FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

26 November 2016

Myanmar mahu hapuskan penduduk Rohingya


Comments: 

Buddhism teaches PEACE and humanity and morality - so much so that one cannot killed animals - YET its okay to killed the Rohingya people ??!!  This is NOT true Buddhism.

The civilized world and citizens must REJECT the killing and genocide of the innocent.

YOU may not liked the Rohingya, BUT do you need to kill them?

Furthermore, its against national and International laws.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-myanmar-mahu-hapuskan-penduduk-rohingya-1.412405


PBB: Myanmar mahu hapuskan penduduk Rohingya


Rohingya
DHAKA 25 Nov. - Myanmar didakwa sedang melakukan pembersihan penduduk Islam Rohingya ketika ribuan kumpulan pelarian yang tiba di Bangladesh menceritakan pengalaman ngeri mereka melihat insiden rogol secara berkumpulan, penyeksaan dan pembunuhan di Rakhine,

Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), John McKis­sick ketika ditemui portal BBC di bandar Cox’s Bazar yang bersempadan dengan Myanmar berkata, tentera Myanmar menembak mati lelaki Rohingya, membunuh dengan kejam kanak-kanak dan merogol wanita manakala rumah penduduk dibakar ataupun barang mereka dirampas.

“Sukar untuk kerajaan Bangladesh mengatakan pintu sempadannya dibuka kerana ia akan menggalakkan kerajaan Myanmar meneruskan kekejaman dan menghalau etnik Rohingya sehingga matlamat utama mereka iaitu membersihkan kaum minoriti itu dari Myanmar,” kata McKissick.

Rohingya

Kenyataan McKissick itu ter­nyata mengundang kemarahan Myanmar yang membidas kenya­taan ber­kenaan.
“Saya ingin bertanyakan profesionalisme dan etika yang diguna pakai dan dipatuhi oleh kakitangan PBB.

“Beliau sepatutnya bercakap berdasarkan fakta yang betul dan kukuh dan bukannya membuat dakwaan,” kata jurucakap kepada Presiden Myanmar, Zaw Htay.
Zaw Htay menambah, dakwaan McKissick bukanlah pertuduhan yang pertama kali dilemparkan terhadap Myanmar.

Lebih daripada 30,000 etnik Rohingya meninggalkan rumah mereka di Myanmar bagi melarikan diri daripada keganasan tentera ke negara jiran tetapi Dhaka menolak desakan antarabangsa yang meminta Bangladesh membuka pintu sempadannya bagi mengelak krisis kemanusiaan lebih buruk.

Rohingya
Sementara itu, seorang pela­rian, Deen Mohammad berkata, pihak tentera bertindak mengurung kira-kira 50 wanita dalam sebuah rumah dan mengunci mereka dalam sebuah bilik sebelum mereka diseksa dan dirogol.

Deen yang kehilangan dua anak lelakinya kerana ditahan tentera, berkata rumah penduduk turut dibakar, sama se­perti pengakuan pelarian yang tiba di Bangladesh.

Menurut pertubuhan Human Right Watch, mereka mendapati lebih 1,000 rumah penduduk di perkampungan Rohingya dibakar berdasarkan imej satelit yang diperoleh tetapi tentera menafikannya. – AFP



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-myanmar-mahu-hapuskan-penduduk-rohingya-1.412405#sthash.3Rk8mEI1.dpuf



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-kanak-kanak-rohingya-dikurung-dibakar-hidup-hidup-1.408513

Wanita, kanak-kanak Rohingya dikurung, dibakar hidup-hidup

Perbuatan tidak berperikema­nusiaan pihak berkuasa yang se­patutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.

Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.

Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanya­lah sebahagian daripada penderi­taan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu mengutuk se­keras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.

Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan he­li­kopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya. “Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

“Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw,” jelas kenyataan badan itu.

Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rak­hine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manakala 300 yang lain cedera.

“Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh,” menurut badan tersebut. Selain itu, sebanyak 3,500 bu­ah rumah dibakar atau dimus­nahkan, mengakibatkan sekurang-kurang­nya 30,000 penduduk hilang tem­pat tinggal.
Mengukuhkan dakwaan itu, ka­kitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh meng­anggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.

Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar. Bagaimanapun, pengawal sem­­padan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.

“Sebanyak 86 penduduk Ro­hingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir,” kata pegawai peme­rintah tentera di Cox’s Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.

Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar. – REUTERS




- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-kanak-kanak-rohingya-dikurung-dibakar-hidup-hidup-1.408513#sthash.Sizu2lOV.dpuf





.