FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

28 November 2013

Big Salaries for Menteri Besar & EXCO !!


http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/11/28/Big-pay-hike-for-Sgor-exco-Khalid-and-team-see-salary-increase-of-between-87-and-373.aspx

Published: Thursday November 28, 2013 MYT 12:00:00 AM
Updated: Thursday November 28, 2013 MYT 8:50:13 AM

Big pay hike for Selangor exco



SHAH ALAM: The salaries of the Mentri Besar, executive councillors, Speaker, deputy Speaker and assemblymen of Selangor will be increased by up to nearly 400% next year.
Increases ranging from 87% to 373% were passed at the state legislative assembly following approval by the executive council on Nov 22.
Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim told the house that the increases were timely as the last salary hike was in 2005.
“The decision to raise the salaries is due to the burden of increased duties and responsibilities,” Khalid told the house yesterday.
He added that the efficiency of the state’s executive and legislature as well as Selangor’s healthy coffers was also a factor for the raise.
“And, of course, it is also because of the continued requests made by the assemblymen,” Khalid said.
Under the new salary structure, the pay of assemblymen will be upped 87% from RM6,000 to RM11,250 a month, the Speaker from RM6,109.29 to RM22,500 (268%), and the deputy Speaker from RM3,327.50 to RM15,750 (373%).
The salary of exco members will go up 231% from RM6,109.29 to RM20,250 while the Mentri Besar will have a pay rise of 106.4% from RM14,175 to RM29,250.
The Speaker is Hannah Yeoh while her deputy is Nik Nazmi Nik Ahmad.
Opposition leader Datuk Sham-sudin Lias welcomed the increases.
“The increases are timely and in tandem with the high cost of living. They will also allow us assemblymen to intensify our services to our constituents,” he said, adding that the remuneration for assemblymen had not increased for a long time.
Khalid also announced an additional half-month bonus for the Selangor government’s 15,643 employees, which will be paid in mid-January in an exercise costing the state RM14.821mil.
Khalid said the bonus payment was made due to Selangor’s healthy coffers as well as a mark of appreciation to the employees.
“I thank and congratulate the employees who work very hard for Selangor,” Khalid said, adding that the state’s earnings to date was RM1.89bil, which was 16% higher than the projected RM1.63 bil.
The state had also paid one month’s bonus to all its employees during Hari Raya Aidilfitri.





Majlis Perkahwinan Rozita & Zain !!


KOMEN:

Artis-artis masa nak berkahwin, berbelanja besar, habis berjuta-juta, tetapi masa nak cerai, pakai SMS saja?? Di mana nak letak malu ?!  Cuba muhasabah dan taubat sikit.  


----------------------------------------------------------------------------------------------


Sumber:
http://my.entertainment.yahoo.com/news/rozita-zain-dapat-tajaan-rm13-juta-040800976.html


Rozita, Zain dapat tajaan RM13 juta



26 Nov – Dasyat apabila majlis perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin disifatkan sebagai perkahwinan termahal selebriti 2013 apabila telah mendapat tajaan perkahwinan sebanyak RM13 juta.
Menurut Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ,40, dia mengganggap segala tajaan untuk hari bahagia itu nanti adalah sebagai rezeki perkahwinan buatnya dan bakal suami Zain Saidin, 29.
"Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya," Katanya kepada Harian Metro.
Jelas Che Ta lagi, dia tidak mahu ramai pihak salah pihak yang mana segala urusan penajaan bukanlah diminta olehnya tetapi penaja terbabit yang mencarinya dan menawarkan kesudian untuk menaja.
"Jangan salah faham pula. Bukan saya yang cari penaja. Mereka yang cari dan kami bersyukur untuk itu."
Antara penaja terbesar perkahwinan pasangan ini ialah barang kemas Habib Jewels iaitu sebanyak RM10 juta selain 27 penaja lain seperti Bianco Mimosa, Man Kajang, Fairuz Ramdan, Safi Rania, Annas Eskay, Ikram Photograpy, Manggis Production, Kad Lestari dan Seri Catering.
Sementara itu, pasangan ini menafikan dakwaan yang mengatakan mereka telah berhutang dengan pihak bank yang mana sebaliknya segala persiapan barang hantaran seperti cincin nikah dan kahwin adalah hasil duit mereka sendiri.
Rozita bakal menerima wang hantaran daripada Zain bernilai RM23 ribu yang merupakan simbolik kepada tarikh lahir Zain selain mas kahwin sebanyak RM9,300 yang turut sempena tarikh lahir Che Ta berserta sebentuk cincin kahwin dianggar RM93 ribu.
Pasangan ini akan bernikah 11 Disember depan di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat maghrib dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria saluran 104 bagi majlis akad nikah dan persandingan nanti.
Pasangan ini yang seperti pinang dibelah dua ini juga sudah berkira-kira untuk bercuti selama 19 hari selepas majlis persandingan dan memilih mengelilingi Eropah seperti Rom, Milan, Venice, Frankfurt, Amsterdam untuk menikmati saat bulan madu.

25 November 2013

Rakyat Kena Bayar Cukai ?!

Komen:  ALAMAK… Adakah ini bermaksud kerajaan UMNO sudah kehabisan wang, angkara berbelanja besar dan mewah, kini mereka kejar pula rakyat biasa yang hidup miskin dan sederhana, yang berbelanja sederhana dan berhemah, supaya golongam miskin ini juga tidak terlepas daripada menyumbangkan wang kepada kerajaan (walaupun, golongan miskin ini berhak dan terlepas daripada membayar cukai, mengikut undang-undang Malaysia?!).  

-----------------------------------------------------------------------------------------------    

Pengkhianat negara

Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan rakyat yang mengelak membayar cukai walaupun layak berbuat demikian boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.
Ini kerana, katanya, membayar cukai juga termasuk dalam satu dasar dan prinsip patriotsme sama seperti mereka yang berjuang menjaga keamanan dan menegakkan kedaulatan negara. 
“Dengan membayar cukai, rakyat membantu negara meneruskan kelangsungan pembangunan ekonomi bagi mengukuhkan negara. Apabila kita lunaskan tanggungjawab untuk negara, itu satu semangat patriotik.

[Komen: Kelangsungan pembangunan ekonomi negara, atau berbelanja mewah? Bila sudah kehabisan wang,rakyat pula dicari, dikorek, diugut, dsb. ?!].

“Bila bayar cukai kita tolong rakyat dan tolong negara, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita lebih berjaya,” katanya ketika berucap pada perasmian penutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat PENA.

Seminar pertama daripada 15 siri itu membincangkan tiga perkara utama iaitu kebaikan sistem cukai GST, Bajet 2014 serta perbincangan berhubung Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Siri jelajah PENA diteruskan di peringkat negeri bagi membincangkan serta memberi penjelasan tiga perkara utama yang dijangka dilaksanakan sehingga Februari tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu GST, Najib berkata, dengan pelaksanaannya negara mempunyai sumber kewangan dan hasil lebih baik untuk memacu pembangunan negara.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutama dalam membangunkan kemudahan infrastruktur.

“Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara yang mana kampung tradisional, bandar kecil bertukar wajah.

“Kita nak jalan raya baru, sekolah dan universiti baru dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

“Pilihannya dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini,” katanya.

[Komen:  Kerajaan UMNO saja yang muflis, rakyat ada pilihan untuk memilih parti lain untuk memimpin negara, itu realiti].

Mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Najib berkata, pembangunan ekonomi Bumiputera bukan bersifat rasis, sebaliknya segala pelan agenda yang direncanakan untuk Bumiputera adalah agenda nasional.

Beliau menegaskan tidak wujud keadilan sosial jangka panjang jika kaum majoriti di negara ini termasuk golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak diberikan perkongsian kekayaan negara secara adil walaupun hak dan tuntutan kumpulan minoriti didengari.

“Kalau kelompok ini (Bumiputera) kelompok majoriti, tidak dapat perkongsian kekayaan negara secara adil dan saksama, bererti ini bukan keadilan sosial dan tidak menyumbang kepada kestabilan jangka panjang negara kita.

“Jangan sebut ‘affirmative action’ (layanan sama rata) pada golongan minoriti saja. Apa akan terjadi kepada negara ini jika golongan majoriti terbiar dan dipinggirkan,” katanya.





21 November 2013

Tun Daim gesa mansuh AP kereta 20 November 2013 !


http://www.sinarharian.com.my/nasional/daim-gesa-mansuh-ap-kereta-1.222781

Tun Daim gesa mansuh AP kereta







KUALA LUMPUR - Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin mencadangkan kerajaan menimbang untuk memansuhkan Permit Import (AP), dasar yang diperlukan untuk mengimport kenderaan, bagi membantu mengurangkan kos memiliki kereta di Malaysia.


"Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat," katanya di sini hari ini.


Daim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Roland S Folger yang berkata langkah itu jika dilaksanakan akan menjadikan harga kereta lebih murah, dan  menggalakkan pengeluar kereta untuk meningkatkan pelaburan bagi mengeluarkan kereta yang lebih murah di pasaran tempatan.


"Bagi saya, ada satu cara kita dapat mengurangkan harga kereta. Ia merupakan penyelesaian yang mudah terhadap isu ini (iaitu) memansuhkan AP terbuka," kata Folger kepada akhbar The Sun baru-baru ini.


Daim berkata, kerajaan perlu mengambil langkah positif dalam Dasar Automotif Negara (NAP), yang akan disemak semula tidak lama lagi, supaya menimbang kepentingan segman penduduk yang lebih besar, dan bukannya beberapa orang terpilih sahaja.


Laporan menyebut bahawa terdapat 98 syarikat memegang AP terbuka bagi mengimport kereta ke dalam negara.


Penganalisis industri sering membincangkan kaedah untuk menjadikan industri automotif tempatan lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan yang lebih besar dan melabur semula, dan supaya kereta lebih mampu dimiliki dalam pasaran tempatan.


Folger juga menekankan hakikat bahawa pemansuhan AP terbuka tidak akan menjejaskan kutipan hasil kerajaan, malah dapat meningkatkan kutipan.


Penganalisis industri mengatakan bahawa kerajaan boleh menghapuskan barisan tambahan dalam perniagaan dan melepaskan kos penjimatan itu kepada rakyat memandangkan AP terbuka mengenakan beberapa ribu ringgit untuk setiap transaksi yang diproses.


Penjimatan kos boleh digunakan oleh kerajaan untuk merangsangkan lagi industri itu atau menyalurkannya untuk perbelanjaan yang lebih produktif, kata mereka.


Penganalisis terbabit mencadangkan kerajaan mengeluarkan tender AP Terbuka untuk mendapatkan lebih banyak hasil kerajaan yang seterusnya boleh mengurangkan cukai untuk pembeli kereta, dan sekali gus menjadikan harga kereta lebih murah.


AP Terbuka biasanya digunakan oleh pengimport yang sama untuk mengimport semula kereta mewah recond dan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding kereta yang dipasang dalam negara.


Sebagai contoh semakan di Internet menunjukkan Mercedes-Benz E200 baharu dijual pada harga kira-kira 35,000 pound sterling (kira-kira RM179,000) di Britain berbanding RM366,000 untuk model yang sama yang dipasang di Malaysia.


Kereta Mercedes-Benz E200 terpakai di Britain akan menjadi kira-kira 10,000 pound lebih murah atau kira-kira RM51,000, bergantung kepada tahun pembuatan dan perbatuan.


Pengimport 'tidak rasmi' atau pemegang AP terbuka boleh mengambil kesempatan ke atas perbezaan harga yang lebih tinggi di Malaysia untuk menjual semula E200 recond daripada antara RM270,000 dan RM290,000 setiap satu, walaupun selepas membayar cukai.


Diskaun ini sering dilihat sebagai 'menguntungkan' pengguna atas perbelanjaan pengilang yang telah menanggung kos tambahan seperti perolehan tempatan, kos pemasangan, penjenamaan dan promosi, jualan dan perkhidmatan selepas jualan.


Pemansuhan AP terbuka juga akan menghapuskan Malaysia sebagai antara destinasi utama kereta terpakai mewah di dunia, kata penganalisis itu.


Mereka menegaskan supaya kerajaan perlu mengkaji semula keseluruhan struktur industri automotif, termasuk segmen rejim cukai dan tempoh akhir hayat kereta, bagi memastikan ia boleh bergerak ke depan memandangkan pembuat kereta nasional sudah wujud hampir 20 hingga 30 tahun dengan Proton Saga pertama dilancarkan pada Julai 1985 dan Perodua Kancil muncul pada Ogos 1994.


NAP diperkenal pada 22 Mac, 2006 dan disemak semula pada 2009 dan 2012 bertujuan menggalakkan daya saing dan berdaya maju dalam sektor automotif tempatan, khususnya pengeluar kereta nasional.


Ia juga bertujuan mempromosi Malaysia sebagai hab automotif serantau, dengan mengintegrasikan industri automotif tempatan ke dalam industri serantau dan rangkaian global dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing.


Penganalisis juga menyatakan bahawa menyediakan persaingan yang lebih tinggi akan menghapuskan rasa puas hati dalam kalangan pengeluar kereta dan pembekal.


Mereka juga berharap NAP yang akan dikaji semula itu dapat melihat gambaran yang lebih luas dan membantu memulihkan industri automotif tempatan supaya menjadi sumber pendapatan negara menerusi pertukaran mata wang asing. - Bernama






02 October 2013

Projek kabel jalur lebar RM1.9 bilion siap Jun 2014 !



http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_42/Projek-kabel-jalur-lebar-RM19-bilion-siap-Jun-2014

Projek kabel jalur lebar RM1.9 bilion siap Jun 2014


KUANTAN 2 Okt. - Projek pemasangan sistem kabel dasar laut gentian optik jalur lebar termoden Asia Pasifik di Cherating di sini sepanjang 10,000 kilometer yang akan menghubungkan Malaysia dan Jepun dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pembinaan sistem kabel bernilai kira-kira RM1.9 bilion (AS$600 juta) itu akan memberi manfaat kepada seluruh pengguna internet di negara ini.

Katanya projek itu apabila siap nanti akan turut menarik pelabur asing ke negara ini sekali gus menjadikan negara lebih maju dan mampu berdaya saing dari segi kepantasan capaian internet.

"Sistem kabel tersebut akan menyediakan kepantasan data sehingga 3.4 tbps menggunakan teknologi Dense Wavelength Division Multiplexing (DWDM) bagi menawarkan kemudahan-kemudahan penaiktarafan transmisi yang fleksibel dan tanpa sempadan.

"Dalam sistem rangkaian komunikasi, saya melihat ini adalah suatu kejayaan dan usaha yang dibuat oleh syarikat tempatan dan berharap apabila selesai pemasangannya sejauh 10,000 kilometer akan mengurangkan kebergantungan kita kepada rangkaian negara lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek Pemasangan Kabel Optik Asia Pasifik di Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; dan Ketua Pegawai Eksekutif Time dotCom Bhd., Afzal Abdul Rahim.
Menurut Ahmad Shabery, usaha penyambungan kabel optik itu turut membabitkan 14 buah syarikat lain dan juga akan bekerjasama menghubungkan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan kemudian terus ke Amerika Syarikat.

"Usaha pemasangan kabel di dasar laut ini melibatkan syarikat Time dotcom bukan yang pertama tetapi keempat dan ini merupakan yang termoden sekali," katanya. - BERNAMA


 



Wedding Reception of the Century!


Comment: This must be the wedding ceremony of the century, with 4 deaths, what a way to celebrate your son and daughter wedding. With friends and relatives cursing you for life! It was reported that the House Owner was told that the chickens were not fresh, yet he insisted that the meat be cooked anyway. That lead to massive food poisoning. The question is, why are the chickens NOT kept in a more hygiene method?  Does the Owner not concern of his guests, relatives and friends, who may eat the unhygienic food?

Keyword: IF you want to do it, do it properly, IF not, do not do it at all !! Do not do it half-heart.

------------------------------------------------------------------------------------

Mangsa keempat meninggal dunia


















Tajul Urus Md. Zain mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri kepada mangsa yang mengalami keracunan makanan yang masih dirawat di wad Hospital Yan semalam. - UTUSAN/Kamal Basir

SUNGAI PETANI 1 Okt. - Seorang lagi mangsa keracunan makanan rumah kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), malam ini.
Mangsa, Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak pagi semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, warga emas yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok itu berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan di HSAH semalam.

"Dengan kes terbaharu ini, ia menjadikan jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan makanan dalam majlis kenduri berkenaan meningkat kepada empat orang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Md. Zain melawat mangsa-mangsa keracunan makanan di HSAH di sini malam ini.

Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai pada Sabtu lalu.

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang, manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan.

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH.

Sementara itu, Tajul Urus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri berkata, pihaknya mengucapkan takziah terhadap keluarga mangsa terlibat.

Beliau berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga yang kematian mangsa sebanyak RM1,000 seorang dan RM200 seorang bagi mangsa yang dimasukkan ke wad.

Tambahnya, beliau juga merupakan antara tetamu dalam majlis kenduri tersebut pada pagi Sabtu lalu.
"Selepas makan kenduri, saya terus beredar ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi. Namun, saya bersyukur kerana tidak menghadapi keracunan makanan kerana difahamkan hanya tetamu yang makan kenduri sebelah petang menjadi mangsa," katanya.



Ayam dicemari bakteria Salmonella punca keracunan makanan !



Ayam dicemari bakteria Salmonella punca keracunan makanan




SUNGAI PETANI, 1 Okt (Bernama) -- Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri, katanya dalam sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini petang tadi.
Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.
"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Katanya setakat ini 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.
Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.
"18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.
"Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang," katanya.
Semalam, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.
Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.
Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Hari ini, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam.
-- BERNAMA