KERATAN Utusan Malaysia 5 Januari 2017.
KERATAN Utusan Malaysia 5 Januari 2017.
Menurut sumber, semua dokumen terbabit dikatakan me­ngandungi maklumat penglibatan suspek dalam penyelewengan dan perbuatan rasuah.
Ujarnya, sebaik sahaja semua dokumen terbabit diteliti, beberapa individu yang terdiri daripada kontraktor dan vendor yang dipercayai memperoleh projek ketika suspek memegang jawatan itu akan dipanggil bagi membantu siasatan.


“Selain mereka, beberapa pegawai dan kakitangan kementerian itu juga dijangka dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
“Dalam pada itu, SPRM juga akan menyiasat penglibatan suspek dalam beberapa projek ketika memegang jawatan sama di kementerian lain sebelum dilantik KSU di kementerian itu,” katanya di sini hari ini.

Semalam, seorang KSU berusia 59 tahun itu bersama dua anak­nya direman selama tujuh hari kerana terlibat dalam kes pe­nyalahgunaan kuasa untuk me­nerima rasuah.
Hasil siasatan lanjut, SPRM turut menemukan wang tunai dan jongkong emas bernilai RM2.6 juta di dalam tiga besi peti keselamatan di dua bank tempatan di sekitar Lembah Klang semalam.

Hasil penemuan itu menjadikan jumlah keseluruhan wang tunai dan aset yang dirampas bagi membantu siasatan SPRM setakat ini bertambah kepada RM6 juta.
Dalam pada itu, suspek terbabit juga dikatakan mempunyai lebih 10 lot tanah di Selangor yang diletakkan atas nama ahli keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi berkata, siasatan masih di peringkat awal dan SPRM dijangka akan merampas lebih banyak dokumen berhubung siasatan ini.
Ujar beliau, setakat ini tiada tangkapan baru yang akan dibuat namun tidak menolak sekiranya melakukan tangkapan pada masa akan datang.