FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

28 September 2019

Permusuhan terhadap Islam ciptaan Israel - Dr. Mahathir


SOURCE: 
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/permusuhan-terhadap-islam-ciptaan-israel-dr-mahathir-1.978059  (28 SEPT 2019)

Permusuhan terhadap Islam ciptaan Israel - Dr. Mahathir


Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena

Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Debat Umum sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi Ke-74 di Ibu Pejabat PBB pada Jumaat. - fotoBERNAMA


NEW YORK 28 Sept. - Malaysia tidak boleh menerima tindakan Israel yang terang-terang merampas bumi Palestin secara zalim untuk mendirikan penempatan mereka serta pendudukan Baitulmaqdis oleh rejim zionis, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menarik perhatian mengenai nasib malang rakyat Palestin yang langsung tidak dapat memasuki penempatan yang dibina di atas tanah mereka.
Malaysia, katanya, menerima negara Israel sebagai ketentuan yang harus diterima tetapi menegaskan bahawa disebabkan tindakan Israel, kini terdapat sikap prasangka terhadap agama Islam dan umat Islam.
"Umat Islam dituduh melakukan keganasan walaupun mereka tidak berbuat demikian. Negara Islam mengalami ketidakstabilan melalui kempen untuk mengubah demokrasi dan pertukaran rejim. Umat Islam di mana-mana ditindas, diusir dari negara mereka dan dinafikan hak suaka," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam pernyataan semasa Perbahasan Umum pada Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat.
Beliau berkata, sesiapa tidak boleh menafikan bahawa pada masa lalu tiada migrasi berskala besar tetapi kini peperangan dan ketidakstabilan akibat perubahan rejim telah memaksa mereka melarikan diri dari negara asal mereka.
Dr Mahathir menegaskan bahawa peralihan semalaman kepada demokrasi menyebabkan ketidakstabilan dan perang saudara, sehingga beberapa negara kehilangan kuasa kerajaan, sementara yang lain kembali kepada rejim autoritarian yang lebih buruk daripada yang digantikan.
Oleh kerana menderita akibat peperangan dan keganasan, rakyat negara itu berpindah ke negara lain, kata beliau.
"Negara yang kononnya memperjuangkan prinsip demokrat membicarakan tentang kedaulatan undang-undang tetapi mereka bersikap pilih kasih. Rakan boleh melanggar mana-mana undang-undang dan terlepas begitu sahaja daripada hukuman.
"Justeru, Israel boleh mencabuli semua undang-undang dan norma antarabangsa di dunia dan ia akan terus disokong dan dipertahankan. Negara-negara tidak mesra tidak boleh melakukan sesuatu yang tidak betul. Tidak ada keadilan di dunia," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata perbuatan Israel merampas tanah Palestin dan mengusir 90 peratus penduduk Arab telah mencetuskan peperangan di banyak negara, kebanyakannya berkaitan dengan pembentukan negara Israel.
"Dan kini kita menghadapi ancaman keganasan sedangkan tidak sebelum ini atau sekurang-kurangnya tidak ada pada skala sekarang. Tindakan ketenteraan terhadap keganasan tidak akan berjaya. Kita perlu mengenal pasti puncanya dan mengatasinya.
"Tetapi kuasa-kuasa besar enggan menangani puncanya. Mereka lebih cenderung kepada tindakan ketenteraan dan sekatan, dan mereka akan terus gagal mengekang keganasan," kata Dr Mahathir.
Sambil menyoroti nasib masyarakat Rohingya di Myanmar, Perdana Menteri berkata bahawa ketidakupayaan dunia dalam menghentikan kekejaman terhadap masyarakat etnik menyebabkan resolusi PBB kurang berkesan.
Akibatnya, mereka dipaksa berhijrah dan kini tidak berani kembali ke Myanmar walaupun diberi tawaran kerana mereka tidak dapat mempercayai tentera Myanmar melainkan ada beberapa bentuk perlindungan pihak ketiga.
Beralih perhatian kepada isu Jammu dan Kashmir, Perdana Menteri berkata walaupun ada resolusi PBB, wilayah itu telah ditawan dan diduduki.
"Mungkin ada sebab untuk tindakan ini tetapi ia tetap salah," katanya sambil menegaskan bahawa masalah itu harus diselesaikan secara aman.
Sehubungan itu, beliau menyeru India untuk bekerjasama dengan Pakistan bagi menyelesaikan isu tersebut, dengan memberi peringatan bahawa ketidakpatuhan resolusi PBB akan menyebabkan pengabaian bentuk lain kepada badan dunia itu.- BERNAMA



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/israel-punca-perpecahan-islam-1.978054
(28 SEPT 2019)

Israel punca perpecahan Islam

NEW YORK 28 Sept. -Malaysia tidak boleh menerima tindakan Israel yang terang-terang merampas bumi Palestin secara zalim untuk mendirikan penempatan mereka serta pendudukan Baitulmaqdis oleh rejim zionis, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menarik perhatian mengenai nasib malang rakyat Palestin yang langsung tidak dapat memasuki penempatan yang dibina di atas tanah mereka.
Malaysia, katanya, menerima negara Israel sebagai ketentuan yang harus diterima tetapi menegaskan bahawa disebabkan tindakan Israel, kini terdapat sikap prasangka terhadap agama Islam dan umat Islam.

"Umat Islam dituduh melakukan keganasan walaupun mereka tidak berbuat demikian. Negara Islam mengalami ketidakstabilan melalui kempen untuk mengubah demokrasi dan pertukaran rejim. Umat Islam di mana-mana ditindas, diusir dari negara mereka dan dinafikan hak suaka," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam pernyataan semasa Perbahasan Umum pada Sesi ke-74 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat.
Beliau berkata, sesiapa tidak boleh menafikan bahawa pada masa lalu tiada migrasi berskala besar tetapi kini peperangan dan ketidakstabilan akibat perubahan rejim telah memaksa mereka melarikan diri dari negara asal mereka.
Dr Mahathir menegaskan bahawa peralihan semalaman kepada demokrasi menyebabkan ketidakstabilan dan perang saudara, sehingga beberapa negara kehilangan kuasa kerajaan, sementara yang lain kembali kepada rejim autoritarian yang lebih buruk daripada yang digantikan.
Oleh kerana menderita akibat peperangan dan keganasan, rakyat negara itu berpindah ke negara lain, kata beliau.

"Negara yang kononnya memperjuangkan prinsip demokrat membicarakan tentang kedaulatan undang-undang tetapi mereka bersikap pilih kasih. Rakan boleh melanggar mana-mana undang-undang dan terlepas begitu sahaja daripada hukuman.
"Justeru, Israel boleh mencabuli semua undang-undang dan norma antarabangsa di dunia dan ia akan terus disokong dan dipertahankan. Negara-negara tidak mesra tidak boleh melakukan sesuatu yang tidak betul. Tidak ada keadilan di dunia," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata perbuatan Israel merampas tanah Palestin dan mengusir 90 peratus penduduk Arab telah mencetuskan peperangan di banyak negara, kebanyakannya berkaitan dengan pembentukan negara Israel.
"Dan kini kita menghadapi ancaman keganasan sedangkan tidak sebelum ini atau sekurang-kurangnya tidak ada pada skala sekarang. Tindakan ketenteraan terhadap keganasan tidak akan berjaya. Kita perlu mengenal pasti puncanya dan mengatasinya.
"Tetapi kuasa-kuasa besar enggan menangani puncanya. Mereka lebih cenderung kepada tindakan ketenteraan dan sekatan, dan mereka akan terus gagal mengekang keganasan," kata Dr Mahathir.
Sambil menyoroti nasib masyarakat Rohingya di Myanmar, Perdana Menteri berkata bahawa ketidakupayaan dunia dalam menghentikan kekejaman terhadap masyarakat etnik menyebabkan resolusi PBB kurang berkesan.
Akibatnya, mereka dipaksa berhijrah dan kini tidak berani kembali ke Myanmar walaupun diberi tawaran kerana mereka tidak dapat mempercayai tentera Myanmar melainkan ada beberapa bentuk perlindungan pihak ketiga.
Beralih perhatian kepada isu Jammu dan Kashmir, Perdana Menteri berkata walaupun ada resolusi PBB, wilayah itu telah ditawan dan diduduki.

"Mungkin ada sebab untuk tindakan ini tetapi ia tetap salah," katanya sambil menegaskan bahawa masalah itu harus diselesaikan secara aman.
Sehubungan itu, beliau menyeru India untuk bekerjasama dengan Pakistan bagi menyelesaikan isu tersebut, dengan memberi peringatan bahawa ketidakpatuhan resolusi PBB akan menyebabkan pengabaian bentuk lain kepada badan dunia itu. - BERNAMA



.