FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

05 April 2015

Tun M, tolong berhenti kritik Najib demi kepentingan peribadi - Lokman Adam !


Source: http://www.astroawani.com/berita-politik/tun-m-tolong-berhenti-kritik-najib-demi-kepentingan-peribadi-lokman-adam-57097


Tun M, tolong berhenti kritik Najib demi kepentingan peribadi - Lokman Adam


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak menghentam Perdana Menteri untuk mencari pengaruh serta populariti demi kepentingan keluarga sendiri.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Noor Adam berkata, ‎pelbagai pertikaian Dr Mahathir kepada Najib disifatkan tindakan terdesak yang mempunyai maksud tersirat selain memenuhi impian politik peribadi.

"Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Najib oleh Dr Mahathir semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian wang bantuan 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.  Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Dr Mahathir.

‎"Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Dr Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokongnya yang menganggap Dr Mahathir sebagai seorang yang maksum umpama nabi.

"Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Dr Mahathir ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Lokman mengulas‎ mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan tidak akan bertemu Najib untuk membincangkan kritikannya kepada negara melalui blognya.

Kata Dr Mahathir, tempoh perbincangan senyap sudah berakhir selain mengakui sudah berjumpa Najib sebelum ini dan kini mengambil jalan terakhir iaitu mendedahkan isu berkenaan.

Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan pemberian BR1M merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

Minggu lalu, Dr Mahatir melalui blognya turut mendesak Najib untuk menentukan nasib serta masa depan UMNO.‎

‎Kata Lokman, setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara.

"Seperti  di zaman Dr Mahathir,  salah satu pendekatan yang digunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.

"Saya masih ingat, Dr Mahathir selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".

"Itu cara Dr Mahathir dan kerana itu jugalah bila Datuk Seri Anwar pada masa itu tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 bilion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat," ujarnya.

Tegasnya, walaupun diakui  Anwar seorang peliwat,  tetapi kalau betul Dr Mahathir tidak boleh menerima seorang peliwat untuk menggantikannya, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar.

"Tetapi Dr Mahathir tidak pernah kisah soal moral insan yang setia bersamanya ketika itu.  Dr Mahathir hanya bertindak ke atas Anwar apabila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi pada1997 sehingga1998.

"Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

"Di bawah kepimpinan Najib, dia tidak menggunakan pendekatan yang diambil Dr Mahathir.  Lagipun, jika RM5 bilion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan," jelasnya.

Kata Lokman lagi, matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran selain tiada beza pun dengan matlamat Dr Mahathir.

" Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.  Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

"Dr Mahathir bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun jet yang turut dia dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi dahulu.  Isu tersebut hampir semuanya sudah  dijawab dan Dr Mahathir bukanlah seorang yang malas membaca," katanya.

Oleh itu jelasnya, apa yang menyebabkan Dr Mahathir gelabah hari ini adalah apabila dia melihat beberapa tokoh politik seangkatan dengannya sudah meninggal dunia.

"Dr Mahathir tahu yang masanya juga akan sampai dan dia kekurangan masa kini.  Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Dr Mahathir membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik.

"Setiap Perdana Menteri selepasnya dianggap hanya 'Calon Sementara' sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.  Tempoh masa yang diberikan juga sekitar lima tahun supaya dia sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi nombor dua sebelum dia meninggal dunia," katanya.

Lokman turut memberi pesan kepada Dr Mahathir agar mengingat kembali ayat yang selalu disebut dahulu iaitu, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.  Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".‎

" Kalau Dr Mahathir terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan Najib, saya risau bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi Barisan Nasional (BN) juga akan tumbang sebagai parti memerintah.

" Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa.  Masa itu,  bukankah anak Dr Mahathir sendiri juga salah seorang yang akan berputih mata?"  jelasnya.