FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

27 November 2010

Yayasan Selangor & Kepincangan !

Komen:
Majlis Makan Tengah hari yang tidak munasabah makan diri sendiri... ITU lah tutup mata dan 'sign' sebarangan tender (atau mereka turut terlibat dalam rasuah). Biarlah mahkamah menyiasat. Mereka yang amal rasuah, perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka!
(27th November 2010)

SPRM ambil kenyataan dua pegawai Yayasan Selangor
SHAH ALAM 26 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengambil kenyataan dua pegawai Yayasan Selangor bagi membantu siasatan kos tidak munasabah majlis makan tengah hari sempena sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang mencecah RM300,000.

Kenyataan kedua-dua pegawai terlibat yang masing-masing dari bahagian perundangan dan sumber manusia itu diambil di ibu pejabat yayasan tersebut di Petaling Jaya. Difahamkan, SPRM turut mengambil beberapa dokumen dari pejabat kedua-dua pegawai terlibat untuk membantu siasatan.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki yang dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu. Menurut Ilham, beliau diberitahu mengenai kedatangan SPRM ke pejabat yayasan melalui telefon kerana berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

"Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM hingga siasatan kes ini selesai," katanya. Isnin lalu, SPRM menahan seorang pegawai kanan Yayasan Selangor bagi membantu siasatan kos tidak munasabah majlis makan tengah hari itu. SPRM kemudian mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu terhadap pegawai kanan yang sedang menjalani arahan cuti bergaji selama sebulan itu yang akan berakhir 29 November ini.

Semalam, SPRM mengambil kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantu siasatan yang sama. Bagaimanapun pihak Sekretariat Akhbar Menteri Besar hari ini memaklumkan bahawa kunjungan SPRM itu bukan bertujuan mengambil keterangan daripada Menteri Besar seperti yang dilaporkan.

Tetapi kunjungan yang diketuai Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad itu bertujuan memaklumkan kepada Menteri Besar secara rasmi berkenaan penahanan seorang pegawai kanan Yayasan Selangor sebelum ini.



23 November 2010

Pekerja Asing Tak Beradab (di Malaysia)

http://www.hmetro.com.my/articles/Pekerjaasingtakberadab/Article (23 November 2010)


Pekerja asing tak beradab
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohd Zaidi Ya’acob

MELAKA: Cara hidup negatif pekerja industri warga asing dari Nepal, Bangladesh dan Vietnam yang menyewa rumah di Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh, dekat sini, menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk tempatan. Selain berkongsi sehingga 20 orang dalam sebuah rumah yang dijadikan asrama, pekerja asing terbabit tidak menjaga kebersihan selain kerap membuat bising dan bergaduh.

Keadaan bertambah buruk apabila mereka melakukan perbuatan memalukan apabila mandi di luar rumah dalam keadaan separuh bogel dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Difahamkan, masalah terbabit berlarutan sejak sekian lama, namun belum diatasi sepenuhnya apabila pekerja asing terbabit ‘keras kepala’ dan enggan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan mahupun menghormati adab dan budaya masyarakat tempatan.

Susulan aduan penduduk di taman itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Kamarudin Md Shah mengarahkan satu operasi pendatang tanpa izin dijalankan di kawasan terbabit, baru-baru ini. Operasi bermula jam 8 malam disertai seramai 69 orang anggota dari MPHTJ, Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri.
Ia diketuai Pengarah Penguat Kuasa MPHTJ, Mohd Sham Dali dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Muhammad Munir Sharabudin bertujuan memastikan semua warga asing yang bekerja di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mempunyai permit dan pasport selain aspek kebersihan dan keselamatan penduduk terjamin.

Sepanjang operasi, sebanyak 21 rumah di Lorong Setia 1 dan 3 di taman berkenaan diserbu dan dua rumah didiami penghuni warga Vietnam, Bangladesh (sebuah) dan Nepal (18 buah).

Rumah terbabit dihuni ramai warga asing yang bekerja di kilang memproses makanan berhampiran di Taman Perindustrian Ayer Keroh. Pelbagai karenah warga asing khususnya lelaki antaranya ada yang mandi dengan hanya memakai seluar dalam di luar rumah beramai-ramai sambil membasuh pakaian tanpa mempedulikan kehadiran anggota penguat kuasa.

Selain itu, keadaan rumah terbabit amat menjijikkan dan kotor serta berbau busuk dengan pakaian bergantungan di dinding dan tingkap serta katil, tandas tersumbat, peralatan memasak berselerakan dan sampah-sarap bertaburan. Kamarudin berkata, dalam operasi itu, seramai 360 warga Nepal, 40 warga Vietnam dan 20 warga Bangladesh diperiksa dan semua mereka didapati mempunyai dokumen serta permit yang sah.

Katanya, walaupun tiada tangkapan dilakukan, pihaknya memandang serius pelbagai masalah timbul di penempatan warga asing terbabit. “Operasi seumpamanya akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mencegah kebanjiran pendatang tanpa izin selain mencegah pelbagai masalah berkaitan termasuk kebersihan bagi menjamin keselesaan dan kesihatan penduduk,” katanya.


KOMEN:

Operasi pihak berkuasa tempatan dan PDRM tidak sepatutnya terhad kepada pemeriksaan dokumen dan permit dan paspot pekerja asing tersebut, dalam kebanyakan kes, mereka ini mempunyai dokumen kerja yang sah... Tetapi, itu bukanlah isu dalam kebanyakan kes, isu-isu yang perlu diatasi pihak berkuasa ialah:

1- Pekerja asing perlu menghormati jiran dan tidak membuat bising terutamanya selepas 12 mlm. Contohnya, undang-undang di Republik Singapura tidak membenarkan orang ramai membuat bising dan mengganggu jiran selepas pukul 12 mlm, dan mereka yang engkar boleh didakwa di mahkamah.

2- Membuang sampah di merata tempat dan membuat kotor. Undang-undang di Malaysia juga tidak membenarkan orang ramai membuang sampah di merata tempat, dan mereka yang didapati membuat hanya putung rokok juga boleh didakwa di mahkamah, dan dihukum penjara atau denda. Kenapa tidak pekerja asing tersebut didenda sebagai pengajaran?!

3- Menduduki lebih dari 10 orang dalam satu rumah. Ini jelas melanggar kontrak sewa rumah (House Lease). Sebagai contoh, dalam kontrak sewa rumah saya, saya ada menjelaskan bahawa tidak lebih daripada 8 orang didalam rumah tersebut, kalau lebih orang, mereka perlu keluar, atau disuruh bayar mengikut kepala, dan segala kerosakan perlu di bayar gantirugi. Selain itu, tuan rumah mempunyai hak untuk datang dan memeriksa 'keadaan' rumah.
Dalam kes di atas, jelas Tuan Rumah tidak mengetahui hak mereka, atau mereka hanya tahu kira untung (tanpa mengambil kira aspek kebersihan, hormat jiran, kebisingan, dsb).

14 November 2010

PKR, Diktator dan Kepincangan...

(14th November 2010)

Anwar pemimpin diktator PKR
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Nov. - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdiam diri tanpa mahu mengambil sebarang tindakan berhubung kepincangan dalam pemilihan parti itu membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin diktator.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, langkah berdiam diri Anwar itu sebenarnya bertujuan melindungi kepentingan 'anak emasnya' iaitu Naib Presiden PKR, Azmin Ali bagi memenangi perebutan jawatan timbalan presiden parti. Katanya, tindakan Anwar itu menyebabkan ramai pemimpin kanan PKR bertindak meninggalkan parti manakala Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam parti dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden, Isnin lalu.

"Sekiranya Anwar memang benar-benar pejuang demokrasi, dia sepatutnya membatalkan proses pemilihan PKR yang menerima lebih 100 laporan kepincangan dan mengadakan pemilihan semula secara telus.

"Namun, adat seorang diktator, Anwar tidak akan melakukan apa- apa kerana semua tahu dia hanya mahukan orang kesayangannya, Azmin memenangi jawatan kedua tertinggi PKR, itu sahaja," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Mohammad Fairus yang juga bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar yang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin tidak demokratik kerana tidak dipilih secara terbuka sebagai pemimpin parti itu.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, Anwar juga enggan mengesahkan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi PKR dengan bertanding jawatan presiden parti. Katanya, ini kerana Anwar sedar sekiranya bertanding jawatan presiden, beliau akan berhadapan dengan kritikan serta pendedahan dalam pelbagai perkara seperti kes liwat yang sedang dihadapinya di mahkamah.

"Anwar tahu permainan politik PKR sangat kotor dan dia tidak mahu mengambil risiko dimalukan oleh para pesaingnya jika beliau bertanding jawatan presiden.

"Selain pertuduhan liwat di mahkamah, para pesaing Anwar dalam jawatan itu (sekiranya Anwar bertanding jawatan Presiden PKR) pasti akan mengaitkannya dengan Azmin, lalu semakin buruk kredibilitinya," katanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm (14th November 2010)

Hentikan pemilihan MPP PKR

PETALING JAYA 13 Nov. - Satu demi satu dakwaan mengenai ketidakadilan dalam proses pemilihan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilontarkan oleh ahli-ahli parti itu. Hari ini, sekumpulan 300 orang yang mendakwa ahli parti itu mengadakan demonstrasi di hadapan Pejabat PKR Pusat di sini bagi mendesak supaya pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang sedang berlangsung dihentikan.

Rata-rata daripada mereka mendakwa pemilihan PKR yang sedang berlangsung tidak dilakukan dengan adil, sebaliknya hanya mementingkan individu tertentu. Dalam demonstrasi aman itu, kumpulan berkenaan turut membawa beberapa kain rentang yang mengutuk pemimpin tertinggi PKR selain mahu pemilihan parti diadakan semula.

Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur hadir menaiki tiga bas serta beberapa van sejak pukul 10 pagi. Difahamkan kumpulan itu merupakan ahli PKR dari Selayang, Hulu Selangor, Tanjung Malim, Subang dan Batu Kawan (Pulau Pinang). Perhimpunan itu bagaimanapun selesai pada pukul 12 tengah hari.

Turut kelihatan ialah Bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.S. Jenapala; Bekas Bendahari PKR Selangor, S. Kottapan dan Bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Selayang, Datuk Mazlan Hassan. Seorang daripada wakil kumpulan itu yang juga bekas calon Ketua Cabang PKR Selayang, B. Rajendran ketika ditemui pemberita berkata, demonstrasi tersebut diadakan bagi mendesak pemilihan MPP dihentikan serta-merta.

"Sebagai ahli PKR, kami tidak boleh menerima sekiranya pemilihan MPP tetap dijalankan kerana ia tidak dilakukan dengan telus.

"Pemimpin atasan PKR perlu menyelesaikan dahulu penggantungan beberapa cabang serta masalah lain sebelum meneruskan pemilihan MPP," dakwanya yang merupakan Ketua Komuniti Kaum India Parlimen Selayang. Seorang lagi ahli PKR, Abdul Razak Mohd. Jalil berkata, pemimpin tertinggi PKR seharusnya memandang serius demonstrasi yang diadakan itu. Ini kerana, katanya, demonstrasi itu merupakan suara akar umbi yang mahukan keadilan dan ketelusan dalam pemilihan pemimpin parti.

"Sebagai wakil dari Selayang, kami mendesak supaya pemilihan MPP dihentikan sementara pemilihan cabang dilakukan semula dengan lebih adil.

"Sekarang rakan-rakan lain telah mula hilang keyakinan dengan PKR, namun mereka masih menunggu jika pemimpin tertinggi dapat melakukan sesuatu. Sekiranya tiada sebarang perubahan, mungkin mereka tidak akan bersama PKR lagi," jelasnya.

Beginda Murtad: JAIS Minta Bantuan JAKIM


Beginda Murtad: JAIS Minta Bantuan Jakim
KUCHING 13 Nov. - Sarawak akan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyiasat dan mengesahkan sama ada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Beginda Minda sebelum ini merupakan seorang Islam atau sebaliknya.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) tidak mempunyai rekod yang mengatakan Beginda atau nama Islamnya, Nor Azman Abdullah telah memeluk Islam. Jelasnya, Beginda juga tidak pernah mengaku kepada jabatan tersebut dia seorang Islam atau tidak pernah keluar daripada Islam walaupun namanya menunjukkan dia seorang Islam.

''Kita akan menyiasat perkara ini dan kerajaan negeri akan meminta bantuan Jakim yang akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam lain di negara ini untuk membantu sama ada Beginda pernah mempunyai rekod sebagai seorang Muslim atau tidak. ''Sebaik sahaja kita mendapat laporan itu, kita akan membuat susulan mengenai perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.