http://www.hmetro.com.my/articles/Pekerjaasingtakberadab/Article (23 November 2010)
Pekerja asing tak beradab
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohd Zaidi Ya’acob
MELAKA: Cara hidup negatif pekerja industri warga asing dari Nepal, Bangladesh dan Vietnam yang menyewa rumah di Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh, dekat sini, menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk tempatan. Selain berkongsi sehingga 20 orang dalam sebuah rumah yang dijadikan asrama, pekerja asing terbabit tidak menjaga kebersihan selain kerap membuat bising dan bergaduh.
Pekerja asing tak beradab
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Mohd Zaidi Ya’acob
MELAKA: Cara hidup negatif pekerja industri warga asing dari Nepal, Bangladesh dan Vietnam yang menyewa rumah di Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh, dekat sini, menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk tempatan. Selain berkongsi sehingga 20 orang dalam sebuah rumah yang dijadikan asrama, pekerja asing terbabit tidak menjaga kebersihan selain kerap membuat bising dan bergaduh.
Keadaan bertambah buruk apabila mereka melakukan perbuatan memalukan apabila mandi di luar rumah dalam keadaan separuh bogel dan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Difahamkan, masalah terbabit berlarutan sejak sekian lama, namun belum diatasi sepenuhnya apabila pekerja asing terbabit ‘keras kepala’ dan enggan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan mahupun menghormati adab dan budaya masyarakat tempatan.
Susulan aduan penduduk di taman itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Kamarudin Md Shah mengarahkan satu operasi pendatang tanpa izin dijalankan di kawasan terbabit, baru-baru ini. Operasi bermula jam 8 malam disertai seramai 69 orang anggota dari MPHTJ, Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Imigresen, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kesihatan Negeri.
Ia diketuai Pengarah Penguat Kuasa MPHTJ, Mohd Sham Dali dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Muhammad Munir Sharabudin bertujuan memastikan semua warga asing yang bekerja di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mempunyai permit dan pasport selain aspek kebersihan dan keselamatan penduduk terjamin.
Sepanjang operasi, sebanyak 21 rumah di Lorong Setia 1 dan 3 di taman berkenaan diserbu dan dua rumah didiami penghuni warga Vietnam, Bangladesh (sebuah) dan Nepal (18 buah).
Rumah terbabit dihuni ramai warga asing yang bekerja di kilang memproses makanan berhampiran di Taman Perindustrian Ayer Keroh. Pelbagai karenah warga asing khususnya lelaki antaranya ada yang mandi dengan hanya memakai seluar dalam di luar rumah beramai-ramai sambil membasuh pakaian tanpa mempedulikan kehadiran anggota penguat kuasa.
Selain itu, keadaan rumah terbabit amat menjijikkan dan kotor serta berbau busuk dengan pakaian bergantungan di dinding dan tingkap serta katil, tandas tersumbat, peralatan memasak berselerakan dan sampah-sarap bertaburan. Kamarudin berkata, dalam operasi itu, seramai 360 warga Nepal, 40 warga Vietnam dan 20 warga Bangladesh diperiksa dan semua mereka didapati mempunyai dokumen serta permit yang sah.
Katanya, walaupun tiada tangkapan dilakukan, pihaknya memandang serius pelbagai masalah timbul di penempatan warga asing terbabit. “Operasi seumpamanya akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mencegah kebanjiran pendatang tanpa izin selain mencegah pelbagai masalah berkaitan termasuk kebersihan bagi menjamin keselesaan dan kesihatan penduduk,” katanya.
KOMEN:
Operasi pihak berkuasa tempatan dan PDRM tidak sepatutnya terhad kepada pemeriksaan dokumen dan permit dan paspot pekerja asing tersebut, dalam kebanyakan kes, mereka ini mempunyai dokumen kerja yang sah... Tetapi, itu bukanlah isu dalam kebanyakan kes, isu-isu yang perlu diatasi pihak berkuasa ialah:
1- Pekerja asing perlu menghormati jiran dan tidak membuat bising terutamanya selepas 12 mlm. Contohnya, undang-undang di Republik Singapura tidak membenarkan orang ramai membuat bising dan mengganggu jiran selepas pukul 12 mlm, dan mereka yang engkar boleh didakwa di mahkamah.
2- Membuang sampah di merata tempat dan membuat kotor. Undang-undang di Malaysia juga tidak membenarkan orang ramai membuang sampah di merata tempat, dan mereka yang didapati membuat hanya putung rokok juga boleh didakwa di mahkamah, dan dihukum penjara atau denda. Kenapa tidak pekerja asing tersebut didenda sebagai pengajaran?!
2- Membuang sampah di merata tempat dan membuat kotor. Undang-undang di Malaysia juga tidak membenarkan orang ramai membuang sampah di merata tempat, dan mereka yang didapati membuat hanya putung rokok juga boleh didakwa di mahkamah, dan dihukum penjara atau denda. Kenapa tidak pekerja asing tersebut didenda sebagai pengajaran?!
3- Menduduki lebih dari 10 orang dalam satu rumah. Ini jelas melanggar kontrak sewa rumah (House Lease). Sebagai contoh, dalam kontrak sewa rumah saya, saya ada menjelaskan bahawa tidak lebih daripada 8 orang didalam rumah tersebut, kalau lebih orang, mereka perlu keluar, atau disuruh bayar mengikut kepala, dan segala kerosakan perlu di bayar gantirugi. Selain itu, tuan rumah mempunyai hak untuk datang dan memeriksa 'keadaan' rumah.
Dalam kes di atas, jelas Tuan Rumah tidak mengetahui hak mereka, atau mereka hanya tahu kira untung (tanpa mengambil kira aspek kebersihan, hormat jiran, kebisingan, dsb).