FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

26 November 2016

Myanmar mahu hapuskan penduduk Rohingya


Comments: 

Buddhism teaches PEACE and humanity and morality - so much so that one cannot killed animals - YET its okay to killed the Rohingya people ??!!  This is NOT true Buddhism.

The civilized world and citizens must REJECT the killing and genocide of the innocent.

YOU may not liked the Rohingya, BUT do you need to kill them?

Furthermore, its against national and International laws.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-myanmar-mahu-hapuskan-penduduk-rohingya-1.412405


PBB: Myanmar mahu hapuskan penduduk Rohingya


Rohingya
DHAKA 25 Nov. - Myanmar didakwa sedang melakukan pembersihan penduduk Islam Rohingya ketika ribuan kumpulan pelarian yang tiba di Bangladesh menceritakan pengalaman ngeri mereka melihat insiden rogol secara berkumpulan, penyeksaan dan pembunuhan di Rakhine,

Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), John McKis­sick ketika ditemui portal BBC di bandar Cox’s Bazar yang bersempadan dengan Myanmar berkata, tentera Myanmar menembak mati lelaki Rohingya, membunuh dengan kejam kanak-kanak dan merogol wanita manakala rumah penduduk dibakar ataupun barang mereka dirampas.

“Sukar untuk kerajaan Bangladesh mengatakan pintu sempadannya dibuka kerana ia akan menggalakkan kerajaan Myanmar meneruskan kekejaman dan menghalau etnik Rohingya sehingga matlamat utama mereka iaitu membersihkan kaum minoriti itu dari Myanmar,” kata McKissick.

Rohingya

Kenyataan McKissick itu ter­nyata mengundang kemarahan Myanmar yang membidas kenya­taan ber­kenaan.
“Saya ingin bertanyakan profesionalisme dan etika yang diguna pakai dan dipatuhi oleh kakitangan PBB.

“Beliau sepatutnya bercakap berdasarkan fakta yang betul dan kukuh dan bukannya membuat dakwaan,” kata jurucakap kepada Presiden Myanmar, Zaw Htay.
Zaw Htay menambah, dakwaan McKissick bukanlah pertuduhan yang pertama kali dilemparkan terhadap Myanmar.

Lebih daripada 30,000 etnik Rohingya meninggalkan rumah mereka di Myanmar bagi melarikan diri daripada keganasan tentera ke negara jiran tetapi Dhaka menolak desakan antarabangsa yang meminta Bangladesh membuka pintu sempadannya bagi mengelak krisis kemanusiaan lebih buruk.

Rohingya
Sementara itu, seorang pela­rian, Deen Mohammad berkata, pihak tentera bertindak mengurung kira-kira 50 wanita dalam sebuah rumah dan mengunci mereka dalam sebuah bilik sebelum mereka diseksa dan dirogol.

Deen yang kehilangan dua anak lelakinya kerana ditahan tentera, berkata rumah penduduk turut dibakar, sama se­perti pengakuan pelarian yang tiba di Bangladesh.

Menurut pertubuhan Human Right Watch, mereka mendapati lebih 1,000 rumah penduduk di perkampungan Rohingya dibakar berdasarkan imej satelit yang diperoleh tetapi tentera menafikannya. – AFP



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-myanmar-mahu-hapuskan-penduduk-rohingya-1.412405#sthash.3Rk8mEI1.dpuf



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-kanak-kanak-rohingya-dikurung-dibakar-hidup-hidup-1.408513

Wanita, kanak-kanak Rohingya dikurung, dibakar hidup-hidup

Perbuatan tidak berperikema­nusiaan pihak berkuasa yang se­patutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.

Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.

Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanya­lah sebahagian daripada penderi­taan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu mengutuk se­keras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.

Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan he­li­kopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya. “Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

“Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw,” jelas kenyataan badan itu.

Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rak­hine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manakala 300 yang lain cedera.

“Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh,” menurut badan tersebut. Selain itu, sebanyak 3,500 bu­ah rumah dibakar atau dimus­nahkan, mengakibatkan sekurang-kurang­nya 30,000 penduduk hilang tem­pat tinggal.
Mengukuhkan dakwaan itu, ka­kitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh meng­anggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.

Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar. Bagaimanapun, pengawal sem­­padan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.

“Sebanyak 86 penduduk Ro­hingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir,” kata pegawai peme­rintah tentera di Cox’s Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.

Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar. – REUTERS




- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-kanak-kanak-rohingya-dikurung-dibakar-hidup-hidup-1.408513#sthash.Sizu2lOV.dpuf





.


More than 1,000 protest at Myanmar embassy against Rohingya atrocities !


COMMENTS:

Suu Kyi steered her National League for Democracy into power after championing a decades-long struggle against military rule. 

And her fight against military rule, to uphold democracy and human rights. BUT its only for the Buddhist Myanmars, or the people in Myanmar, that does not include the "Rohingya" !!  


As unbelievable as it sound, but that is the REALITY in Myanmar - the Rohingya are denied of their human rights and CITIZENSHIP - and worst still, they are being discriminated and genocide. 


What make it worst, Suu Kyi was a recipient of the Noble Peace Price!  BIG SHAME !! 


FACTS:
Suu Kyi Noble Peace Prize : "for her non-violent struggle for democracy and human rights."

Source:

https://www.nobelprize.org/nobel_prizes/peace/laureates/1991/kyi-facts.html

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:

https://sg.news.yahoo.com/more-1-000-protest-myanmar-031929554.html






More than 1,000 protest at Myanmar embassy against Rohingya atrocities

NAIM ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Some 1,000 people held a demonstration yesterday in front of the Myanmar embassy here to protest against atrocities against the country’s Rohingya Muslims.
The group, comprising members of a coalition of 42 non-governmental organisations (NGOs) and Rohingya, held the demonstration after Friday prayers after walking 2.6km from the Tabung Haji mosque. They decried the escalating violence in Rakhine State in northern Myanmar, where a military crackdown since last month has reportedly resulted in the deaths of at least 86 Rohingya.
The participating organisations were Umno Youth, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia and Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia.
When they reached Jalan Madge, near the embassy, they were stopped by police. As emotions were running high, a group of men believed to be Rohingya tried to break through the police blockade, but this proved futile.
City police chief Datuk Amar Singh said three Rohingya men and a Malaysian man were detained for investigations under the Peaceful Assembly Act 2012.
“The Rohingya were arrested, as under the act, foreigners are prohibited from participating in any assembly, while the Malaysian man was arrested because he tried to provoke a situation.”
NGOs representatives later sent a memorandum to the embassy urging the Myanmar government to put an end to the persecution of the Rohingya.

Yahoo News - New Straits Times Press (M) Bhd


19 November 2016

Rakyat Malaysia Derita di bumi Australia !



Sumber:
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/ambil-tindakan-terhadap-ejen-pemetik-buah-1.408987

Ambil tindakan terhadap ejen pemetik buah




Sekumpula n pekerja Malaysia mendengar penjelasan daripada penyelia sebelum memulakan tugasan di ladang Cutri Fruit, Swan Hill, Victoria, Australia.
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Kerajaan digesa mengambil tindakan segera terhadap ejen-ejen yang menyebarkan iklan kerja memetik buah yang menawarkan gaji lumayan dan kehidupan mewah di Australia.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N. Gopal Krishnan berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap ejen-ejen yang bertanggungjawab menyebarkan iklan pekerjaan tersebut dalam laman media sosial.

“Ini tanggungjawab pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ejen-ejen yang menyebarkan iklan palsu dalam media sosial. “Perkara seperti ini merupakan pengajaran kepada rakyat terutamanya golongan belia yang tertarik dengan keuntungan segera dan janji manis pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan penindasan terhadap rakyat Malaysia yang tertarik dengan iklan kerja memetik buah di Australia sambil menjanjikan gaji yang lumayan tetapi hakikatnya mereka bekerja secara haram malah hidup dalam penuh ketakutan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, program khusus perlu dilaksanakan bagi memantau situasi pekerja Malaysia supaya mereka dilindungi daripada teraniaya semasa bekerja di luar negara.

Katanya, program ini perlu dilaksanakan bagi memantau gerak-geri pekerja dan melindungi mereka daripada dieksploitasi sekali gus status akan lebih terjamin apabila bekerja di luar negara.

“Malah pihak kerajaan harus menggunakan pendekatan diplomatik dalam membantu pekerja tempatan pulang dengan segera supaya mereka tidak terus hidup dalam keadaan sengsara,” katanya.


- See more at: https://www.utusan.com.my/berita/nasional/ambil-tindakan-terhadap-ejen-pemetik-buah-1.408987#sthash.Fb9qWEka.dpuf


----------------------------------------------------------------------------------------


Sumber:
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/rakyat-malaysia-berenang-menyorok-dalam-hutan-elak-ditangkap-imigresen-australia-1.408568


Rakyat Malaysia berenang, menyorok dalam hutan elak ditangkap imigresen Australia



SWAN HILL 16 Nov. - Berenang merentasi tasik dan menyorok di dalam hutan. Begitulah ter­desaknya rakyat Malaysia yang bekerja secara haram apabila digempur Imigresen Australia. Mereka hidup dalam ketakutan diburu dan perlu nekad serta licik meloloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa apabila berdepan dengan operasi.

Jika di Malaysia, kita menonton di televisyen bagaimana Imi­gresen Malaysia menyerbu penempatan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.

Suasananya sama di sini, cuma yang diburu adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara tidak sah. Nasib orang kita sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Menyedihkan. Seorang pekerja Malaysia turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan serbuan di kawasan ladang blueberry di utara Coffs Harbour yang menyebabkan 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak ditahan Ogos lalu.

Shahdam, awal 50-an, yang berasal dari utara berkata, pasukan imigresen membuat serbuan secara teratur dengan membuat kepungan darat termasuk menggunakan anjing pengesan. 

Di udara pula, helikopter membuat tinjauan untuk mengesan pergerakan pekerja haram yang melarikan diri. “Mana hang nak lari? Bila ter­desak, mesti buat benda nekad, ada yang sampai berenang da­lam tasik. Ramai yang selamat dengan cara ni. 

“Ada yang masuk hutan menyorok, bila line clear kita keluarlah. Kalau di ladang, kita mesti lari dalam pelbagai arah secara individu, jangan bergerak dalam kumpulan, apa kat depan, redah terus,” katanya. 

Selepas menggempur ladang, Imigresen Australia juga membuat operasi di stesen-stesen kereta api bagi mengesan pekerja haram yang mahu melarikan diri ke kawasan lain.
Bagi pekerja yang memiliki kenderaan sendiri, misi mereka lebih mudah namun bagi Shahdam dan rakan-rakannya, mereka tiada alternatif yang lebih baik.
“Aku yang tak ada kereta payah lah, sampai ke stesen kereta api tak turun terus, duduk dalam kereta kawan dulu. Intai sekeliling.

“Bila dah sah line clear, baru beli tiket lepas tu menyorok dalam kereta dulu sebelum kereta api sampai,” dedahnya.



.

15 November 2016

Donald Trump amal kronisme ?!


Sumber:
https://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/donald-trump-amal-kronisme-1.406716


Donald Trump amal kronisme

Bakal lantik anak, menantu dalam pasukan White House



WASHINGTON 12 Nov. - Belum pun mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) selain berdepan bantahan susulan kemenangannya dalam pilihan raya beberapa hari lalu, Donald Trump memberi bayangan awal bahawa pentadbirannya akan ‘dipenuhi’ oleh kroni-kroni termasuk ahli keluarganya.
Selain Naib Presiden, Mike Pence, Trump dijangka membawa masuk tiga anaknya iaitu Donald Trump Jr., 39; Ivanka Marie Trump, 35; dan Eric Frede­rick Trump, 32; serta ‘meng­heret’ menantu lelakinya, Jared Corey Kushner, 35, ke dalam pasukan pentadbiran yang bakal dibentuknya nanti.

Turut serta dalam pasukan itu ialah pengasas PayPal, Peter Thiel serta Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Parti Republikan, Reince Preibus yang akan bertindak sebagai Penasihat Presiden.

Pence bakal menggalas tugas selaku orang paling kanan dalam pentadbiran Trump menggantikan Gabenor New Jersey, Chris Christie bagi mengetuai satu pasukan khas sebaik sahaja pentadbiran baharu dibentuk.

Christie bagaimanapun kekal sebagai orang kepercayaan Trump dengan menjawat jawatan Naib Pengerusi parti itu bersama dua lagi penasihat Trump iaitu bekas Speaker, Newt Gingrich, Ben Carson dan bekas Datuk Bandar New York, Rudy Giuliani.
Menurut Trump, kesemua individu terbabit layak menyertai pasukannya dalam usaha untuk melaksanakan agenda pembaharuan di Washington.

Trump dijangka mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang ke-45 pada 20 Januari tahun depan selepas penggal pentadbiran Barack Obama berakhir.
Dalam pada itu, bantahan terhadap pemilihan Trump sebagai Presiden AS memasuki hari ketiga di beberapa lokasi termasuk di Portland, Oregon; Miami, Florida; Philadelphia, New York serta San Francisco.

Akhbar tempatan di Oregon yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan melaporkan, 25 orang penunjuk perasaan ditahan di negeri itu setakat ini.
Di Los Angeles pula, seramai 185 orang telah ditahan terma­suk di beberapa kawasan di bandar lain. – DPA/REUTERS/AGENSI



.

14 November 2016

48,077 pasangan Islam bercerai tahun ini !!!


Sumber:
https://www.utusan.com.my/berita/parlimen/48-077-pasangan-islam-bercerai-tahun-ini-1.407505

48,077 pasangan Islam bercerai tahun ini


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga 10 Julai tahun ini.
AZIZAH MOHD. DUN
AZIZAH MOHD. DUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, daripada jumlah itu, tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor (7,731) diikuti Sabah (6,638) dan Johor (4,700).

"Kajian mendapati kebanyakan perkahwinan kali pertama yang berakhir dengan perceraian atau perpisahan adalah dalam tempoh lima tahun dan ke bawah.

"Antara punca yang dikenal pasti adalah tiada persefahaman (56.2 peratus), suami tidak bertanggungjawab (15.2 peratus) dan isteri curang (11.8 peratus)," katanya menjawab soalan Siti Zailah Mohd. Yusoff (PAS-Rantau Panjang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Siti Zailah bertanya mengenai statistik terkini perceraian di negara ini sejak 2014 hingga 2016 mengikut pecahan negeri dan bangsa serta kaedah yang akan diambil kementerian bagi menangani perkara tersebut.
Azizah berkata, menyedari masalah tersebut, pihaknya melaksanakan pelbagai usaha bagi memantapkan institusi perkahwinan termasuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kekeluargaan, diselia Unit Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di setiap negeri.

Beliau berkata, unit kaunseling itu dikendalikan 17 kaunselor dan 61 kaunselor panel bertauliah. Menurut Azizah, kementeriannya juga akan menambah baik modul kursus perkahwinan sedia ada dengan mengambil kira aspek media sosial yang mampu menjadi punca utama krisis rumahtangga sehingga menyebabkan berlakunya perceraian. - BERNAMA

-----------------------------------------------------------------------------

Komen:  Mungkinkah drama Melayu zaman kini yang "low quality" dan tidak mempunyai nilai-nilai murni punca remaja dan muda-mudi kita terpengaruh dan jadi "tidak bermoral dan bertanggungjawab" mcm ini - sehingga mengakibatkan mereka bercerai - dari sekecil kecil isu, kpd sebesar isu. 


.

07 November 2016

Hak Untuk berDemonstrasi ?!





Semalam Syed Saddiq dalam satu kenyataan mendakwa, hak untuk berdemonstrasi secara aman adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut Artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan selain diiktiraf udang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan Politik.

Kelmarin meneusri Perhimpunan Bangsa Johor di Pasir Gudang, dekat sini, Sultan Johor dalam titahnya menegaskan tidak akan sesekali membenarkan mana-mana pihak menganjurkan sebarang bentuk demonstrasi di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

- See more at: https://www.utusan.com.my/




.