perkenan-ruu-sultan-ibrahim-1.319567


Kembalikan kuasa Agong, Raja untuk perkenan RUU - Sultan Ibrahim


Kembalikan kuasa Agong, Raja untuk perkenan RUU - Sultan Ibrahim


JOHOR BAHRU 7 Mei - Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail berangkat pulang selepas merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa hari ini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamad Aziz; Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim. - fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU 7 Mei - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.
Baginda bertitah, langkah itu adalah perlu kerana tidak wajar sekiranya kuasa itu dihadkan atau dihapuskan.
Sultan Ibrahim bertitah, ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai 'rubber stamp' untuk menurunkan cap mohor terhadap undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Saya tahu perkara ini berlaku di peringkat Persekutuan dan beberapa negeri tetapi tidak di Johor.
"Saya berharap perkara ini dapat diperbetulkan," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia, di sini hari ini.
Baginda merujuk kepada Perkara 40 (1A) dan Perkara 66 (4A) Perlembagaan yang dibuat oleh Parlimen yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat kerajaan.
Pindaan itu turut membabitkan Fasal (3) Perkara 43A; memotong Fasal (6) Perkara 55; Perkara 65; dan Perkara 66 mengenai kuasa memperkenan Yang di-Pertuan Agong mengenai rang undang-undang yang sudah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Video oleh ISHAK RAHMAD

Pada Mei 1994, sebanyak 44 perkara termasuk tiga jadual dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda melalui Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Berangkat sama ke perasmian persidangan itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S.A. Vigneswaran dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.
Sultan Ibrahim bertitah, sesuatu undang-undang yang diluluskan Dewan Undangan Negeri hanya boleh berkuat kuasa selepas diperkenan Raja dan oleh yang demikian, tidak boleh tidak, hubungan antara Raja, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif adalah saling melengkapi antara satu sama lain dalam membentuk sesebuah pentadbiran kerajaan negeri yang cekap dan berkesan.

Baginda bertitah, peranan Raja dalam hal ehwal negeri juga adalah penting selain daripada peranan yang dimainkan oleh Badan Eksekutif, Speaker dan ahli Dewan sendiri.
Sultan Ibrahim bertitah, bahawa Yang Dipertua atau Speaker mesti mempunyai ilmu pengetahuan mendalam mengenai Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh sesebuah negeri dan bukan sekadar mahir mengenai peraturan-peraturan mesyuarat sahaja.
Titah Sultan Johor, baginda percaya, walaupun Yang Dipertua atau Speaker mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sama, namun mereka berhadapan dengan suasana persekitaran dan anggota Dewan yang berbeza.

Menurut baginda, peranan Yang Dipertua atau Speaker dalam menguruskan persidangan Parlimen atau DUN bukanlah tugas mudah kerana ia tidak dinyatakan dengan terperinci di dalam Perlembagaan Persekutuan atau Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Tambahan pula, apabila berhadapan dengan anggota Dewan yang berbeza parti politik, Speaker Dewan mestilah bersikap adil dan neutral dalam memberi peluang kepada anggota Dewan menyerati perbahasan," titah baginda sambil mengingatkan anggota Dewan supaya menjaga imej dan menggunakan tutur kata sopan ketika berbahas. - BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kembalikan-kuasa-agong-raja-untuk-perkenan-ruu-sultan-ibrahim-1.319567#sthash.97iumHCV.dpuf






Dua kejadian helikopter terhempas di Sarawak sejak lima tahun lalu !


Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-kejadian-helikopter-terhempas-di-sarawak-sejak-lima-tahun-lalu-1.319047

Dua kejadian helikopter terhempas di Sarawak sejak lima tahun lalu


Helikopter jenis AS350 bernombor pendaftaran RP-C6828
Helikopter jenis Eurocopter AS350 bernombor pendaftaran RP-C6828 itu dilaporkan hilang dari radar pada pukul 4.32 petang selepas berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang 5 Mei 2016. - Gambar MEDIA SOSIAL
KUCHING 6 Mei - Dua kejadian helikopter terhempas berlaku di Sarawak sejak lima tahun lalu, termasuk satu kejadian yang berlaku pada musim Pilihan Raya Negeri ke-10 pada tahun 2011.

Berikut kronologi kedua-dua kejadian itu:

11 April 2011:

Sebuah helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu menyebabkan Kapten Sahimi Ghazali, 38, terkorban. Nahas terjadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru pulang daripada melakukan tinjauan mesra di Bintangor. Peristiwa berlaku lima hari sebelum PRN-10 pada 16 April 2011.

20 Julai 2012:

Helikopter jenis Eurocopter EC 120 milik sebuah syarikat swasta berpangkalan di Sarawak, yang tidak didaftarkan di Malaysia, terhempas di Muara Sungai Lingga, Sri Aman disebabkan cuaca buruk.

Kejadian mengorbankan seorang jurutera Peter Ato Mayo, 53, arkitek Henry Loh, 42 dan seorang jurukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, manakala juruterbang, Rico Steiger, 35, seorang warga Jerman, terselamat. - BERNAMA


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-kejadian-helikopter-terhempas-di-sarawak-sejak-lima-tahun-lalu-1.319047#sthash.WNQNV6Th.dpuf


--------------------------------------------------------------------------------------

Sumber: 
http://www.utusan.com.my/berita/terkini/tragedi-as350-mayat-kelima-dikenal-pasti-1.319593


Tragedi AS350: Mayat kelima dikenal pasti

BATANG LUPAR 7 Mei - Mayat kelima mangsa nahas helikopter terhempas yang dijumpai di Sungai Batang Lupar pada pukul 6 petang tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah dkenal pasti sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR
Mayat yang dalam keadaan sempurna itu dijumpai oleh pasukan polis Marin dan dibawa ke Pusat Operasi SAR di Jeti Dewan Masyarakat Lingga pada pukul 6.50 petang tadi. 
Penemuan terbaharu itu menjadikan hanya tinggal seorang lagi mangsa helikopter terhempas yang masih belum dijumpai.
Semua mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan helikopter tentera bagi menjalankan bedah siasat. - UTUSAN ONL
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/tragedi-as350-mayat-kelima-dikenal-pasti-1.319593#sthash.P5zoMtXD.dpuf












----------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/doa-suami-isteri-sehidup-semati-termakbul-1.320228

Doa suami isteri sehidup semati termakbul

TANJONG KARANG 8 Mei – Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon pernah berdoa mahu sehidup semati dengan suaminya, Asmuni Abdullah.

Anak saudaranya, Ummu Hani Assaidah Abdullah, 30, yang menceritakan perkara itu berkata, dia agak terkejut hasrat Noriah itu menjadi kenyataan namun sedih dengan cara kematian kedua-duanya yang agak tragis.

“Doa Noriah mahu sehidup semati dengan suami akhirnya termakbul,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Hari ini, jenazah Asmuni selamat dikebumikan bersebelahan pusara Noriah di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Sungai Burong di sini, pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa.

Jenazah Noriah dikebumikan pada Sabtu lalu.
Noriah dan Asmuni, kedua-duanya 52 tahun maut dalam nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, Sarawak Khamis lalu.

Ummu Hani Assaidah menambah, ibu saudaranya itu juga pernah merancang mahu mengumpulkan anak-anak dari sebelah pihaknya dan suami pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Tetapi mereka tidak sempat beraya bersama kesemua anak-anak mereka.

“Perancangan mereka, Aidilfitri nanti kesemuanya datang beraya di sini,” ujarnya


.

04 May 2016

PM, DPM commit additional RM3.5b to Sarawak !!



https://sg.news.yahoo.com/najib-committed-further-developing-sarawak-072000734.html


PM, DPM commit additional RM3.5b to Sarawak

BY AZDEE AMIR
The Malay Mail Online
May 4, 2016
KUCHING, May 4 ― Barisan Nasional (BN) is fully committed towards improving and developing Sarawak, BN chairman and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today ahead of the May 7 state election.
 After chairing a Cabinet meeting here in Sarawak's capital, Najib pointed out that he and Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi had committed RM3.5 billion for various projects in the state.
“The Pan Borneo highway costing RM16 billion is another good example of the government's continued commitment to further improving and developing the state,” said Najib at a press conference after the Cabinet meeting at Wisma Bapa Malaysia here.
Najib said that apart from forging good ties with incumbent Sarawak Chief Minister Tan Sri Adenan Satem and other state leaders, it was not out of the ordinary to hold Cabinet meetings outside of Putrajaya.
“Let me state here that all the ministers have obligations and duties in every state, to hear and be mindful of the people's problems and grouses, while also monitoring the effectiveness of policies and projects that are implemented, so having the Cabinet meeting here is one such way of doing so,” he added.
Najib added that he has reminded Cabinet ministers on promises made to the people and has instructed them to follow through with such pledges.
“The government will monitor and closely observe on all the promises that have been made as it must be fulfilled, only then can the government stand tall because it has achieved success,” he said.




27 April 2016

Ayah Pin Meninggal Dunia !



Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ayah-pin-meninggal-dunia-1.284087


Ayah Pin meninggal dunia


KUALA TERENGGANU 23 April - Pemimpin dan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin atau nama sebenarnya, Ariffin Muhamad, 74, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.30 malam tadi.
Ayah Pin
Lelaki yang berasal dari Bachok, Kelantan dan mendakwa dirinya sebagai wakil Tuhan itu dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di perkampungan Kerajaan Langit di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut.

Kemuncak kesesatan ajaran itu mula dikesan oleh penduduk kampung apabila Ayah Pin serta pengikutnya tidak menunaikan sembahyang dan puasa secara terang-terangan.

Pada tahun 2000, pengaruhnya semakin meluas sehingga dikatakan mencecah 12,000 orang termasuk warga asing dan penganut pelbagai kaum serta agama.

Sejak tahun itu perkampungan Batu 13 di Hulu Besut berubah wajah selepas Ayah Pin dikatakan menerima banyak sumbangan daripada pengikutnya. - utusan online









Pemuda parah akibat telefon meletup ! (Handphone Explode!)


KOMEN:

Kemungkinan 1: Pembelian dan Penggunaan telifon pintar yang murah buatan China mungkin adalah salah satu sebab telifon ini cepat panas, dan meletup!

Kemungkinan 2: Sebab kedua ialah, penggunaan telifon pintar klon yang berkualiti rendah juga,

Kemungkinan 3: Bateri yang berkualiti rendah.

Harap pengguna lebih bijak selepas ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/pemuda-parah-akibat-telefon-meletup-1.285617

Pemuda parah akibat telefon meletup


ALOR SETAR, 23 April - Seorang pemuda cedera parah apabila telefon bimbitnya yang sedang dicaj tiba-tiba meletup ketika dia mahu menjawab panggilan semalam.
MUHAMMAD SYAWAL MD. ISA
Muhammad Syawal Md. Isa mendapatkan rawatan di bahagian tangan kanan dan muka setelah telefon digunanya meletup di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Kedah semalam.


Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata lelaki berumur 28 tersebut dikejarkan ke Hospital Yan kira-kira pukul 4.40 pagi.

"Rawatan awal diberikan kepadanya, namun disebabkan beliau perlu diberi rawatan pakar, maka beliau telah dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mangsa dimasukkan ke wad oftamologi untuk rawatan pada mata dan turut mendapati kecederaan pada telinga kanan.
"Mangsa mengalami kesan terbakar dengan serpihan besi di bahagian kanan muka, dada dan tangan kanan serta luka pada kornea mata kanan selain terdapat bendasing di dalam matanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Syawal Md Isa dari Kampung Titi Serong, Jalan Dulang, Yan. - BERNAMA





04 April 2016

TUNTUTAN HAK MEMPUNYAI BATASAN !!


Sumber:
http://www.utusan.com.my/rencana/tuntutan-hak-mempunyai-batasan-1.207219


TUNTUTAN HAK MEMPUNYAI BATASAN


SETIAP individu sepatutnya memahami sejauh mana hak dan kebebasan yang boleh dan perlu dituntut dalam setiap aspek kehidupan. Konsep hak dan kebebasan adalah berbeza di antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Masyarakat yang mempunyai latar belakang sekular dan tidak terikat dengan tradisi agama beranggapan bahawa setiap aspek kehidupan perlu dituntut tanpa me­ngira budaya dan agama.

Golongan yang didedahkan de­ngan pemahaman sekular begini akan menuntut hak dan kebebasan daripada setiap masyarakat tanpa menghirau pemahaman akidah, budaya, sensitiviti dan corak kehidupan masyarakat beragama.

Konsep universaliti yang mengenepikan hak masyarakat beragama semakin hari kian menular apabila terdapat golongan tertentu merasai diri mereka lebih pakar dalam hal ehwal agama masyarakat lain walaupun mereka hanya terdedah dalam ilmu agama itu dalam jangka masa pendek dan ilmu yang dituntut itu adalah terlalu terbatas.

Islam adalah agama yang menekankan aspek akidah, syariah dan akhlak. Setiap ilmu berkaitan bidang tersebut adalah berdasarkan kepada wahyu Ilahi dan panduan daripada Rasulullah SAW. Wahyu Ila­hi adalah perundangan dan sistem kehidupan umat Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun.

Kehidupan umat Islam ti­dak boleh disamakan dengan ma­sya­rakat bukan Islam terutama berkaitan urusan peribadi dan hal ehwal umat Islam. Hanya umat Islam yang layak mengendalikan urusan keperibadian dan kemasyarakatan umat Islam.

Masyarakat bukan Islam diberi hak dan kebebasan untuk mengendalikan urusan keperibadian, kemasyarakatan dan keagamaan mereka. Mereka mempunyai hak yang sama untuk mentadbir dan memerintah negara berdasarkan kepada Perlembagaan negara yang digariskan bersama. Umat Islam tidak mempunyai hak dan kebebasan untuk mencampuri hal ehwal keperibadian, kemasyarakatan dan keagamaan masyarakat bukan Islam. Islam memperakui hak dan kebebasan masyarakat bukan Islam dalam negara Islam.

Apabila Islam memberi hak kepada masyarakat bukan Islam mengendalikan hal ehwal negara bersama umat Islam berdasarkan kepada Perlembagaan negara, maka masyarakat bukan Islam perlu memahami kebebasan itu bukan bererti mereka boleh mencampuri hal ehwal peribadi dan kemasyarakatan umat Islam yang mempunyai kaitan dengan hukum hakam Islam.

Individu dan masyarakat Islam yang menghadapi permasalahan peribadi berhubung kait rumah tangga dan sebagainya perlu merujuk kepada hukum hakam yang digariskan oleh Allah dan Rasul. Hanya ulama, kadi dan individu yang mahir dalam perundangan berkaitan urusan ini layak me­ngendalikan kes-kes tersebut. Pro­ses mempelajari ilmu wahyu adalah satu tempoh masa yang lama.

Individu-individu yang mahir dalam ilmu wahyu mempelajari ilmu tersebut melebihi 10 tahun lamanya. Ilmu yang dipelajari me­rangkumi ilmu-ilmu akidah, fikah, kesusasteraan Arab, bahasa Arab, disiplin mentafsir al-Quran dan hadis, sejarah Islam dan seumpamanya. Perundangan Islam adalah sistem berteraskan kepada wahyu Ilahi dan panduan daripada Rasulullah SAW.

Hanya orang Islam yang mempercayai Allah Yang Maha Esa sahaja yang dapat mengendalikan kes berkaitan keperibadian dan ke­masyarakatan Islam dalam mah­kamah syariah. Individu Islam yang tidak didedahkan dengan ilmu Turath juga kurang berkeupayaan untuk dilantik sebagai hakim atau peguam dalam mahkamah syariah. Jika individu tersebut dilantik menjadi hakim atau peguam maka permasalahan keperibadian umat Islam sukar untuk dikendalikan secara berhemah.

Perkara berkaitan peribadi umat Islam terutamanya hal ehwal rumah tangga mempunyai hubung kait dengan hukum hakam Islam. Permasalahan perceraian misalnya, suami dan isteri lebih cenderung kepada emosi dalam menyelesaikan permasalahan mereka.

Masing-masing ingin menunjukkan mereka adalah di pihak yang benar. Dalam keadaan begini sukar untuk menentukan siapa yang benar atau salah jika permasalahan mereka tidak dirujuk kepada hukum hakam Islam berkaitan hak dan tanggungjawab suami isteri dalam Islam.

Perkahwinan dalam Islam tidak boleh disamakan dengan perkahwinan masyarakat agama lain ke­rana hak dan tanggungjawab suami dan isteri lebih menjurus kepada konsep amanah yang mana kedua suami isteri perlu menghormati dan memahaminya bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Mungkin masyarakat agama lain beranggapan bahawa hukum hakam rumah tangga dalam Islam lebih menjurus kepada mempertahankan hak lelaki daripada wanita jika orang yang mengendalikan kes rumah tangga umat Islam berfahaman liberal atau feminisme.
Jika peguam yang mengendalikan kes tersebut bukan Islam atau dari kumpulan feminist maka tuntutan di mahkamah syariah lebih sukar untuk mempertahankan ke­adilan bagi kedua suami isteri.

Oleh itu, individu Islam yang mempunyai kefahaman yang mendalam berkaitan hukum hakam rumah tangga sahaja dapat mengetahui sama ada suami atau isteri yang tidak bertanggungjawab kerana da­lam hal ehwal rumah tangga baik atau buruk suami atau isteri adalah bergantung kepada sejauh mana mereka melaksanakan tugas sebagai isteri atau suami.

Hanya peguam dan hakim yang memahami secara mendalam serta mempunyai ketakwaan sahaja dapat mengklasifikasikan suami atau isteri yang benar atau salah. Dalam konteks kehidupan masa kini di mana konsep perkahwinan umat Islam kian terpesong dari hukum hakam Allah maka peguam dan hakim di Mahkamah Syariah perlu terdiri daripada individu-individu yang beragama Islam dan pakar dalam hal ehwal hukum hakam.
Kecuaian dalam aspek ini boleh menyebabkan kes perceraian dan sebagainya sukar untuk ditangani lantaran kurang kepakaran dan pemahaman dalam hukum hakam berkaitan dengan urusan peribadi umat Islam.


Prof. Madya Dr. Saodah Abd. Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


.