Buddhism teaches PEACE and humanity and morality - so much so that one cannot killed animals - YET its okay to killed the Rohingya people ??!! This is NOT true Buddhism.
The civilized world and citizens must REJECT the killing and genocide of the innocent.
Furthermore, its against national and International laws.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DHAKA 25 Nov. - Myanmar didakwa sedang melakukan pembersihan penduduk Islam Rohingya ketika ribuan kumpulan pelarian yang tiba di Bangladesh menceritakan pengalaman ngeri mereka melihat insiden rogol secara berkumpulan, penyeksaan dan pembunuhan di Rakhine,
Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), John McKissick ketika ditemui portal BBC di bandar Cox’s Bazar yang bersempadan dengan Myanmar berkata, tentera Myanmar menembak mati lelaki Rohingya, membunuh dengan kejam kanak-kanak dan merogol wanita manakala rumah penduduk dibakar ataupun barang mereka dirampas.
“Sukar untuk kerajaan Bangladesh mengatakan pintu sempadannya dibuka kerana ia akan menggalakkan kerajaan Myanmar meneruskan kekejaman dan menghalau etnik Rohingya sehingga matlamat utama mereka iaitu membersihkan kaum minoriti itu dari Myanmar,” kata McKissick.
Kenyataan McKissick itu ternyata mengundang kemarahan Myanmar yang membidas kenyataan berkenaan.
“Saya ingin bertanyakan profesionalisme dan etika yang diguna pakai dan dipatuhi oleh kakitangan PBB.
“Beliau sepatutnya bercakap berdasarkan fakta yang betul dan kukuh dan bukannya membuat dakwaan,” kata jurucakap kepada Presiden Myanmar, Zaw Htay.
Zaw Htay menambah, dakwaan McKissick bukanlah pertuduhan yang pertama kali dilemparkan terhadap Myanmar.
Lebih daripada 30,000 etnik Rohingya meninggalkan rumah mereka di Myanmar bagi melarikan diri daripada keganasan tentera ke negara jiran tetapi Dhaka menolak desakan antarabangsa yang meminta Bangladesh membuka pintu sempadannya bagi mengelak krisis kemanusiaan lebih buruk.
Sementara itu, seorang pelarian, Deen Mohammad berkata, pihak tentera bertindak mengurung kira-kira 50 wanita dalam sebuah rumah dan mengunci mereka dalam sebuah bilik sebelum mereka diseksa dan dirogol.
Deen yang kehilangan dua anak lelakinya kerana ditahan tentera, berkata rumah penduduk turut dibakar, sama seperti pengakuan pelarian yang tiba di Bangladesh.
Menurut pertubuhan Human Right Watch, mereka mendapati lebih 1,000 rumah penduduk di perkampungan Rohingya dibakar berdasarkan imej satelit yang diperoleh tetapi tentera menafikannya. – AFP
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perbuatan tidak berperikemanusiaan pihak berkuasa yang sepatutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.
Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.
Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanyalah sebahagian daripada penderitaan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.
Pertubuhan itu mengutuk sekeras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.
Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan helikopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya. “Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.
“Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw,” jelas kenyataan badan itu.
Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rakhine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manakala 300 yang lain cedera.
“Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh,” menurut badan tersebut. Selain itu, sebanyak 3,500 buah rumah dibakar atau dimusnahkan, mengakibatkan sekurang-kurangnya 30,000 penduduk hilang tempat tinggal.
Mengukuhkan dakwaan itu, kakitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh menganggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.
Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar. Bagaimanapun, pengawal sempadan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.
“Sebanyak 86 penduduk Rohingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir,” kata pegawai pemerintah tentera di Cox’s Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.
Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar. – REUTERS