FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

30 November 2018

NIKAH BAWAH UMUR DI KELANTAN !



SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nikah-bawah-umur-satu-keperluan-di-kelantan-1.795962

Nikah bawah umur ...di Kelantan


MOHD NASSURUDDIN DAUD (duduk, lima dari kanan) bersama sebahagian ahli jawatankuasa penganjur dan pa


KOTA BHARU 28 Nov. - Perkahwinan bawah umur adalah wajar dan selaras dengan hukum syarak malah menjadi satu ke­perluan di Kelantan sebagaimana termaktub dalam peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 yang membenarkannya dengan syarat mendapat keizinan bertulis mahkamah.
Dalam masa sama, tiada ke­perluan untuk meminda umur minimum pasangan beragama Islam di negeri ini iaitu 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan yang telah ditetapkan dalam peruntukan enakmen tersebut.


Ini adalah antara tujuh resolusi yang dicapai dalam Persidangan Meja Bulat Perkahwinan Bawah Umur : Penilaian dan Pendekatan Holistik anjuran bersama Kerajaan Pas Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) dan Pertubuhan Lepasan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Kelantan di sini kelmarin.


Persidangan itu juga turut menolak Konvensyen Me­­­ngenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang mendesak agar kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan berkahwin tanpa sebarang pengecualian.
“Dua konvensyen ini tidak sesuai dilaksanakan khususnya bagi orang Islam di Kelantan mengambil kira kebejatan sosial hari ini serta telah wujud­nya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang dan Piawaian Operasi Standard (SOP) yang digariskan.
“Kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesedia­an mendirikan rumahtangga seperti kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya,” kata resolusi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
Persidangan tersebut mengumpulkan 80 peserta mewakili pelbagai jabatan dan institusi termasuk perkongsian beberapa panelis antaranya pakar undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal; Presiden Persa­tuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Rosediani Muhamad.
Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KOMEN:  Orang Islam ada syariah (iaitu, undang-undang Islam), dan undang-undang Islam adalah lebih TINGGI nilainya jika dibanding dengan undang-undang civil Barat. 


Orang Barat memang tidak suka mendengar yang undang-undang civil mereka kurang nilai jika dibandingkan dengan undang-undang syariah, tetapi itu adalah hakikatnya! 

Undang-undang Islam adalah TINGGI nilainya disebabkan ianya berlandaskan kepada Quran, Sunnah dan akal fikiran manusia (jika dibandingkan dengan undang-undang Barat yang hanya berlandaskan kepada akal manusia semata-mata!!). Harap semua pihak faham. 


.

26 November 2018

Presiden Sri Lanka arah siasat rasuah kerajaan terdahulu



Source:
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/114203

Presiden Sri Lanka arah siasat rasuah kerajaan terdahulu






Presiden Sri Lanka melantik sebuah suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan penyelewengan dilakukan kerajaan terdahulu yang diketuai bekas perdana menteri disingkirkan, Ranil Wickremesinghe. – Gambar EPA, 26 November, 2018.



PRESIDEN Sri Lanka Maithripala Sirisena akan melantik sebuah suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan penyelewengan dilakukan kerajaan terdahulu yang diketuai bekas perdana menteri disingkirkan, Ranil Wickremesinghe.
Bercakap kepada Persatuan Wartawan Asing pada Ahad, Sirisena berkata beliau tidak berniat menentang perlembagaan negara dengan menyingkirkan Wickremesinghe dan melantik bekas presiden Mahinda Rajapakse mengambil alih jawatan itu.
Menurutnya tindakan berkenaan diambil kerana kerajaan pimpinan bekas perdana menteri itu didakwa terlibat dalam penipuan dan rasuah, lapor agensi berita Xinhua.
“Suruhanjaya baharu akan menyiasat rasuah dan penipuan dilakukan, saya yakin berlaku penipuan yang serius,” katanya.
Katanya, beliau tidak akan melantik semula Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri walaupun kerajaan semasa diketuai Mahinda Rajapakse gagal memperolehi majoriti di Parlimen.
“Saya akan melantik seseorang yang boleh bekerja dengan saya dan dasar ekonominya yang memberi manfaat kepada negara.”
Sri Lanka dicengkam kemelut politik serius selepas pemecatan Wickremesinghe pada 26 Oktober, apabila bekas perdana menteri itu dan partinya, Parti Bersatu Kebangsaan (UNP) mendakwa presiden telah melanggar perlembagaan dengan memecatnya.
UNP berkata kerajaan sementara yang dilantik Sirisena tidak dapat diteruskan kerana kalah dalam undi tidak percaya di Parlimen.
Keputusan itu bagaimanapun ditolak Sirisena dengan mengatakan ia dilaksanakan tidak mengikut peraturan perlembagaan oleh Speaker Karu Jayasuriya.
Presiden mahu Parlimen mengadakan semula undian mengikuti semua tradisi parlimen.
Pada minggu lepas seramai 122 ahli Parlimen Sri Lanka turut memfailkan tuntutan di mahkamah berhubung penubuhan kerajaan baharu.
Sirisena mempertahankan bahawa krisis yang berlaku sekarang tidak serius dan menjejaskan kehidupan rakyat Sri Lanka, selain memberi jaminan ia akan diselesaikan tidak lama lagi. – Bernama, 26 November, 2018.
.

Penasihat DAP Perak isytihar aset terbanyak RM75.81 juta



Source:
https://www.projekmm.com/s/1696293/penasihat-dap-perak-isytihar-aset-terbanyak-rm75.81-juta



Penasihat DAP Perak isytihar aset terbanyak RM75.81 juta


Datuk Ngeh Koo Ham mengisytihrtkan asetnya bersama keluarga RM75.81 juta. — Foto oleh  Yusof Mat Isa



Datuk Ngeh Koo Ham mengisytihrtkan asetnya bersama keluarga RM75.81 juta. — Foto oleh Yusof Mat Isa




KUALA LUMPUR, 23 Nov — Penasihat DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham memiliki nilai aset paling tinggi di kalangan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).
Ahli parlimen Beruas mengisytihrtkan asetnya bersama keluarga RM75.81 juta berdasarkan portal perisytiharan harta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berada di tangga kedua dengan nilai aset RM32.35 juta yang dikumpul bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pula mengisytiharkan aset RM23 juta yang dikumpul bersama isteri.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah mengisytiharkan aset RM15.3 juta .....




ALSO SEE:  https://mydeclaration.sprm.gov.my/

.

16 November 2018

Geng pecah rumah guna dron tumpas !!




Source:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/395243/geng-pecah-rumah-guna-dron-tumpas-metrotv

Geng pecah rumah guna dron tumpas



Nur Aqidah Azizi
nur@nstp.com.my

POLIS menumpaskan sebuah kumpulan penjenayah yang menggunakan dron bagi mengawasi kawasan sasaran rompakan sebagai modus operandi dengan tangkapan empat suspek di Taman Merpati, Seremban, semalam.
Suspek diberkas sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dua jam selepas melakukan jenayah itu di taman perumahan terbabit dan turut membawa kepada penemuan wang tunai berjumlah RM514,275.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang kerugian RM350,000 selepas rumahnya dipecah masuk, jam 3.15 petang semalam.


Katanya, berdasarkan maklumat awam, polis berjaya menjejaki dan memberkas dua suspek lelaki berusia 23 dan 27 di sebuah hotel di Seremban sebelum memberkas seorang lagi lelaki berusia 47 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 22 tahun di lokasi sama. 


“Polis kemudian dibawa suspek ke sebuah bilik hotel berkenaan dan menemui wang tunai sebanyak RM206,550 serta lapan utas jam tangan mewah, enam resit pembelian barang kemas, rantai serta subang emas dan perak,” katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.
Thiew berkata, siasatan lanjut turut menemukan wang tunai RM260,000 di dalam satu daripada tiga kenderaan milik suspek yang terdiri daripada Toyota Velfire dan dua Honda City yang diletakkan di tempat letak kereta hotel berkenaan.
Selain itu katanya, polis turut menemui peralatan pecah rumah, dua komputer riba, kad pengenalan milik individu lain, pelbagai nombor pendaftaran kereta dan lesen memandu dipercayai milik mangsa.
“Satu set dron dan alat kawalan jauh turut ditemui. Berdasarkan siasatan awal, suspek mengakui dron digunakan bagi mengawasi kawasan sasaran ketika mereka sedang melakukan rompakan,” katanya.
Katanya, suspek dipercayai menggunakan kereta mewah dan menunjukkan kad pengenalan orang lain untuk memasuki kawasan perumahan yang dikawal oleh pengawal keselamatan.
“Mereka kemudiannya akan menekan loceng rumah sasaran dan sekiranya tidak dijawab, mereka akan mula memecah masuk rumah berkenaan,” katanya.
Thiew berkata, ujian saringan air kencing terhadap keempat-empat suspek mendapati semua suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 11 kes pecah rumah di negeri ini, lapan kes di Selangor, Kuala Lumpur (3) Perak (4) dan lapan kes di Johor dengan tumpasnya kumpulan yang dipercayai bergerak aktif sejak awal tahun ini.
“Siasatan awal juga mendapati, kumpulan ini turut memilih untuk menginap di hotel bagi mengelak dikesan. Mereka juga beberapa kali menginap di hotel yang sama sebelum ini,” katanya.
Katanya, keempat-empat suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018


.

14 November 2018

Indonesian woman who lost fiance in Lion Air crash goes ahead with their planned wedding ?!





Source:
https://www.thestar.com.my/news/regional/2018/11/14/indonesian-woman-who-lost-fiance-in-lion-air-crash-goes-ahead-with-their-planned-wedding/



Indonesian woman who lost fiance in Lion Air crash goes ahead with their planned wedding


Intan Syari and her late fiance had decided on Nov 11 as their wedding day.PHOTO: COURTESY OF INTAN SYARI.


JAKARTA (The Straits Times/Asia News Network): An Indonesian woman who lost her fiance in last month's Lion Air plane crash near Jakarta went ahead with their planned wedding alone, to fulfil his last wish.
Hospital staffer Intan Syari, 26, and Rio Nanda Pratama, a medical doctor, had hired an event organiser named "Adiela" and decided on Nov 11 as their wedding day.
Rio, 26, was among the 189 people on board Lion Air Flight JT610 that crashed 13 minutes after take-off from Jakarta on Oct 29. The plane was bound for Pangkal Pinang. He was returning home after attending a conference in Jakarta.
It was Indonesia's worst aviation disaster since a Garuda Indonesia plane crashed in Medan in 1997, killing all 234 people on board.

.

14 October 2018

WANG DI BUANG DI TONG SAMPAH ?!



SOURCE:
http://www.sinarharian.com.my/global/ingat-sampah-rupanya-duit-1.889246

Ingat sampah, rupanya duit...

Ingat sampah, rupanya duit...
Bungkusan wang yang disangka sampah oleh Li Man.
HAINAN - CHINA. Sikap jujur seorang tukang sapu menemukan wang berjumlah 150,000 yuan (RM91,429.80) di dalam sampah dihargai.
Bagaimanapun, Li Man enggan menerima hadiah untuk membalas kejujurannya dan tidak perlu mengucapkan terima kasih kerana dia melakukan perkara yang betul.


Memetik South China Morning Post, Li Man menemui beg itu ketika dia membersihkan jalan di daerah komersial Haikou,  ibu kota wilayah pulau Hainan.
Beg itu menarik perhatiannya kerana berat dan dia memberitahu media ketika membuka beg berkenaan terkejut terdapat sebuah beg kecil yang dipenuhi dengan 100 yuan.
"Beg ini secara tidak sengaja terjatuh di sini dan pemiliknya mesti sangat bimbang. Saya perlu pastikan ia dikembalikan dengan cepat," katanya memberitahu Haikou TV.
Selepas menghubungi pengurusnya, Li mengambil beg itu dan di bawa ke balai polis tempatan.
Dalam pada itu, polis melakukan siasatan berdasarkan susunan resit yang ditemui bersama wang tunai dan menemukan maklumat ia milik seorang ahli perniagaan yang berpengalaman bernama Zhu.



30 September 2018

Penjawat awam minum air ketum meningkat ?!!



SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/negara/penjawat-awam-minum-air-ketum-meningkat-di-putrajaya-1.756699


Penjawat awam minum air ketum meningkat di Putrajaya

air ketum
Gambar hiasan.
PUTRAJAYA - Kes penyalahgunaan air ketum khususnya dalam kalangan penjawat awam di Pusat Pentadbiran Kerajaan telah menunjukkan peningkatan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, rekod Ibu Pejabat Daerah Putrajaya menunjukkan sebanyak 58 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama pada tahun ini berbanding 30 tangkapan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.
Bagi tempoh yang sama, beliau berkata, polis juga melakukan 29 rampasan pada tahun ini berbanding 16 rampasan pada tahun lepas.
“Siasatan awal polis mendapati mereka mendapatkan daun ketum ketika balik kampung dan diproses di sini untuk kegunaan sendiri atau diagih kepada rakan-rakan bukan untuk dijual secara besar-besaran. 
“Polis Putrajaya akan meningkatkan pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran IPD Putrajaya di sini hari ini.  
Beliau menambah bahawa rampasan terbaharu adalah pada dua minggu lepas di mana polis merampas 23 botol (1.5 liter) air ketum siap diproses di sebuah premis di Presint 18.
Rosly berkata, rampasan dan tangkapan dibuat di kawasan perumahan dan juga kaunter agensi kerajaan di Presint 1, Presint 9, Presint 11 dan Presint 18 serta suspek berusia antara 20 hingga 40 tahun. - Bernama 


.