COMMENT:
The government should BANNED this video game MOMO with immediate effects, for the safety and harmony of the people and society!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/dunia/dua-remaja-korban-terbaharu-permainan-online-8216-momo-8217-1.741713
Dua remaja korban terbaharu permainan online ‘Momo’
05 September 2018 3:00 AM
BARBOSA, Colombia – Dua orang remaja di sini menjadi korban terbaharu permainan online Momo Challenge selepas mereka dikatakan membunuh diri semasa menyahut cabaran bermain melalui aplikasi WhatsApp.
Kejadian yang menimpa remaja perempuan berusia 12 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun itu berlaku dalam tempoh hanya 48 jam di bandar Barbosa yang terletak di kawasan Santander, barat laut Colombia.
Media tempatan melaporkan, mayat remaja lelaki itu ditemui dahulu dan dia dipercayai mengenali mangsa kedua tersebut.
Dia dilaporkan menyerahkan permainan Momo itu kepada remaja perempuan terbabit. Mayat remaja perempuan itu ditemui tergantung di dalam almari pakaiannya.
Setiausaha kerajaan, Janier Landono berkata: “Ternyata mereka bermain permainan ini melalui WhatsApp dan mengajak anak muda mencederakan diri sendiri. Permainan ini mempunyai cabaran yang berbeza dan membunuh diri merupakan pengakhirannya.”
Momo Challenge yang menyasarkan golongan remaja, mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu dikenali sebagai ‘Momo’ menerusi aplikasi WhatsApp. Selepas itu, Momo akan menetapkan sasaran dan pengguna perlu mengikut setiap arahan.
Jika tidak memberikan respons, Momo akan mula menakut-nakutkan pengguna termasuk ugutan untuk menyebarkan maklumat peribadi dan mencederakan ahli keluarga. – Agensi