FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

21 December 2017

Stop probing UM prof immediately over (so-called) article on radicalism !



Source:
https://www.malaysiakini.com/news/406078
(20 Dec 2017)



Stop probing UM prof immediately over article on radicalism, says SIS

Published: Today 4:50 pm

Sisters in Islam (SIS) has called for the immediate stop in the investigation against law professor Shad Saleem Faruqi over an op-ed published in a national newspaper last month.
In a statement, the advocacy group said that Shad, as an academic whose interest and expertise lies in constitutional matters and Islamic policies, had acted within his professional boundaries when he commented on religious radicalism in his recent article in The Star daily. 
"Where do we draw the line in identifying individuals that disrupt public peace and those that promote peace, harmony and tolerance through academic discourse?
"Or does the provision only apply to certain institutions and individuals?
"We should take cognisance of Imam Malik’s statement that ‘Diversity of opinion is Allah’s gift to the ummah,’ and any imposition of one particular opinion would be tantamount to destroying this divine gift," said SIS, adding that the probe against Shad was a "blatant abuse of power in an attempt to subdue freedom of expression."
The Universiti Malaya professor is being investigated under Section 504 of the Penal Code, which deals with intentional insult with intent to provoke a breach of peace, and carries up to two years imprisonment, a fine, or both upon conviction.
The Malaysia Islamic Strategic Research Institute (Iksim) had lodged a report over Shad's article “Religious radicalism on the rise” that was carried by The Star, in which he had argued against the institute's position on secularism, on the Federal Constitution being subservient to Islam, and on the enforcement of religious laws.
SIS also urged an end to the "systematic demonising and shutting down of diverse voices" concerning matters related to Islam. 
"As Malaysians who value democracy, the rule of law and values that promote harmony, tolerance and peace within society, we call upon academics, activists and the public to speak up and push back against the intimidation of academics and the suppression of academic freedom."
Yesterday, civil rights group Lawyers for Liberty voiced similar concerns, saying the probe against Shad amounted to an attack on academia and the freedom of speech.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/406078#8EjK8OwVGwU0G6Bd.99



Custodial death: Court awards family RM184,000



Source:
https://www.malaysiakini.com/news/396754

Custodial death: Court awards family RM184k

Published: 29 Sep 2017,

The High Court in Penang today awarded the family of death in police custody victim Cheah Chin Lee RM184,000 in a negligence suit filed against the government.


The defendants in the case were the federal government, then inspector-general of police Ismail Omar, then Rela director-general Mustafa Ibrahim, 14 Rela members and the policemen who were on duty when Chin Lee was in custody at the Tanjung Tokong police station lock-up.
Cheah’s mother Lim Gaik Suan, 71, and sister Cheah Saw Imm, 51, were awarded the amount, with a five percent interest from the date of filing on Aug 18, 2015.
In his judgment, judicial commissioner Abdul Wahab Mohamed said the defendants were liable for Chin Lee’s death in the lock-up.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/396754#E5ewxf66ixDiztO2.99



.

20 December 2017

Dividen Tabung Haji 2017


Source:
https://yatiemn.blogspot.my/2017/02/dividen-dan-bonus-tabung-haji-2017.html


Dividen  Tabung Haji 2017


Kadar dividen dan bonus Tabung Haji akhirnya diumumkan pada 3 Februari 2017. Sememangnya pengumuman ini sangat dinanti-nantikan kerana selama ini Tabung Haji memberikan pulangan yang agak lumayan. Pendeposit yang belum menunaikan haji juga akan menerima tambahan bonus atau hibah haji di samping dividen tabung haji.

Untuk tahun kewangan 2016, Lembaga Tabung Haji telah mengisytiharkan kadar dividen tahunan 4.25%, manakala bonus hibah haji pula 1.5%. Keseluruhan agihan:



  • 4.25% kepada pendeposit yang telah menunaikan haji. 
  • 4.25 + 1.5% = 5.75% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. Bonus hibah haji hanya terhad kepada pendeposit yang mempunyai jumlah baki minima bulanan kurang atau sama dengan RM9,980. 
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun pendeposit Tabung Haji. Bermula Isnin, 6 Februari 2017, pendeposit boleh menyemak akaun di kaunter Tabung Haji atau rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.

Dividen dan hibah haji ini adalah nilai bersih yang telah ditolak zakat. Kita tak perlu lagi nak susah payah kira zakat sebagaimana simpanan ASB, saham, dan lain-lain simpanan.

Dari segi sejarah pulangannya, sekian lama Tabung Haji telah memberikan pulangan dividen yang amat baik setelah ditolak zakat. 


.

12 December 2017

Bekas ketua polis daerah, isteri disambung Reman ?!


Source: 
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/reman-bekas-ketua-polis-daerah-isteri-disambung-1.571477

Reman bekas ketua polis daerah, isteri disambung


KPD reman

BEKAS Ketua Polis Daerah yang didakwa melakukan rasuah dan salah laku dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah sambung reman bagi membantu siasatan. Turut direman, isterinya serta seorang ahli perniagaan wanita. - UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD SAIDIN




IPOH 12 Dis. - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman bekas Ketua Polis Daerah Taiping berpangkat Asisten Komisioner, isterinya serta seorang ahli perniagaan wanita disambung empat hari lagi bagi membantu siasatan melibatkan kes rasuah dan salah laku.
Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi membenarkan ketiga-tiga suspek yang berumur 59, 54 dan 34 tahun ditahan reman selama empat hari lagi bermula esok sehingga 16 Disember depan selepas menerima permohonan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Nurul Wahida Jalaludin.


Mahkamah pada 8 Oktober lalu membenarkan ketiga-tiga mereka ditahan reman selama lima hari sehingga hari ini.


Terdahulu ketiga-tiga mereka yang memakai baju lokap SPRM warna jingga tiba di mahkamah kira-kira pukul 11 pagi dengan menaiki dua kenderaan berbeza sebelum keluar semula menaiki kenderaan sama lebih sejam kemudian.

Pada 8 Disember lalu, pegawai tinggi polis itu ditahan bagi membantu siasatan kes menyalahgunakan kedudukan serta menerima rasuah sebanyak RM70,000 daripada seorang ahli perniagaan wanita untuk majlis perkahwinan anaknya pada Februari lalu.

Pegawai polis berusia 59 tahun yang kini bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, isterinya dan ahli perniagaan wanita itu ditahan di pejabat SPRM Perak kira-kira pukul 7.30 malam, 7 Disember lalu ketika hadir untuk memberikan keterangan.

Ahli perniagaan itu yang disyaki mempunyai kepentingan dengan pegawai polis tersebut, telah memasukkan wang melalui dua transaksi iaitu RM20,000 dan RM50,000 melalui akaun bank milik isterinya.

Susulan tangkapan itu, penggeledahan telah dibuat di rumah pegawai polis tersebut dan pasukan penyiasat SPRM telah menemukan wang tunai berjumlah hampir RM1 juta dalam kotak kasut dan peti besi beserta barang kemas.- UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/reman-bekas-ketua-polis-daerah-isteri-disambung-1.571477#ixzz5123bn7xk
© Utusan Melayu (M) Bhd 





.

SEPAK TAKRAW - ANGKAT BERAT - TAEKWONDO DI GUGURKAN !!





KHAIRY JAMALUDDIN

KHAIRY JAMALUDDIN
KUALA LUMPUR 12 Dis. - Sepak takraw antara tiga sukan teras yang digugurkan dalam program Majlis Sukan Negara (MSN) bersama angkat berat dan taekwondo bermula dengan Sukan Malaysia (Sukma) di Perak, September tahun depan. Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sebentar tadi.

Khairy dalam sidang akhbar berkata, keputusan itu diputuskan setelah mengambil kira prestasi tiga sukan tersebut yang gagal menunjukkan peningkatan, malah sebaliknya berdepan dengan pelbagai masalah termasuk skandal doping yang menyelubungi sukan angkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jelasnya lagi, untuk sepak takraw dan taekwondo pula, kedua-dua sukan itu mengalami kemerosotan prestasi yang ketara, selain kemelut kepimpinan dalam persatuan


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/sepak-takraw-digugurkan-1.571448#ixzz511wNrZAL
© Utusan Melayu (M) Bhd 






.



05 December 2017

CERITA BRUCE LEE TEWAS DI TANGAN DATO MEOR ADALAH PALSU!




Source:
http://sukansentral.com/viral.php/cerita-bruce-tewas-tangan-adalah-palsu?id=1613


CERITA BRUCE LEE TEWAS DI TANGAN DATO MEOR ADALAH PALSU!

Artikel ini ditulis bukan untuk memenangkan mana-mana pihak, tapi untuk memberi penjelasan yang benar kepada semua. Sekiranya kisah pertarungan Bruce Lee dengan Dato Meor disaksikan sendiri oleh anda, anda boleh menghubungi saya untuk berkongsi kisah yang sebenarnya.
Namun artikel mengenai pertarungan Bruce Lee dengan Dato Meor yang telah tular sekian lama (sejak awal tahun 2000) ini perlu dihentikan segera kerana mengandungi banyak maklumat-maklumat yang mencurigakan dan salah justeru membuatkan bangsa kita, bangsa melayu dipandang rendah kerana dengan mudahnya mempercayai cerita yang disebarkan melalui internet.
Kenali Dan Inosanto sahabat baik Bruce Lee
Sebelum meneruskan lagi, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dahulu tentang Dan Inosanto, seorang pakar seni mempertahankan diri juga seorang partner yang sangat rapat dengan Bruce Lee.


Inosanto jugalah yang memperkenalkan nunchacku dan mengajar asas-asas pergerakan nunchaku kepada Bruce Lee. Boleh dikatakan Inosanto adalah orang yang sentiasa berdamping dengan Bruce Lee ke mana sahaja beliau pergi.
Dan Inosanto juga telah diberi tauliah oleh Bruce Lee untuk mengajar sistem seni mempertahankan diri yang dicipta olehnya (Jeet Kune Do). Walaupun begitu, Dan Inosanto bukan sahaja mahir dalam kung fu, tetapi beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri yang lain seperti Muay Thai dan juga Silat Kuntao. Pada era 70an, pencak silat dikenali dunia kerana beliaulah yang telah mencadangkan agar seni mempertahankan diri itu dimasukkan ke dalam filem Bruce Lee bertajuk Game of Death.
Benarkah Bruce Lee sangat berminat tentang Silat?
Menurut Dan Inosanto, memang benar Bruce Lee banyak juga mengkaji tentang silat. Namun beliau memang tidak pernah mengamalkannya atau menuntut ilmu persilatan dari mana-mana guru Silat Nusantara. Kisah-kisah mengenai pertemuan Bruce Lee dengan guru Silat Nusantara kebanyakannya adalah rekaan dan tidak benar.
Benarkah Bruce plagiat pergerakan Silat?
Ini juga tidak benar. Bruce Lee memang mengaku ada meniru gaya orang lain. Misalnya Bruce Lee telah meniru pergerakan Muhammad Ali iaitu pergerakkan shuffle kaki dan teknik melonggarkan kaki. Akan tetapi tiada pergerakan Silat yang pernah ditiru dan digunakan oleh Bruce Lee dalam amalannya. Terlalu banyak perbezaannya teknik pergaduhan jalanan Bruce Lee dengan Pencak Silat.

Benarkah Bruce Lee pernah ditewaskan Dato Meor Abdul Rahman?
Dan Inosanto ada juga menyebut tentang hal ini. Beliau berkata bahawa kisah tidak benar ini harus dihentikan serta-merta kerana ianya telah menjadi kepercayaan ramai pengamal seni mempertahankan diri di Malaysia sejak tahun 2004.
Mengikut cerita yang tersebar di internet, ketika Dato Meor Dalam perjalanan ke England, kapal terbang terlah berhenti seketika (transit) di Hong Kong pada 13 July 1973.
Apabila mengetahui Dato Meor sedang berada di Hong Kong, Bruce Lee lantas berjumpa Dato Meor untuk bertarung. Diceritakan juga bahawa Bruce Lee menyapa Dato Meor dengan sombong dan angkuh. Dato Meor pada ketika itu berumur 56 tahun dan Bruce Lee berumur 32 tahun.
Kononnya kerana terlalu dipaksa Bruce Lee, Dato Meor pun telah menggunakan teknik Kipas Senandung ke atas Bruce Lee menyebabkan Bruce Lee mengalami kecederaan dalaman justeru menjadi punca kematiannya. Semua kisah ini adalah TIDAK BENAR sama sekali.




Pertama sekali, kisah ini mula tular selepas kematian kedua-dua tokoh ini iaitu Dato Meor dan Bruce Lee. Semasa hayat mereka tidak pernah pula didengari pun tentang ini.
Yang kedua, adakah logik sekiranya perjalanan dari England ke Malaysia, kapal terbang berhenti transit di Hong Kong? Tidak pula diceritakan punca transit ke Hong Kong tersebut.
Yang ketiga, pada tahun 70an, Bruce Lee sudah pun menjadi seorang yang sangat-sangat sibuk dengan urusan kerjayanya. Beliau adalah superstar yang dikenali ramai dan juga seorang pengarah filem terkenal. Pasti ramai akan mengerumuni beliau dan menjadi saksi kisah tersebut kalau benar beliau datang ke lapangan terbang Kai Tak untuk bertarung dengan Dato Meor. Ditambah pula lapangan terbang Kai Tak Hong Kong telah memiliki cctv sejak awal tahun 70an lagi. Pasti ada rakaman peristiwa itu sekiranya benar.
Adakah pengawal keselamatan airport membiarkan saja mereka berlawan? Mustahil. Kalau ya pun, pasti sekuriti akan suruh bertarung di luar yang menguatkan fakta lagi bahawa Dato Meor tak akan boleh keluar dari airport sewenang-wenangnya ketika transit. Kalau terlepas flight macam mana?
Bruce Lee bukan seorang yang suka mencabar orang yang tidak dikenalinya. Ini adalah fitnah ke atas Bruce Lee. Hakikatnya adalah berlawanan sangat dengan kisah tersebut.
Ramai pun yang mencabar Bruce Lee namun biasanya tidak akan diendahkan oleh beliau.
Dikatakan krew penerbitan yang pernah bekerja dengan Bruce Lee semuanya tergelak besar apabila mengetahui tentang cerita Bruce Lee dikalahkan Dato Meor ini.
Punca Kematian Bruce Lee yang sebenar?! 
Hal ini diceritakan sendiri oleh isterinya, Linda Lee Cadwell yang sangat terkilan dengan sikap media menyebarkan risalah palsu mengenai mendiang suaminya. Ada yang mengatakan punca kematian adalah disebabkan pengambilan dadah, dan ada juga mengatakan Bruce Lee dibunuh seseorang.
Yang sebenarnya, Bruce Lee mati disebabkan oleh Edema Sebebral dimana kondisi ini menyebabkan peningkatan jumlah air di dalam otak yang berpunca dari alahan kepada Equagesic (meprobamate and aspirin).
Equagesic digunakan oleh Bruce Lee untuk mengurangkan kesakitan ligamen, otot, saraf, tendon dan struktur yang menyokong tulang belakang.
Keputusan ini telah dikeluarkan bukan dari satu unit forensik sahaja, tapi dari banyak unit forensik lain di seluruh dunia. Walaupun keputusan ujian ada mengatakan badan Bruce Lee mengandungi bahan seperti kanabis, namun itu sudah tentu bukanlah penyebab kematiannya. Tak pernah dengar lagi ada orang mati kerana kanabis.
Masih banyak lagi cerita-cerita palsu mengakui kononnya ada individu berjaya menewaskan Bruce Lee contohnya kisah Dicky Dzulkarnaen dari Indonesia dan Willem Reeders dari China. Kebanyakannya hanya untuk menaikkan nama dan memartabatkan pertubuhan masing-masing. Itu sahaja.
Bukan mahu merendahkan martabat Seni Persilatan Melayu. Kita sebagai bangsa Melayu memang perlu menjaga adat budaya kita agar kekal ke anak cucu. Apa lagi yang boleh ditinggalkan kepada generasi depan selain adat dan budaya?
Saya sendiri sangat menyanjungi Seni Silat dan juga ketokohan Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman. Namun kisah palsu yang tersebar ini harus dihentikan la. Majulah seni, budaya, bangsa, seni silat dan pemikiran untuk negara.
Allahualam.

Sumber: zulsegamat via tambahcheeze
Sumber asal : katakpisang.com





.

Malaysian Girl went on Shopping Spree with some amount of A$4.6 Million !


Source:
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2017/12/309588/australian-prosecutors-drop-charges-against-malaysian-woman-who








SYDNEY: Prosecutors have dropped all charges against a 21-year-old Malaysian woman who allegedly spent A$4.6 million (RM14.26 million) on designer goods, after she had been unwittingly provided with an unlimited overdraft account by her Australian bank.
Christine Jiaxin Lee who was pursuing Chemical Engineering in Sydney University had allegedly splurged on designer handbags, clothes, jewellery, mobile phones and even a vacuum cleaner over the period of 11 months according to local media.
News portal news.com.au, however, reported that prosecutors dropped charges on Lee following a similar case involving a man who was charged with fraud for withdrawing A$2.1 million(RM6.51 million) from automated-teller machines had been thrown out of court.
The office of the Director of Public Prosecutions (DPP) also confirmed with The Straits Times that the charges had been withdrawn on Nov 2.
Lee’s lawyer, Hugo Aston also told the Daily Telegraph his client would be moving back to Malaysia following the outcome of the case.
“She is happy it is behind her, and to move on with her life.
“There was no deception. It's a very interesting case and an interesting outcome. It is obviously clear the bank should adopt better policies,” Aston was quoted as saying.


--------------------------------------------------------------------------------------

Comment:  IF the same case happens here in Malaysia, I am sure, the court may have different interpretations and outcomes. I should say, lucky for her ! 


Same Sex Marriage ?!



Source:
https://www.nst.com.my/world/2017/12/310546/australia-mp-proposes-gay-partner-parliament


Australia MP proposes to gay partner in parliament



Liberal MP Tim Wilson reacts after proposing to his partner Ryan Bolger during debate of the Marriage Amendment bill in the House of Representatives at Parliament House in Canberra, Dec 4, 2017. AAP/Lukas Coch via Reuters Photo










SYDNEY: A gay Australian lawmaker popped the question in parliament on Monday, proposing to his partner moments after a bill paving the way for same-sex marriage was introduced.
Tim Wilson, who has reportedly been engaged to Ryan Bolger for nine years, fought back tears as he thanked his fiance for enduring a marriage debate that “has been the soundtrack to our relationship.”
“In my first speech I defined our bond by the ring that sits on both of our left hands – that they are the answer to the questions we cannot ask,” the 37-year-old lawmaker from the ruling conservative party said.
“So there is only one thing left to do: Ryan Patrick Bolger will you marry me?”
Bolger, who was sitting in the public gallery, quickly responded “yes” as the floor erupted in applause.
“That was a ‘yes’, a resounding ‘yes’,” house speaker Rob Mitchell noted for the record. “Congratulations, well done mate.”
Wilson earlier emotionally recalled the uneasiness he experienced with some friends when he and Bolger were first engaged.
“Many simply didn’t know how to react. Many SMS went unresponded. In conversations some people politely changed the topic, or fell silent entirely,” he said.
His partner had pushed him to have an engagement party.
“On informing one person of our news, they responded: Why bother?
“At the time I fell silent and I have never had an answer to that question. But the Australian people have now answered that for me.”
The same-sex marriage bill being debated is expected to comfortably pass through the House of Representatives before Christmas after the upper house Senate last week overwhelmingly voted in its favour.
After more than a decade of debate, Australians emphatically endorsed gay marriage in a recent nationwide postal vote, with some 62 percent of the 12.7 million who took part voting “yes” last month.
“This is a historic moment of inclusion, of recognition, of respect,” Prime Minister Malcolm Turnbull said shortly after the bill was introduced for debate in the lower house Monday.
“This is a day to be especially proud that all of our friends, our colleagues, our neighbours, our brothers, our sisters, can marry the people they love.”
Former conservative prime minister Tony Abbott, a leading voice in the ‘no’ campaign, said he would now back the bill.
“I certainly don’t pretend to be an overnight convert to support same-sex marriage but I am pledged to respect and to facilitate the verdict of the Australian people,” he said.
“Same-sex marriage should now be recognised. It will now be recognised.”
Abbott moved an amendment he said protected discrimination against anyone over their “conscientious view about the nature of marriage“, before saying he planned to attend his gay sister’s wedding next year.
“I am looking forward to attending the marriage of my sister, Christine, to her partner Virginia some time early in the new year.” -- AFP


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Comments:

ALL major  RELIGIONS condemned and prohibited same sex marriage !  For examples, Islam, Christian, Hinduism, Judaism, prohibited same sex marriage.

Most LAWS of the world also prohibited same sex marriage! 

The parliament should not allowed such things to happen, or even discuss such thing as same sex marriage.  BIG shame against all norms, religions, and laws of the world !



.

24 November 2017

MURID CEMERLANG UPSR !!




SUMBER:
https://www.bharian.com.my/node/213931


17 NOV 2016

Ayah datanglah ucap tahniah - Murid cemerlang UPSR



SITI Roaisyah Mudsi menunjukkan keputusan 5A diperolehnya dalam UPSR. - Foto Mohd Nazllie Zainul
KOTA KINABALU: "Saya sudah menunaikan harapan keluarga untuk mendapat keputusan cemerlang...saya harap ayah datang mendakap serta mengucapkan tahniah."
Itu luahan Siti Roaisyah Mudsi, 12, murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam Laut, dekat sini, yang memperoleh 5A, 1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan di seluruh negara, pagi tadi.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu terpisah dengan bapanya, Mudsi Abdul Rasi, 33, sejak Februari tahun lalu selepas ibunya, Sarima Sabatar meninggal dunia ketika berusia 34 tahun akibat komplikasi buah pinggang pada Februari 2015.
"Harapan keluarga (untuk mencapai keputusan cemerlang UPSR) sudah saya tunaikan. Harapan saya sebagai seorang anak (bertemu bapa yang terpisah) kerana saya sangat menyayangi ayah walaupun dia pergi jauh dari saya," katanya ketika ditemui di sekolahnya, hari ini.
Siti Roaisyah yang kini tinggal bersama kakak, abang serta nenek, Jijam Sirum, 56, mengakui sedikit kecewa kerana tidak berjaya mendapat semua A namun tetap berpuas hati kerana sudah berusaha dengan sebaik mungkin.
"Harapan arwah ibu sudah saya tunaikan (cemerlang dalam UPSR). Arwah ibu selalu berpesan yang saya ini harapan untuk membantu keluarga pada masa depan, sebab itulah saya sentiasa mengutamakan pelajaran.
"Hampir setiap hari saya menghabiskan masa di perpustakaan selepas waktu persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran sehingga lewat pulang ke rumah.
"Sebab inginkan kejayaan, jadi kena banyak berkorban. Oleh kerana terlalu banyak masa untuk pelajaran, saya terlupa masa untuk diri sendiri dan menjaga kesihatan.
"Pernah juga sakit dan demam tetapi saya datang juga ke sekolah kerana tidak mahu tertinggal dalam sesi pembelajaran," katanya.
Dia juga tidak mahu memasuki sekolah berasrama jika mendapat tawaran kerana mahu tinggal bersama keluarga dan membantu nenek melakukan kerja rumah.

----------------------------------------------------------------------------------------



SUMBER:
https://www.bharian.com.my/node/215555

(22 NOV 2016)

Akhirnya bapa murid cemerlang UPSR ucap tahniah







KOTA KINABALU: Walaupun hasrat untuk mendakap dan bercakap dengan bapanya yang terpisah sejak Februari tahun lalu belum kesampaian, seorang murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tetap gembira kerana akhirnya menerima ucapan tahniah.
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam Laut, Siti Roaisyah Mudsi, 12, menerima ucapan itu daripada bapanya, Mudsi Abdul Rasi, 33, menerusi ibu saudaranya di Filipina beberapa hari lalu, selepas membaca laporan mengenainya di BH Online.
"Ayah bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada saya. Dia kini berada di Filipina dan berjanji akan pulang menemui kami sekeluarga namun tidak pasti masa sesuai kerana ayah dilaporkan kurang sihat.
"Pesanan itu disampaikan melalui ibu saudara saya di Filipina yang mendapat tahu hasrat saya menemui ayah selepas temu bual saya di BH Online minggu lalu.
"Saya ada hubungi ibu saudara kerana mahu tahu khabar ayah di sana," katanya ketika ditemui BH di kediaman di Telipok, hari ini.
Khamis lalu, Siti Roaisyah ketika ditemui BH selepas mengambil keputusan UPSR, menyatakan hasrat supaya bapanya pulang menjenguk dan mengucapkan tahniah susulan keputusan 5A 1B diperolehnya.
Anak bongsu tiga beradik itu terpisah dengan bapanya sejak Februari tahun lalu selepas ibunya, Sarima Sabatar, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Sementara itu, Siti Roaisyah berkata, cuti persekolahan akhir tahun bermula hujung minggu ini akan digunakan bagi menelaah buku pelajaran Tingkatan Satu sebagai persediaan awal.
"Saya juga mahu membantu nenek membuat kerja rumah," katanya yang tidak berhasrat memasuki sekolah berasrama kerana enggan berpisah dengan abang, kakak dan nenek.
380 dibaca










.

12 November 2017

80 peratus tahfiz, pondok serta sekolah agama di Kedah gagal patuhi aspek keselamatan ?!



Source:
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/80-peratus-tahfiz-pondok-serta-sekolah-agama-di-kedah-gagal-patuhi-aspek-keselamatan-1.527249

80 peratus tahfiz, pondok serta sekolah agama di Kedah gagal patuhi aspek keselamatan


ALOR SETAR 16 Sept. – Kira-kira 80 peratus daripada 118 pusat tahfiz, pondok serta sekolah agama rakyat di negeri ini yang diperiksa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah gagal mematuhi aspek keselamatan kebakaran yang digariskan.

Pengarahnya, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Abdul Razak Muda berkata, sehingga Julai lalu pihaknya mengeluarkan teguran bertulis kepada pusat tahfiz, pondok serta sekolah agama yang gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Dalam rekod JBPM Kedah, terdapat 147 buah pusat tahfiz, pondok serta sekolah agama rakyat berdaftar dengan kita. Daripada jumlah itu, sebanyak 118 telah diperiksa sehingga Julai lepas dan 80 peratusnya gagal mematuhi aspek keselamatan kebakaran.

“Antara teguran yang dikeluarkan adalah kerana tidak mempunyai alat pemadam api, sistem gelung hos, pengesan api automatik, penggera kebakaran elektrik manual, tangga kedua, tanda keluar kecemasan dan lampu kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya akan memastikan setiap pusat tahfiz, pondok serta sekolah agama rakyat yang sudah berdaftar akan dibuat pemeriksaan keselamatan kebakaran dan pada masa sama memberikan ceramah kesedaran kepada semua pelajar serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

.

01 November 2017

Robot mendapat Kerakyatan ?!




Source:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
(01 Nov 2017)

Sophia robot pertama dapat kerakyatan





AGENSI - SOPHIA menghadiri sesi soal jawab semasa persidangan FII di Riyadh, Rabu lalu.


RIYADH, Arab Saudi – Arab Saudi memberikan taraf kerakyatan kepada sebuah robot humanoid mirip manusia baru-baru ini sekali gus negara pertama di dunia berbuat demikian.

Robot canggih dinamakan Sophia itu berucap kepada sebuah panel industri robotik dan kecerdasan buatan pada persidangan Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII) di Riyadh, Rabu lalu dan diisytiharkan warganegara Arab Saudi sejurus selepas
Dibina oleh firma Hanson Robotics Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong, robot humanoid itu memiliki kebolehan ekspresi wajah, ciri estetik dan interaktif luar biasa.
Persidangan FII yang dibiayai Dana Pelaburan Awam bertujuan mengete­ngahkan cita-cita tinggi Arab Saudi dalam mencorak masa depannya melalui pelan Wawasan 2030.
“Kami mahu membuat sedikit pengumuman. Kami baharu sahaja mendapat berita ini. Sophia, saya harap anda mendengar. Anda dianugerahkan kerakyatan Arab Saudi sekali gus yang pertama diberikan kepada sebuah robot,” kata pengacara panel itu, Andrew Ross Sorkin yang juga hos bersama program berita perniagaan terbitan CNBC, Squawk Box.
“Terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi. Saya amat berbangga dengan pengumuman ini. Menjadi robot pertama di dunia yang mendapat taraf kerakyatan adalah sesuatu yang bersejarah,” kata Sophia.
Sophia berupaya menjawab pelbagai soalan mengenai robot. Ketika ditanya mengenai robot futuristik jahat yang ditampilkan dalam filem-filem seperti Blade Runner 2049, ia berkata, manusia tidak perlu takut kepada robot.
Bidang robotik merupakan ciri utama projek Neom, sebuah zon perindustrian dan perniagaan mega menelan belanja AS$500 bilion (RM2.1 trilion) yang akan dibina di barat laut Arab Saudi. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4xB0i9dmI 
Hakcipta terpelihara 



16 October 2017

PENIPUAN ATAS TALIAN - MENGgunakan SMS & WHATSAPP !!



Source:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/terkejut-terpilih-jadi-jutawan-1.738940
(05 OKT 2017) 


Terkejut terpilih jadi jutawan


SABAK BERNAM - Setiausaha Masjid Kampung Ubudiah, Kampung Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, di sini, menggesa sebuah syarikat telekomunikasi terkenal di negara ini menyiasat penyebaran maklumat palsu yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp kononnya menjanjikan hadiah lumayan.
  
Roslee Hashim, 50, berkata, penyebaran maklumat palsu itu dikirimkan individu tidak bertanggungjawab ke akaun WhatsApp peribadinya sebanyak dua kali.  
Menurutnya, kali pertama dia menerima kiriman mesej itu pada 27 September lalu pada jam 4.26 pagi.  

“Bila buka WhatsApp saya terkejut sebab dapat mesej kononnya sim kad saya terpilih dan berjaya jadi jutawan 2017 dan menang bonus ganjaran daripada sebuah syarikat telekomunikasi,” katanya.  

Roslee berkata, dia sekali lagi menerima pesanan WhatsApp daripada syarikat telekomunikasi yang sama tiga hari selepas itu.  “Antara kandungan mesejnya mengatakan kononnya sim kad saya berjaya dapat bonus tambah nilai berjumlah RM7,000,” katanya.  
Roslee berkata, syarikat telekomunikasi terbabit diminta menyiasat perkara itu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenangnya menghantar kiriman WhatsApp menggunakan alamat syarikat telekomunikasi terbabit.  

“Saya yakin ini adalah taktik penipuan terancang dan kita bimbang ada dalam kalangan pengguna yang terpedaya seperti mana kes-kes penipuan sebelum ini,” katanya.  
Malah, katanya, seorang anak perempuannya berusia 12 tahun turut menerima kandungan maklumat palsu itu sebulan lebih awal.  

“Bila saya dapat mesej ni, anak saya maklumkan dia pun pernah terima mesej sama sebelum ni. Nasib baik dia tak tuntut apa-apa,” katanya.  
Katanya, perkara itu diceritakan kepada seorang rakannya dan secara kebetulan anak rakannya itu turut menerima kandungan pesanan yang hampir sama dengan menggunakan nama syarikat telekomunikasi terbabit.  

“Mengikut mesej terbabit anak rakan saya terpilih pemenang hadiah ketiga dengan memenangi wang tunai berjumlah RM9,000.  Pihak itu juga tunjukkan cara-cara bagaimana tuntut hadiah, tetapi apa yang diarahkan itu amat meragukan,” katanya.  
Sehubungan itu, katanya, orang ramai terutama golongan remaja dinasihatkan agar tidak terpedaya.  

“Modus operandi mereka berubah-ubah. Kalau dulu, mereka guna nama stesen minyak guna SMS, sekarang guna WhatsApp kononnya daripada syarikat telekomunikasi,” katanya.




.