Perdana Menteri berkata, beliau berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila  mereka diamanahkan dengan sesuatu.
"Di Malaysia kadang-kadang terdapat manusia yang sangat tidak jujur. Sebagai contoh, untuk memberikan peluang pendidikan kepada rakyat kita memberi mereka biasiswa, kita mengeluarkan wang untuk membiayai pelajaran mereka supaya mereka kelak akan memperoleh pendapatan yang lebih baik dan dapat meningkatkan taraf hidup.
"Sebaik sahaja mereka diterima belajar di universiti, baik di dalam dalam mahupun di luar negara, kita akan memberi mereka biasiswa, pinjaman sebenarnya, tetapi malangnya apabila mereka sudah kembali (ke tanah air) mereka enggan membayar semula hutang tersebut.