KOMEN:
WOW... ramai nya anak "tidak sah taraf" ini (dalam bahasa kasar, iaitu, "anak haram").
Dan kebiasaannya, anak tidak sah taraf ini, tiada kewarganegaraan, kerana kewarganegaraan mereka ini diragui. Ini kerana anak ini biasanya terhasil akibat persebutuhan haram, daripada pasangan bukan muhrim (pasangan yang tidak berkahwin).
Perlu difahami, bahawasanya bukan sahaja orang Islam yang terjejas dlm soal ini, Orang bukan Islam juga menghadapi masalah yang sama.
Akibat persetubuhan yang haram ini, dan terhasil anak tidak sah taraf ini. Mereka tidak berjaya utk mengdaftarkan kelahiran anak mereka di JPN, dan mendapatkan "kewarganegaraan" bagi anak ini.
Ini kerana, hanya pasangan yang sah berkahwin, dan mempunyai "surat kelahiran" daripada pihak hospital sahaja akan diterima oleh JPN (utk proses pendaftaran, dan pengeluaran "sijil kelahiran" dan I/C).
Persoalannya, bagaimana pihak kerajaan menyelesaikan masalah ini, dan mengikhtiraf anak tidak sah taraf ini - dan memberikan mereka kewarganegaraan (atau status yang bersesuaian), agar mereka dapat meneruskan sisa hidup mereka, dan mendapatkan keadilan yang sewajarnya (e.g. peluang utk melanjutkan pelajaran, peluang untuk mendapatkan pekerjaan, dan peluang utk berkahwin kelak).
-------------------------------------
Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/323-047-anak-tak-sah-taraf-1.408544
323,047 anak tak sah taraf
Statistik direkodkan JPN dari 2010 hingga 2015
17 November 2016 1:01 AM
KUALA LUMPUR 16 Nov. - Seramai 323,047 anak tidak sah taraf direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2010 hingga tahun lalu (2010-2015).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, daripada jumlah tersebut, bilangan kes kehamilan remaja belum berkahwin bagi tahun 2012 hingga 2015 pula adalah seramai 16,270 orang.
Beliau berkata, berdasarkan statistik remaja hamil yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri dari 2012 hingga tahun lalu, Sarawak, Johor dan Selangor merupakan negeri yang mencatat bilangan tertinggi.
“Statistik remaja hamil di tiga negeri teratas ialah Sarawak (5,426 orang), Johor (2,427) dan Selangor (1,603),” katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad (Pas-Pasir Puteh) di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Azizah berkata, pihak kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk mewujudkan kesedaran kepada golongan remaja dan ibu bapa mengenai hubungan seks luar nikah.
Beliau berkata, dasar dan Pelan Tindakan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (Pekerti) 2009 telah diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan individu yang berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial.
“Di bawah Program Pekerti, LPPKN telah mendirikan 16 buah pusat remaja kafe di 10 negeri yang bertujuan meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 24 tahun.
“Selain itu, selaras dengan pelaksanaan dasar itu juga, Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) bersetuju dengan cadangan kementerian untuk mewujudkan Program Pekerti dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seluruh negara,” jelasnya.
.
.