FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

28 March 2018

Kematian akibat lemas lebih tinggi berbanding kebakaran


Comment: 

The solution to this problem is really simple, its about time the government make "swimming class" compulsory to all students at the primary and secondary school.  Learning to swim and be able to swim can save LIFE.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/kematian-akibat-lemas-lebih-tinggi-berbanding-kebakaran-1.634770

Kematian akibat lemas lebih tinggi berbanding kebakaran



Gambar hiasan
Gambar hiasan
KOTA BHARU - Rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukkan kematian akibat lemas di dalam air lebih tinggi berbanding akibat kes kebakaran pada tahun lepas.
Ketua pengarahnya Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, sepanjang 2017, sebanyak 700 kes kematian akibat kecuaian di dalam air direkodkan di seluruh negara berbanding 150 kes kematian akibat kebakaran.

"Kita memberi perhatian serius dalam perkara ini dan sentiasa mengadakan Kempen Keselamatan Di Air terutama kepada pelajar sekolah kerana kebanyakan mangsa lemas berusia 18 tahun ke bawah. Kes lemas dilihat sebagai kes traumatik dan sering kali berlaku ketika perkelahan keluarga," katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan Terpuji Tahun 2017 kepada 126 pegawai dan anggota agensi itu di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan meletakkan papan tanda amaran terutama di kawasan tumpuan awam seperti tasik, sungai, air terjun dan pantai.
Katanya tahun ini, sebanyak 12 kematian akibat lemas dicatatkan di Kelantan sejak Januari hingga semalam. - Bernama



.

Pelajar cemerlang tanpa dokumen ditawarkan ke UUM




SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/negara/pelajar-cemerlang-tanpa-dokumen-ditawarkan-ke-uum-1.636233

Pelajar cemerlang tanpa dokumen ditawarkan ke UUM
27 Mac 2018 7:24 PM
Roisah Abdullah. - Foto media sosial


Roisah Abdullah. - Foto media sosial


SERDANG - Pelajar cemerlang tanpa dokumen kelahiran dan pengenalan, Roisah Abdullah, ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata beliau telah bertemu Roisah, 20, bagi menawarkan peluang menyambung pelajaran di UUM.
Menurut Idris, Roisah, yang turut menerima beberapa tawaran belajar yang lain, gembira dengan tawaran yang diberikan kerajaan itu namun meminta sedikit masa untuk membuat keputusan terbaik bagi dirinya.
"Selain tawaran itu, kita juga akan memastikan pelajar cemerlang bukan berstatus warganegara itu diberikan taraf kerakyatan untuk memudahkan proses seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program #Keeping In Touch Wanita KPT Bersama Menteri Pendidikan Tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur serta beberapa naib canselor wanita universiti dan barisan kepimpinan tertinggi wanita di kementerian tersebut.
Ketiadaan dokumen kelahiran dan kad pengenalan menyebabkan Roisah, bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi walaupun memperoleh 3A dan 1B dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mencatat 7A dan 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Ibu Roisah merupakan warga asing manakala identiti bapanya tidak diketahui. Beliau dibesarkan oleh seorang ibu angkat warga tempatan.



 .

25 March 2018

Pengacara, penerbit didakwa aibkan Watson Nyambek


Source:
http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/pengacara-penerbit-didakwa-aibkan-watson-nyambek-1.490388

Pengacara, penerbit didakwa aibkan Watson Nyambek

Azizul Ammar Abu Hassan (tunduk, bertopi) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu, semalam. – IHSAN

AZIZUL AMMAR ABU HASSAN (tunduk, bertopi) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Sibu, semalam. – IHSAN SIN CHEW

07 Jun 2017 3:00 AM


22
SIBU 6 Jun – Bekas pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Ammar dan penerbit rancangan itu masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mengaibkan bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek, April lalu.

Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan, 30, dari Segambut, Kuala Lumpur dan Abdul Ghani Mohd. Mokhtar, 41, dari Petaling Jaya membuat pengakuan tersebut selepas selesai pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa dengan sengaja mengaibkan Watson, 41, dengan niat hendak membangkitkan pe­cah keamanan di Hotel Medan di sini kira-kira pukul 11.30 malam, 22 April lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Saiful Sayoti membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,500 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 4 Julai ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Watson yang terkenal de­ngan gelaran The Flying Dayak membuat laporan polis pada 24 April lalu, terhadap Ammar yang mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan nama men­diang bapanya dalam rancangan berkenaan di rangkaian televi­syen swasta, TV3.
Menerusi program ulangan yang disiarkan pada malam Sabtu, Ammar yang mengacarakan program itu bersama Marsha Milan Londoh didakwa mempersendakan nama mendiang bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi kambing.
Berikutan laporan polis tersebut, Ammar bersama pengurusan Primeworks Studios Sdn. Bhd. (PWS) diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar telah mengadakan pertemuan dengan Watson di Miri bagi memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun, Watson yang berasa amat tersinggung enggan menerima permohonan maaf tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut berhubung kes berkenaan.








UJI RASHID - PENYANYI



Uji Rashid diarah kosongkan rumah

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia lulus permohonan penyanyi dapatkan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



Uji Rashid diarah kosongkan rumah


SEKELUARGA BERSAMA MENTERI: Uji Rashid (kiri) bersama anaknya, Cico (kanan), dan cucunya telah ke pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk mendapatkan bantuan bagi mendapatkan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat setelah mereka dikatakan diarah agar mengosongkan rumah sewa mereka di Taman Dagang, Ampang, Kuala Lumpur. Kisah mereka telah dikongsi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Tan Sri Noh Omar (tengah), di Facebook. - Foto FACEBOOK TAN SRI NOH OMAR

DI sebalik senyuman yang sentiasa terukir di wajah penyanyi veteran Uji Rashid, ramai yang tidak sedari kesusahan yang beliau lalui, kecuali kisah peribadi yang melibatkan rumah tangga anaknya.
Sehinggalah kelmarin peminatnya dikejutkan dengan berita beliau telah diarahkan mengosongkan rumahnya di Ampang, Selangor, dipercayai kerana gagal membayar sewa rumah
Catatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Tan Sri Noh Omar, berkongsi berita sedih itu menerusi Facebook selepas dikunjungi penyanyi tersebut bersama anaknya, Cico, dan cucunya, yang hadir di pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), menjadi tular di media sosial.
Tan Sri Noh berkata disebabkan permohonan artis itu menepati syarat, maka beliau telah memberi kelulusan khas kepada Uji dan keluarga mendiami rumah berkenaan.
"Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya dimaklumkan bahawa beliau akan diusir dari rumah sewanya di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
"Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga agar dapat mendiami PPR dengan segera.
"Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam hidup Uji Rashid sekeluarga," katanya dalam laman sosial itu.
Dalam temu bual dengan akbhar Utusan Malaysia, Uji mengakui bukan sekali, bahkan sejak 1990 sudah berpuluh kali beliau berpindah rumah sewa hanya kerana kesempitan hidup yang dilaluinya.
Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid tidak pernah kesal atau menyalahkan takdir, sebaliknya sentiasa berusaha mengubah masa depannya.
"Allah mendengar doa saya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang membantu saya mendapatkan rumah PPR. Alhamdulillah ada tempat untuk berlindung dan saya tidak perlu bimbang untuk memikirkan sewa rumah yang perlu dibayar pada setiap bulan," ujar penyanyi yang popular menerusi lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu.
Kata Uji, kurniaan rumah PPR dengan bayaran bulanan yang rendah itu sudah cukup besar buatnya memandangkan selama ini beliau dan anaknya melalui hidup yang sangat sederhana.
Melalui hidup yang sukar, termasuk membesarkan anak tunggalnya, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin, 39 tahun, selama lebih tiga dekad, Uji meluahkan rasa terkilan apabila segelintir pihak tidak pernah cuba mahu memahami bagaimana beliau berjuang meneruskan hidup.
"Artis dipersalahkan dan dibidas dengan pelbagai tuduhan apabila kami melalui saat yang susah. Saya tidak mengharapkan apa-apa simpati, sebaliknya saya sangat gembira jika orang ramai cuba meletakkan diri mereka ke tempat saya.
"Orang ramai tidak tahu bagaimana susah payah saya berusaha mencari rezeki, tetapi tidak selalu nasib menyebelahi saya. Namun begitu, saya tidak pernah rasa kesal kerana saya sentiasa percaya pada kebesaran Allah. Mungkin ada sebabnya kenapa saya tidak diberi kekayaan seperti orang lain," ujar Uji lagi.


.

ALINA HASSAN - PENYANYI



Source:  
Juara Sinaran sanggup jadi ‘jaga’, tukang cuci
WAWANN MOHD FOTO: IZAIRI ROSLI
23 MAC 2018


Semoga Alina kembali mendapat peluang dalam seni

Alina Hassan ketika program FB Live Sinar Harian

SIAPA sangka bekas juara Sinaran Passport Kegemilangan (1996) dan finalis Kilauan Emas (2013), Alina Hassan, 51, melalui perjalanan yang sukar dalam kehidupannya selepas menghilangkan diri dalam bidang seni beberapa tahun lalu.

Dia yang pernah merakamkan dua buah album studio dan popular menerusi lagu Dingin ini, mengakui melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidupnya selepas berpisah dengan bekas suami.

Mengetepikan status dirinya sebagai anak seni yang dikenali, pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di pusat membeli belah Suria KLCC, sebelum beralih menjadi tukang cuci demi mencari rezeki.

“Saya berkahwin dulu, saya membuat keputusan untuk meninggalkan bidang seni dan memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga. Namun apakah daya jodoh bersama bekas suami tidak panjang dan kami berpisah.

“Saya cuba kembali menyanyi, tetapi bukan mudah kerana saya dah lama tinggalkan bidang nyanyian lagipun tawaran pun tak selalu ada. Kalau adapun bayarannya terlalu rendah, di mana saya pernah dibayar sebanyak RM100 ketika menggantikan tempat orang.

“Jadi saya terpaksa memilih untuk melakukan kerja lain yang mampu memberikan pendapatan tetap termasuklah menjadi jaga di KLCC sebelum masuk program Kilauan Emas dan terkini sebagai tukang cuci,” kongsinya jujur ketika sesi FB Sinar Harian baru-baru ini.

Menurut Alina, biarpun pada awalnya terdetik rasa malu untuknya melakukan pekerjaan tersebut, namun lama-kelamaan dia mula menyesuaikan diri.


“Tak tahulah sama ada orang perasan atau tidak ketika saya menjalankan kerja-kerja saya itu. Tapi kalau ada yang perasanpun, saya tak ambil peduli kerana perlu survive untuk meneruskan kehidupan saya.

“Mulanya memanglah saya rasa kekok nak buat kerja tu, tapi bila dah lama-lama saya boleh biasakan diri dan merasa puas hati setiap kali dapat melunaskan tanggungjawab yang diberikan itu dengan sebaik yang mungkin,” katanya.

Pun begitu, minatnya kepada bidang nyanyian tidak pernah luntur, malah sentiasa mencari peluang untuk menyanyi dalam masa yang sama.
Usaha itu akhirnya membawa Alina menyertai program Mentor Otai dan kemudiannya terpilih menjadi protege Siti Sarah.

“Walaupun tahu keadaan saya sudah tidak sama seperti dulu, tetapi apa salahnya saya mengambil peluang yang ada dan alhamdulillah terpilih menjadi protege Sarah.
“Kalau ada rezeki menang, saya nak gunakan hadiah kemenangan itu untuk beli sebuah van dan perkakas mencuci kerana saya nak teruskan kerja mencuci tetapi dengan membuka syarikat saya sendiri pula nanti.

“Apa-apa pun, saya nak fokus kepada program Mentor terlebih dulu dan cuba memberikan yang terbaik dengan bantuan dan bimbingan daripada Sarah selaku mentor saya,” tegasnya.



.

22 March 2018

Peguam Terima Wang Hasil Aktiviti Haram ?!



Source:
http://www.kosmo.com.my/negara/terima-wang-hasil-aktiviti-haram-1.632517

Terima wang hasil aktiviti haram

Peguam hadapi 90 pertuduhan kes pembelian tanah berjumlah lebih RM9 juta

Chee Hong diiring keluar selepas dituduh terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram di Mahkamah
Chee Hong diiring keluar selepas dituduh terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Seorang peguam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 90 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM9 juta berhubung pembelian tanah tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh How Chee Hong, 50, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.
Mengikut pertuduhan pertama hingga 90, Chee Hong didakwa te­lah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu dengan cara memindah, menerima dan menggunakan wang keseluruhan berjumlah RM9,056,134 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa-i CIMB Bank Bhd. milik firma guamannya Tetuan Kumar Jaspal Quah & Aishah.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB Bhd. cawangan Solaris Mont Kiara, di sini antara 10 Januari 2011 hingga 13 Januari 2012.

.