FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

08 June 2018

SPRM - Amaun yang diterima RM2.6 bilion didapati adalah bayaran derma !


SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/rm2-6-bilion-diterima-najib-kini-tertakluk-pemeriksaan-lanjut-lhdn-1.687482

RM2.6 bilion diterima Najib kini tertakluk pemeriksaan lanjut - LHDN


Sabin Samitah

Sabin Samitah

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, RM2.6 bilion yang diterima bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini tertakluk kepada pemeriksaan lanjut.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, susulan pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull dan siasatan yang sedang dijalankan berhubung semua isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kedudukan cukai bagi wang RM2.6 bilion yang diputuskan pada 16 Februari 2016 itu kini tertakluk untuk pemeriksaan.
Pada 16 Februari 2016, berdasarkan pada dapatan dibuat oleh agensi itu yang ditugaskan untuk menyiasat wang berkenaan, amaun yang diterima didapati adalah bayaran derma serta bersifat sukarela dan dengan itu bukan bercirikan pendapatan, katanya.
Oleh itu katanya, mengikut prinsip am percukaian berhubung pembayaran secara sukarela seumpama itu, ia bukan pendapatan yang tertakluk untuk dicukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Pembayaran secara sukarela mungkin berubah cirinya dan tertakluk dicukai jika ia diberikan secara berulang kali, sebagai pertimbangan bagi perkhidmatan diberikan, sebagai balasan bagi sebarang faedah dalam apa-apa bentuk atau amaun digunakan dalam kegiatan perniagaan bagi membolehkan operasi perniagaan diteruskan," katanya dalam kenyataan hari ini susulan perkembangan terbaru berhubung RM2.6 bilion yang diterima Najib serta wang tunai dan barangan berharga lain yang dirampas dari kediamannya dan premis lain baru-baru ini. - Bernama


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE: 
http://www.kosmo.com.my/negara/tiada-pendakwaan-terpilih-1.686922


Tiada pendakwaan terpilih

Tommy Thomas tumpu prosiding kes 1MDB, mansuh undang-undang menindas


Tommy (depan) tiba di pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya

Tommy (depan) tiba di pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya semalam untuk melapor diri dan memulakan tugas sebagai Peguam Negara.

PUTRAJAYA – Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas menegaskan beliau tidak akan mengamalkan pendakwaan secara terpilih sepanjang mengendalikan tugasnya itu.
Tegas beliau, sesiapa saja yang melanggar undang-undang akan menerima hukuman.
“Saya berjanji akan melakukan tindakan yang betul, adil dan saksama,” katanya kepada pemberita di lobi pejabat Jabatan Peguam Negara di sini semalam.
Tommy berkata, beliau menggariskan tiga fokus utama dalam perkhidmatannya termasuk siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development (1MDB).
“Saya perlu mengkaji kertas siasatan skandal berkenaan terlebih dahulu. Kita akan me­laksanakan prosiding jenayah dan sivil di mahkamah terhadap mereka yang didakwa melakukan kesalahan.
“Semuanya sama rata di sisi undang-undang dan tidak ada sesiapa yang akan tertinggal dan dilindungi,” katanya.





.

07 June 2018

STOP YOUR POLITICS OF REVENGE, UMNO TELLS PH GOVT !




SOURCE:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/06/05/stop-your-politics-of-revenge-umno-tells-ph-government/

05 JUNE 2018




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/nasib-penjawat-awam-lebih-baik-jika-bn-kekal-kerajaan-najib-1.690440


Nasib penjawat awam lebih baik jika BN kekal kerajaan - Najib




PEKAN -  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam kontrak termasuk guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan menikmati nasib lebih  baik jika Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan.  
Menurut bekas Perdana Menteri itu, kerajaan BN tidak tergamak memberhentikan seorang pun daripada 17,000 penjawat awam kontrak yang selama ini dibantu punca pendapatannya. 
Merujuk kepada satu status yang dibacanya di Facebook hari ini, Najib mendakwa ada  penjawat awam  kesal dengan tindakan mereka memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 
"Seorang guru KAFA menyebut bahawa dia mengundi PH kerana sejak anaknya lahir, dia berdepan dengan momokan terhadap cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)... ke mana dia pergi, pekedai menyebut harga barang naik disebabkan GST. 
"Tiba-tiba dua hari selepas 9 Mei, dia dapat notis pemberhentian kerja meskipun mengundi PH, ditamatkan (perkhidmatan) pada awal Ramadan dan air matanya menitis apabila melihat wajah dua anak kecilnya," kata wakil rakyat Parlimen Pekan itu di sini hari ini. - Bernama


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/raus-zulkefli-letak-jawatan-berkuatkuasa-31-julai-1.690753
13 JUNE 2013


Raus, Zulkefli letak jawatan berkuatkuasa 31 Julai (2018)

letak jawatan

KETUA Hakim Negara, Tun Raus Sharif (Kiri) dan 
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin. 



PUTRAJAYA 13 Jun - Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan meletakkan jawatan masing-masing berkuatkuasa pada 31 Julai ini.


Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua mereka telah mengutuskan surat perletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 7 Jun lalu.
“Perletakan jawatan itu telah diperkenankan oleh Seri Paduka pada 8 Jun lalu dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit Bahagian Urusan Diraja Istana Negara bertarikh 11 Jun lalu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Kenyataan itu menambah, pada 15 Mei lalu, Raus dan Zulkefli telah bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan telah menyampaikan hasrat untuk meletakkan jawatan.
“Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa perletakan jawatan itu akan berkuatkuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan,” katanya. - UTUSAN ONLINE


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ramkarpal-tidak-setuju-tun-m-pertahan-tindakan-majlis-penasihat-kerajaan-1.690955


Ramkarpal tidak setuju Tun M pertahan tindakan Majlis Penasihat Kerajaan




KUALA LUMPUR 13 Jun – Seorang wakil rakyat DAP tidak setuju dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang seolah-olah mempertahankan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) memanggil dan meminta Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletak jawatan.

RAMKARPAL SINGH


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, CEP, katanya, dilantik oleh kerajaan dan kini peranan mereka seolah-olah melambangkan peranan sebuah kerajaan.
Katanya, apabila CEP menuntut hakim-hakim meletakkan jawatan, ia seperti kerajaan yang meminta perkara itu dilakukan yang turut bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa di negara ini.
“Ini merupakan satu perkara asas dalam mana-mana negara demokrasi bahawa kuasa eksekutif tidak boleh mengganggu dalam hubungan kehakiman.
“Tidak salah mengkritik mengenai pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, bagaimanapun, ia menjadi satu masalah apabila menuntut mereka untuk meletakkan jawatan. Ia amat salah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tindakan-cep-desak-hakim-letak-jawatan-wajar-tun-m-1.690258
(12 JUN 2018)  



Tindakan CEP desak hakim letak jawatan wajar - Tun M



Tindakan Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin memanggil dua hakim kanan iaitu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan meminta mereka meletakkan jawatan.
Tindakan Daim itu telah dikritik kerana dikatakan melampau batas dan cuba mencampuri urusan kehakiman.
CEP ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) untuk memberi nasihat kepada kerajaan Pakatan Harapan mengenai langkah-langkah perlu untuk menangani masalah ekonomi dan pentadbiran.
Dr. Mahathir berkata, anggota CEP memberi gambaran adalah lebih elok jika kedua-dua hakim itu meletakkan jawatan kerana jika tidak kerajaan mungkin akan mengambil tindakan menyingkirkan mereka.


.




02 June 2018

Wakil rakyat lompat parti umpama 'tikus' - Mohamad



SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/wakil-rakyat-lompat-parti-umpama-tikus-mohamad-1.671730


Wakil rakyat lompat parti umpama 'tikus' - Mohamad

MOHAMAD HASAN (tengah) bergambar bersama petugas media selepas sidang akhbar di Seremban hari ini. -

MOHAMAD HASAN (tengah) bergambar bersama petugas media selepas sidang akhbar di Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 13 Mei - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan wakil rakyat UMNO yang melompat parti sebagai ‘tikus’ dan hanya memikirkan kepentingan diri selepas parti tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bagaimanapun, beliau melihat tindakan segelintir pemimpin yang berbuat demikian dengan menyertai Pakatan Harapan dari sudut positif kerana dapat membersihkan UMNO dari dalam.
“Apabila kapal pecah, bertempiaranlah tikus lari menyelamatkan diri. Situasi seperti ini bagus juga kerana kita tak mahu tikus ini ada lagi dalam UMNO, kita mahu pejuang yang setia.
“Kita mahu orang yang masuk UMNO bukan kerana mengejar peluang. Langkah pembersihan dalam UMNO perlu walaupun mungkin hilang ahli. Biar yang tinggal benar-benar atas perjuangan parti. UMNO boleh bangkit semula. Lima tahun bukan tempoh yang lama,” katanya.
Bekas Menteri Besar itu berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan tewas dalam PRU-14 apabila memperoleh 16 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 20 milik Pakatan Harapan.
Dalam pada itu, Mohamad turut membidas beberapa Ketua UMNO Bahagian di negeri ini yang mendesak beliau supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi BN negeri ekoran kekalahan tersebut.
Beliau juga berkata, BN Negeri Sembilan akan menjadi pembangkang yang berkredibiliti tanpa membuat fitnah dan tuduhan tidak berasas serta akan memastikan pakatan menunaikan janji-janjinya dalam PRU-14. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/wakil-rakyat-lompat-parti-umpama-tikus-mohamad-1.671730#ixzz5HFAdFnWf
© Utusan Melayu (M) Bhd 






Show evidence, says PM on graft in Sarawak ?!


SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/wawasan-2020-boleh-dicapai-pada-2025-dr-mahathir-1.689753

Wawasan 2020 boleh dicapai pada 2025 - Dr. Mahathir



mahathir

Perdana Menteri pada Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di Tokyo.

TOKYO - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengilhamkan Wawasan 2020 menyatakan matlamat wawasan itu hanya dapat dicapai menjelang tahun 2025 atau mungkin lebih awal lagi.  
Dr. Mahathir berkata, kelewatan itu berpunca daripada pelaksanaan dasar yang tidak sesuai dengan usaha mencapai aspirasi Wawasan 2020.           
Dengan hanya dua tahun lagi menjelang tahun 2020, Dr. Mahathir menyuarakan keraguan tentang kemampuan Malaysia mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi pada masa itu.
"Walaupun kita bekerja keras siang dan malam, saya tidak fikir kita boleh mencapainya pada tahun 2020.
“Mungkin ia akan (mengambil masa) agak lama daripada itu, mungkin tahun 2025 atau mungkin lebih (awal) jika kita mengamalkan dasar yang betul," kata beliau pada Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei di sini hari ini.
Dr. Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat Malaysia semasa beliau mengilhamkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju ketika itu.
Beliau menjadi Perdana Menteri dari  tahun 1981 hingga 2003.
Dr. Mahathir kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Jepun termasuk untuk menghadiri Persidangan Nikkei itu. - Bernama


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
https://www.malaysiakini.com/news/425264


Show evidence, says PM on graft in S'wak

Published on   |  Modified on 

Prime Minister Dr Mahathir Mohamad said those with evidence of corruption in Sarawak should adduce evidence.
"If you can give evidence, I will ask (the authorities to act)," Mahathir told a press conference today.
He said this when asked if his administration would probe corruption regarding the Sarawakian government.
In an exclusive report, Malaysiakini had revealed that Mahathir had received Sarawakian governor Taib Mahmud in Kuala Lumpur last Friday, shortly after assuming office.
This sparked heavy speculation that the ruling coalition in Sarawak may review its position in BN.
Taib had ruled Sarawak from 1981 and 2014 as chief minister - the longest-serving chief executive of Malaysian state ever.
His tenure was riddled with allegations of corruption, unbridled deforestation and that his family members had extensive business interests in government projects.
When asked about the meeting with Taib and whether political cooperation between Pakatan Harapan was in the offing, Mahathir replied:
"We have had nothing to do with the Sarawak government at this moment. We are very busy with the government of this country," he said.
When asked to respond to former Bar Council president Ambiga Sreenevasan's allegation that there was ample evidence to take action against graft in Sarawak, Mahathir said he did not communicate with her.
"Ambiga says so, but you are telling me. Ambiga didn't tell me," he said



.

Johor sultan says will scrutinise new Harapan state gov't



SOURCE:
https://www.malaysiakini.com/news/425315


Johor sultan says will scrutinise new Harapan state gov't

Published on   |  Modified on 





Johor ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has advised the new Pakatan Harapan state government to keep its general election promises, and insisted that he will scrutinise its performance.
In a statement issued on the monarch's official Facebook page, the ruler urged the new government to carry out its duties with honesty and sincerity.
"I will not allow any quarters to betray my state and its people, or try to destroy the unity, prosperity and harmony of Bangsa Johor," he said.
The ruler also urged the new exco lineup to give their full commitment and cooperation to Johor Menteri Besar Osman Sapian.
"If any exco members fail to carry out their duties, I hope the menteri besar will know how to resolve it," he said.
Sultan Ibrahim noted that they are in their positions not to amass wealth, but to serve with integrity, dedication, and fairness.
"The state government must act in accordance to procedure and the law," he said.
The new state government was sworn in earlier today.

.



Mother of Johor sultan dies



SOURCE: 
https://www.malaysiakini.com/news/427950


Mother of Johor sultan dies

Bernama  |  Published on   |  Modified on 





The sultan of Johor’s mother, Enche' Besar Khalsom Abdullah, 83, died in London yesterday

The Johor Royal Press Office conveyed the news in a statement today.
"We inform with great sadness that Enche’ Besar Khalsom Abdullah, the sultan of Johor’s mother has died in London. The Johor council of the Royal Court will make the announcement on the funeral,” it said.
The sultan’s sister Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, also confirmed the news on Twitter today.
- Bernama


.

26 May 2018

Anwar ingatkan wakil rakyat PH tidak amalkan budaya balas dendam !!



SOURCE: 
http://www.kosmo.com.my/terkini/anwar-ingatkan-wakil-rakyat-ph-tidak-amalkan-budaya-balas-dendam-1.679635

Anwar ingatkan wakil rakyat PH tidak amalkan budaya balas dendam

Anwar (kanan) mengaminkan bacaan doa pada Majlis Iftar Perdana di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang,
Anwar (kanan) mengaminkan bacaan doa pada Majlis Iftar Perdana di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh sebentar tadi. Foto oleh SAZALI CHE DIN
SEBERANG PERAI - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) agar menjalankan amanah tanpa mengamalkan budaya membalas dendam.
Namun begitu, Anwar turut mengingatkan bahawa mereka yang melakukan kesalahan perlu dikenakan tindakan mengikut undang-undang.
"Kita ikut proses hukum dan jalur hukum mesti dipatuhi, tetapi andai orang ambil beratus-ratus juta takkan kita nak lepas, kita kena kembalikan wang itu.
"Bagaimanapun kita tidak boleh bergerak atas dasar dendam kerana dendam ialah penyakit hati," katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Beliau ditemui selepas Majlis Iftar Perdana di Yayasan An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh di sini.
Dalam pada itu, Anwar berkata, wakil rakyat PH sepatutnya menjadikan apa yang berlaku di pihak lawan sebagai pengajaran yang sepatutnya tidak diulangi.
"Kita dah menang, jadi tak perlu menyerang lagi lawan kerana tumpuan kita adalah untuk memastikan siapa yang menang untuk pikul amanah dengan baik, tunjuk kesederhanaan serta elak kegiatan-kegiatan boros dan rasuah yang kita serang dahulu. 
"Ini tanggungjawab kita. Tugas kita besar dan rakyat harus bantu pantau keadaan ini supaya tidak berulang," katanya lagi. - K! ONLINE


.