FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

01 November 2017

Robot mendapat Kerakyatan ?!




Source:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
(01 Nov 2017)

Sophia robot pertama dapat kerakyatan





AGENSI - SOPHIA menghadiri sesi soal jawab semasa persidangan FII di Riyadh, Rabu lalu.


RIYADH, Arab Saudi – Arab Saudi memberikan taraf kerakyatan kepada sebuah robot humanoid mirip manusia baru-baru ini sekali gus negara pertama di dunia berbuat demikian.

Robot canggih dinamakan Sophia itu berucap kepada sebuah panel industri robotik dan kecerdasan buatan pada persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) di Riyadh, Rabu lalu dan diisytiharkan warganegara Arab Saudi sejurus selepas
Dibina oleh firma Hanson Robotics Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong, robot humanoid itu memiliki kebolehan ekspresi wajah, ciri estetik dan interaktif luar biasa.
Persidangan FII yang dibiayai Dana Pelaburan Awam bertujuan mengete­ngahkan cita-cita tinggi Arab Saudi dalam mencorak masa depannya melalui pelan Wawasan 2030.
“Kami mahu membuat sedikit pengumuman. Kami baharu sahaja mendapat berita ini. Sophia, saya harap anda mendengar. Anda dianugerahkan kerakyatan Arab Saudi sekali gus yang pertama diberikan kepada sebuah robot,” kata pengacara panel itu, Andrew Ross Sorkin yang juga hos bersama program berita perniagaan terbitan CNBC, Squawk Box.
“Terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi. Saya amat berbangga dengan pengumuman ini. Menjadi robot pertama di dunia yang mendapat taraf kerakyatan adalah sesuatu yang bersejarah,” kata Sophia.
Sophia berupaya menjawab pelbagai soalan mengenai robot. Ketika ditanya mengenai robot futuristik jahat yang ditampilkan dalam filem-filem seperti Blade Runner 2049, ia berkata, manusia tidak perlu takut kepada robot.
Bidang robotik merupakan ciri utama projek Neom, sebuah zon perindustrian dan perniagaan mega menelan belanja AS$500 bilion (RM2.1 trilion) yang akan dibina di barat laut Arab Saudi. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4xB0i9dmI 
Hakcipta terpelihara 



16 October 2017

PENIPUAN ATAS TALIAN - MENGgunakan SMS & WHATSAPP !!



Source:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/terkejut-terpilih-jadi-jutawan-1.738940
(05 OKT 2017) 


Terkejut terpilih jadi jutawan


SABAK BERNAM - Setiausaha Masjid Kampung Ubudiah, Kampung Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, di sini, menggesa sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di negara ini menyiasat penyebaran maklumat palsu yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kononnya menjanjikan hadiah lumayan.
  
Roslee Hashim, 50, berkata, penyebaran maklumat palsu itu dikirimkan individu tidak bertanggungjawab ke akaun WhatsApp peribadinya sebanyak dua kali.  
Menurutnya, kali pertama dia menerima kiriman mesej itu pada 27 September lalu pada jam 4.26 pagi.  

“Bila buka WhatsApp saya terkejut sebab dapat mesej kononnya sim kad saya terpilih dan berjaya jadi jutawan 2017 dan menang bonus ganjaran daripada sebuah syarikat telekomunikasi,” katanya.  

Roslee berkata, dia sekali lagi menerima pesanan WhatsApp daripada syarikat telekomunikasi yang sama tiga hari selepas itu.  “Antara kandungan mesejnya mengatakan kononnya sim kad saya berjaya dapat bonus tambah nilai berjumlah RM7,000,” katanya.  
Roslee berkata, syarikat telekomunikasi terbabit diminta menyiasat perkara itu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menghantar kiriman WhatsApp menggunakan alamat syarikat telekomunikasi terbabit.  

“Saya yakin ini adalah taktik penipuan terancang dan kita bimbang ada dalam kalangan pengguna yang terpedaya seperti mana kes-kes penipuan sebelum ini,” katanya.  
Malah, katanya, seorang anak perempuannya berusia 12 tahun turut menerima kandungan maklumat palsu itu sebulan lebih awal.  

“Bila saya dapat mesej ni, anak saya maklumkan dia pun pernah terima mesej sama sebelum ni. Nasib baik dia tak tuntut apa-apa,” katanya.  
Katanya, perkara itu diceritakan kepada seorang rakannya dan secara kebetulan anak rakannya itu turut menerima kandungan pesanan yang hampir sama dengan menggunakan nama syarikat telekomunikasi terbabit.  

“Mengikut mesej terbabit anak rakan saya terpilih pemenang hadiah ketiga dengan memenangi wang tunai berjumlah RM9,000.  Pihak itu juga tunjukkan cara-cara bagaimana tuntut hadiah, tetapi apa yang diarahkan itu amat meragukan,” katanya.  
Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutama golongan remaja dinasihatkan agar tidak terpedaya.  

“Modus operandi mereka berubah-ubah. Kalau dulu, mereka guna nama stesen minyak guna SMS, sekarang guna WhatsApp kononnya daripada syarikat telekomunikasi,” katanya.




.

05 October 2017

Kes bapa liwat anak kandung perempuan: Pertama kali dilakukan semasa tunaikan umrah di Makkah ?!


KOMEN: 

1- Orang pergi Mecca untuk melakukan Haji & Umrah untuk MENAMBAHKAN PAHALA ! 
Bukan nya untuk menambahkan DOSA besar. 

2- LIWAT & rogol anak sampai beratus kali,  ini adalah kes anak pun jahil, ibu pun jahil,  bapak lagi jahil dan syaitan nafsu. 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source: 
http://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/kes-bapa-liwat-anak-kandung-perempuan-pertama-kali-dilakukan/3821508.html

Kes bapa liwat anak kandung perempuan: Pertama kali dilakukan semasa tunaikan umrah di Makkah

PUTRAJAYA: Kes bapa yang mengaku bersalah melakukan lebih 600 kesalahan seksual terhadap anak perempuan kandungnya mengejutkan ramai pihak.
Namun, laporan Astro Awani mengenai kes itu membuat ramai orang yang hadir di mahkamah tersentak.
Bapa yang berusia 36 tahun itu didakwa pertama kali meliwat anaknya semasa mengerjakan ibadah umrah di Makkah pada 3 April 2015 semasa mangsa berusia 13 tahun.
Mangsa mendakwa dihempap dari belakang semasa tertuduh meliwatnya.
Malah, terdapat satu kejadian di mana mangsa menjerit kesakitan.
Itu antara sebahagian daripada ratusan siri trauma dan keperitan dilalui mangsa yang diceritakan di hadapan Hakim Yong Zarida Sazali.
Laporan Astro Awani menambah bahawa turut dibacakan adalah laporan perubatan dari dua buah hospital yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa.
Memetik laporan perubatan obstetrik dan ginekologi (O&G) sebuah hospital kerajaan, terdapat kesan luka lama pada kemaluan mangsa.
Selain itu, laporan perubatan pembedahan awam hospital berlainan turut mendapati ada luka baru pada mangsa.
Awal sebelum itu, Bernama melaporkan bahawa tertuduh dihukum penjara selama 48 tahun dan disebat sebanyak 24 kali selepas mengaku bersalah atas 623 kesalahan jenayah seksual terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.
Kes itu mendapat perhatian ramai kerana ini kali pertama seorang tertuduh menghadapi pertuduhan yang sangat banyak dan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali sebelum ini juga mengesahkan lelaki itu merupakan tertuduh pertama di negara ini yang didakwa atas beratus-ratus pertuduhan melibatkan jenayah serangan seksual.
Aduan polis mengenai kejadian dan perbuatan lelaki itu dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.
- Agensi berita/RU/ru


.





BERI IC KPD ANAK TAK SAH TARAF



KOMEN: 

1- Anak tidak sah taraf ini tidak berdosa, yang berdosa ialah IBUBAPA mereka yang telah melakukan perzinaan dan akibatnya, lahir lah mereka ini.

2- Atau IBUBAPA yang tidak mementingkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka ini untuk mendapatkan IC, akibat kejahilan mereka atau cuai atau kurangnya ilmu mengenai proses pendaftaran untuk mendapatkan IC bagi anak-anak mereka ini.

3- Apapun, pihak KERAJAAN terutamanya Kementerian Wanita Keluarga & Masyarakat, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Perdana Menteri, perlu lah bekerjasama dalam menangani isu-isu ini dengan cepat.

4- Beri lah mereka ini IC supaya mereka dapat hidup berdikari dan melanjutkan pelajaran dan bekerja secara sah. Bukankah itu lebih BAIK untuk semua pihak. 

5- Beri lah mereka ini IC yang STANDARD (bukannya IC Sementara), atau IC Khas yang mengurangkan status mereka ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/397071


'Beri IC khas pada anak tak sah taraf'



Kerajaan sepatutnya memiliki mekanisme untuk memastikan nasib dan masa depan golongan anak tidak sah taraf di negara ini terbela, kata Ketua Wanita AMANAH, Dr Siti Mariah Mahmud.
Beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terutama memberikan status kewarganegaraan kepada golongan berkenaan menerusi pemberian kad pengenalan khas atau dokumen pengenalan diri yang lain.
"Hal ini penting bagi membolehkan mereka membina kehidupan baru selepas keluar dari pusat kebajikan terutamanya untuk mencari pekerjaan, cuba mendapatkan peluang pendidikan atau memohon bantuan yang sesuai dari Kerajaan.
"Saya bimbang sekiranya masalah ini tidak ditangani segera, nasib kumpulan itu akan terdedah menjadi mangsa jenayah perdagangan manusia. Hak-hak mereka sebagai pekerja dan manusia terjejas, dieksploitasi sebagai pelacur, buruh paksa dan seumpamanya," katanya yang juga anggota parlimen Kota Raja.
Beliau mengulas gesaan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Muhammad Khairul Hafiz Abdullah baru-baru ini agar kerajaan memandang serius nasib anak tak sah taraf, antaranya masih tiada status warganegara dan merempat di negara ini.
Khairul mendakwa ada di kalangan mereka yang tidak mendapat status warganegara sukar mendapatkan pekerjaan sehingga terpaksa melacurkan diri untuk menyara kehidupan.
Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata sejak 2006 sehingga 30 Jun tahun ini, terdapat 543,363 anak dilahirkan dengan status berkenaan.
Status itu diberikan terhadap anak dilahirkan dalam perkahwinan yang tidak mengikut peraturan dan anak luar nikah untuk pasangan Islam, selain anak yang tidak diketahui identiti ibu bapanya.
Menurut Dr Mariah, beliau terkilan kerana masalah seperti ini seperti sukar ditangani oleh kerajaan dan kementerian yang bertanggungjawab.


"Saya mengharapkan supaya urusan kebajikan dan pemberian hak warganegara kepada golongan yang berhak dan perlukan perhatian ini dilakukan secara saksama, telus dan menyeluruh bagi memastikan kedudukan mereka terjamin dalam negara ini," katanya.



Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397071#X01xJZwsuPyY2Vt2.99

.

09 September 2017

Malaysia hantar misi kemanusian RM4 juta bantu pelarian Rohingya !


Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-hantar-misi-kemanusian-rm4-juta-bantu-pelarian-rohingya-1.524308

Malaysia hantar misi kemanusian RM4 juta bantu pelarian Rohingya


BAGAN DATUK 8 Sept. - Malaysia akan menghantar barangan makanan dan peralatan bernilai RM4 juta sebagai bantuan segera kepada pelarian Rohingya yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar, esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, misi bantuan kemanusiaan itu telah dipersetujui sebulat suara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mesyuarat tertinggi parti itu yang diadakan petang tadi. 
“Apa yang berlaku terhadap pelarian Rohingya memang tidak boleh diterima akal. Mereka dibunuh sewenang-wenangnya.

“Jadi atas kuasa kemanusiaan juga kerajaan Malaysia mendapat penajaan daripada beberapa syarikat penerbangan untuk membawa bantuan kemanusian ini bagi membantu etnik Rohingya yang lari menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis kenduri rakyat sempena Program Merdeka Ride 2017 di Dewan Serbaguna JKKK Hutan Melintang dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-hantar-misi-kemanusian-rm4-juta-bantu-pelarian-rohingya-1.524308#ixzz4s9YPLbe7
© Utusan Melayu (M) Bhd 





03 September 2017

Etnik Rohingya dibunuh - (Rohingya Ethnic Killed by Myanmar Army) !!


Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-000-etnik-rohingya-dibunuh-1.522049


3,000 etnik Rohingya dibunuh


KUALA LUMPUR 2 Sept. - Angka korban pejuang Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) yang bertempur dengan tentera dan polis Myanmar sejak seminggu lalu dianggarkan melebihi 400 orang, tidak seperti mana dilaporkan oleh media antarabangsa.
Pengetua Sekolah Rohingya Balakong, Mohammed Junaid Zafar Ahmad berkata, berdasarkan sumber daripada rakan dan saudara-mara terdekat yang ma­sih berada di utara Arakan, pe­mantauan di lokasi pertempuran mendapati jumlah sebenar pejuang ARSA yang terkorban berkemungkinan besar mencecah 500 orang atau lebih daripada itu.

Dakwanya, kerajaan Myanmar dilaporkan cuba menyembu­nyi­­kan angka korban sebenar daripada pengetahuan media an­tarabangsa kerana bimbang di­kenakan tindakan tegas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sejak pertempuran berlaku, le­bih 120 buah rumah penduduk etnik Islam Rohingya dibakar oleh tentera Myanmar di Kampung Tharay Kone Tan di selatan Maungdaw.
“Selain itu, sekurang-kurang­nya 18,500 orang penduduk Rohingya dengan majoriti daripada mereka mengalami masalah kesihatan dan ada yang cedera akibat terkena tembakan telah me­larikan diri ke Bangladesh sejak enam hari lalu,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Mohammed Junaid mendakwa, sejak 25 Ogos lalu, tentera dan polis Myanmar telah membunuh kira-kira 3,000 orang penduduk Rohingya, selain membakar kedia­man mereka dengan sewenang-wenangnya.
Kata beliau, mereka yang di­bunuh tidak mengira jantina sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/3-000-etnik-rohingya-dibunuh-1.522049#ixzz4rc10XSk0
© Utusan Melayu (M) Bhd 




.

LINKIN PARK SUICIDE


COMMENTS:

The usual comments from people would be:

Look he is so rich
Look he is so popular
Look he is the Best Artists of the Decade Chart
Look he is the greatest artist of the 2000s in a Bracket Madness poll 
Look Linkin Park has sold over 100 million records worldwide 

Source: WIKIPEDIA https://en.wikipedia.org/wiki/Linkin_Park

SO WHY HE KILLED HIMSELF THEN, IF HE GOT EVERYTHING??

Well, the general statement is that, the rich and famous people who killed themselves, LACKS "happiness" and harmony of the "soul" and self. That is why, we have RELIGION to help stabilized the SOUL and create tranquility and happiness, and self worth/self purpose.  

GO get/profess a religion then you know what I mean !


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penyanyi-linkin-park-bunuh-diri-1.505460
(21 JULY 2017)

Penyanyi Linkin Park bunuh diri

Chester Bennington

KUALA LUMPUR 21 Julai- Penyanyi Chester Bennington, 41, yang juga penyanyi utama kumpulan Linkin Park meninggal dunia akibat membunuh diri.
Menerusi laporan media antarabangsa, Bennington ditemui menggantung dirinya di dalam sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Los Angeles.


Mempunyai enam orang anak menerusi dua perkahwinan, Bennington sebelum ini memang sudah diketahui mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol.
Penyanyi ini juga pernah menyatakan niat untuk membunuh diri sebelum ini akibat tekanan pernah didera sewaktu kecil.
Sementara itu Linkin Park yang terkenal menerusi beberapa lagu hits mereka diseluruh dunia seperti Faint, In The End dan Crawling juga pernah bekerjasama dengan penyanyi Jay Z. Album mereka berjudul Meteora juga merupakan antara yang terlaris di seluruh dunia.
Kumpulan ini juga pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2003 dan 2013. - UTUSAN ONLINE



YOUTUBE:
https://www.youtube.com/watch?v=kXYiU_JCYtU&list=RDEMww6ZEHgLhQ-8eu_x7Z-FJw



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://www.independent.co.uk/arts-entertainment/music/news/chester-bennington-death-linkin-park-statement-singer-dead-mike-shinoda-latest-read-full-a7857721.html
(24 JULY 2017) 






Chester Bennington’s band has issued its first statement since he killed himself - speaking of being wracked by “shockwaves of grief and denial”.
“Our hearts are broken. The shockwaves of grief and denial are still sweeping through our family as we come to grips with what has happened,” Linkin Park wrote.
“You touched so many lives, maybe even more than you realised. In the past few days, we've seen an outpouring of love and support, both public and private, from around the world.” 

The news came on the same day the Los Angeles County coroner confirmed the 41-year-old’s cause of death, saying he had hanged himself.
The coroner’s office said that a half empty bottle of alcohol was found in the room of his home north west of Los Angeles, but that no drug or suicide note were recovered. A full postmortem examination has yet to be scheduled. 


As fans of the band around the world have paid tribute to Bennington, the band has cancelled a tour that was scheduled to start this week.  







.