FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION


FREEDOM OF SPEECH / FREEDOM OF EXPRESSION

Freedom of speech is the freedom to speak without censorship and/or limitation. The synonymous term freedom of expression is sometimes used to indicate not only freedom of verbal speech but any act of seeking, receiving and imparting information or ideas, regardless of the medium used [United Nations, 1966, 1976]. The right to freedom of speech is recognized as a human right under Article 19 of the Universal Declaration of Human Rights and recognized in international human rights law in the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). The ICCPR recognizes the right to freedom of speech as "the right to hold opinions without interference. Everyone shall have the right to freedom of expression". Furthermore freedom of speech is recognized in European, inter-American and African regional human rights law [United Nations, 1966, 1967]. Freedom of speech, or the freedom of expression, is recognized in international and regional human rights law. The right is enshrined in Article 19 of the International Covenant on Civil and Political Rights, Article 10 of the European Convention on Human Rights, Article 13 of the American Convention on Human Rights and Article 9 of the African Charter on Human and Peoples' Rights [Andrew Puddephatt & Hodder Arnold, 2005; Kumar, Ambika, 2006].

In Islamic ethics freedom of speech was first declared in the Rashidun period by the caliph Umar in the 7th century. In the Abbasid Caliphate period, freedom of speech was also declared by al-Hashimi (a cousin of Caliph al-Ma'mun) in a letter to one of the religious opponents he was attempting to convert through reason.

According to George Makdisi and Hugh Goddard, "the idea of academic freedom" in universities was "modelled on Islamic custom" as practiced in the medieval Madrasah system from the 9th century. Islamic influence was "certainly discernible in the foundation of the first deliberately-planned university" in Europe [Boisard, Marcel A., 1980].

* Selected REFERENCES / Sources:


Amnesty International: Annual Reports: URLhttp://www.amnesty.org/ailib/aireport/index.html Andrew Puddephatt & Hodder Arnold. (2005). Freedom of Expression: The Essentials of Human Rights. United Publishers. Boisard, Marcel A. (July 1980), "On the Probable Influence of Islam on Western Public and International Law", International Journal of Middle East Studies 11 (4): 429–50. Goddard, Hugh. (2000). A History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kumar, Ambika. (2006). ‘Using Courts to Enforce the Free Speech Provisions of the International Covenant on Civil and Political Rights.’ Published by Chicago Journal of International Law. Summer 2006. URLhttp://www.allbusiness.com/corporate-governance/4082846-1.html United Nations: ‘International Covenant on Civil and Political Rights.’ Adopted and opened for signature, ratification and accession by General Assembly resolution 2200A (XXI) of 16th December 1966: Entry into force 23 March 1976, in accordance with Article 49. URLhttp://www2.ohchr.org/english/law/ccpr.htm (United Nations) Wikipedia. (2010). ‘Freedom of Speech.’ Wikimedia Foundation, Inc. URLhttp://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_expression

.

30 June 2018

Zahid akan buktikan wang milik UMNO sah



KOMEN:

Kenapa Zahid perlu "membuktikan" yang wang milik UMNO tersebut adalah daripada sumber yang sah?  SPRM lah sepatutnya bahkan WAJIB membuktikan yang wang dari tabung UMNO itu adalah dari sumber  yang tidak sah atau 'illegal.' (Justeru justifikasi wang UMNO tersebut dibekukan oleh SPRM).  Ini adalah undang-undang yang digunapakai di dalam negara democracy.  Bukankah begitu??


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SOURCE:  28 June 2018
http://www.utusan.com.my/berita/politik/zahid-akan-buktikan-wang-milik-umno-sah-1.698638

Zahid akan buktikan wang milik UMNO sah


Zahid Hamidi

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar di Menara Dato Onn, PWTC, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ



KUALA LUMPUR, 28 Jun - Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.
Pemangku Presiden itu turut berikrar, selagi memimpin UMNO, dia akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.
Berikut kenyataan penuh Ahmad Zahid:
1. UMNO akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung tindakan suruhanjaya itu membekukan akaun bank ibu pejabat UMNO dan akaun lain.
2. Sebagai Pemangku Presiden, saya berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.
3. Selagi memimpin UMNO, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.
4. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi.
5. Saya berharap semua ahli UMNO akan bersama-sama saya untuk memastikan UMNO terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.
6. Di bawah kepimpinan saya kelak, UMNO akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan Bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara. - UTUSAN ONLINE



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SOURCE:  28 June 2018
http://www.utusan.com.my/berita/politik/akaun-umno-pusat-selangor-dibekukan-1.698492


Akaun UMNO Pusat, Selangor dibekukan

JOHOR BAHRU 28 Jun - Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, akaun Ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor sudah pun dibekukan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Naib Presiden UMNO itu memberitahu, perkara tersebut diketahuinya sebentar tadi dan akaun UMNO Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat.
Selain itu, beliau berkata, Menteri Dalam Negeri dalam waktu terdekat juga hampir pasti akan meminta Pertubuhan Pendaftaran (RoS) membatalkan pendaftaran UMNO.

"Tidak ada jaminan mana-mana Presiden UMNO, Timbalannya, Naib-naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) sekiranya menang pemilihan kali ini tidak akan disiasat (SPRM) kerana kita bukan lagi kerajaan.
"Ini termasuk juga (bekas) Menteri Besar (tiada jaminan tidak akan disiasat)," katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor Bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Hotel M. Suites di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE



.


28 June 2018

Asri Hamidon dilantik Pengerusi 1MDB ?!



SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/asri-hamidon-dilantik-pengerusi-1mdb-1.696850


Asri Hamidon dilantik Pengerusi 1MDB



Asri



PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidon dilantik sebagai Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang baharu berkuat kuasa semalam.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat 1MDB, Asri berpengalaman luas dan menyelia pelaburan kerajaan.
Selain itu, 1MDB turut mengumumkan pelantikan jawatankuasa eksekutif baharu yang dianggotai oleh Datuk Mohammad Faiz Azmi, Datin Rashidah Mohd. Sies dan Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman. - K! ONLINE



.

25 June 2018

Tabung Harapan kumpul RM108.2 juta


SOURCE:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/tabung-harapan-kumpul-rm108-2-juta-1.696359

Tabung Harapan kumpul RM108.2 jutatabung harapanPUTRAJAYA 25 Jun 2018 - Lebih RM108.2 juta dikumpul melalui Tabung Harapan Malaysia (THM) sehingga pukul 3 petang hari ini.

Jumlah sumbangan dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi laman web kementerian itu.
Penubuhan THM diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan selepas mengetahui paras hutang kerajaan mencecah RM1 trilion.
Penubuhannya membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat itu secara sistematik dan telus.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660 1062 6452 dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia). - UTUSAN ONLINE



.

19 June 2018

Peguam Kamal Hisham




SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/sultan-johor-ampunkan-peguam-kamal-hisham-1.691040


Sultan Johor ampunkan peguam Kamal Hisham


KAMAL HISHAM JAAFAR (kiri) ketika direman di Johor Bahru pada 2015. - Gambar fail

KAMAL HISHAM JAAFAR (kiri) ketika direman di Johor Bahru pada 2015


JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini memaaf dan mengampunkan peguam Kamal Hisham Jaafar daripada segala perbuatan, persuratan, perlakuan dan tindakan yang dibuat oleh beliau sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja terhadap baginda. 
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini berkata keputusan itu dibuat susulan permohonan maaf yang diterima baginda daripada Kamal Hisham.
Selain itu, ia atas nasihat dan persekutuan Jumaah  Majlis Diraja serta mengambil  berkat bulan Ramadan.
"Dengan limpah keikhlasan Tuanku yang amat sangat, suka sedia dan berkenaan menerima permohonan tersebut dan mengampunkan Kamal Hisham Jaafar tanpa apa-apa syarat.
"Tuanku berharap Encik Kamal Hisham akan dapat meneruskan kehidupannya dengan kesejahteraan, amana dan damai," kata beliau.
Kamal  Hisham, 47, sebelum ini, berdepan dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM533,000; sembilan pertuduhan ter babit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM150,000 dan enam pertuduhan di bawah Akta Syarikat.
Bagi pertuduhan pecah amanah, Kamal Hisham didakwa menggunakan dua syarikatnya untuk memasuki perjanjian penyewaan ruang niaga bernilai RM515,000 dan RM18,000 di bangunan JB Sentral tanpa persetujuan Lembaga Pengarah syarikat Southern Ads pada Di sember 2009 dan Oktober 2010.
Di bawah pertuduhan Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 pula, dia didakwa menerima sembilan keping cek berjumlah RM149,518.33 yang merupakan hasil aktiviti haram di Bank Muamalat Malaysia Bhd. cawangan Taman Johor Jaya di sini antara 18 Mac dan 5 Ogos 2010.
Bagi enam pertuduhan di bawah Akta Syarikat, Kamal Hisham didakwa telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengarah dan pemegang saham Southern Ads serta gagal mendedahkan kepentingannya dalam dua syarikat lain berhubung urus niaga sewaan ruang perniagaan di JB Sentral antara 7 Ogos 2009 dan 31 Julai 2011.
Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut dan telah dibicarakan.
Sepanjang tempoh perbicaraan sejak Januari tahun lalu, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil dan dua peguam bela iaitu Datuk Shaharudin Ali dan Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz dilantik bagi mewakilinya.
Dalam pada itu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz  ketika dihubungi Bernama melahirkan rasa syukur terhadap keampunan itu.
Menurutnya, pihaknya sedang dalam proses untuk menguruskan beberapa urusan pentadbiran dan dokumentasi dengan Jabatan Peguam Negara untuk proses pembebasan Kamal Hisham.
"Disebabkan kesuntukan masa untuk cuti Aidilfitri, kemungkinan Kamal hanya boleh dibebaskan pada minggu pertama selepas cuti Aidilfitri. Makluman lanjut akan di maklumkan dari masa ke semasa," katanya. - Bernama



.

18 June 2018

UCSI universiti swasta terbaik di Malaysia !


SOURCE:
http://www.utusan.com.my/pendidikan/ucsi-universiti-swasta-terbaik-di-malaysia-1.687425

UCSI universiti swasta terbaik di Malaysia

UCSI



KUALA LUMPUR 7 Jun - Universiti UCSI telah diiktiraf sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dalam penilaian QS World University Rankings menempatkannya dalam kelompok dua peratus yang terbaik daripada semua
universiti di dunia.
Berada di kedudukan 481, UCSI adalah satu-satunya universiti swasta di Malaysia yang berada di kedudukan tangga 500 terbaik dalam ranking itu.
UCSI juga merupakan satu daripada hanya enam universiti tempatan dengan pencapaian membanggakan ini, bersama dengan lima universiti penyelidikan tempatan yang lain.
Naib Canselor dan Presiden UCSI, Profesor Kanan Datuk Dr. Khalid Yusoff UCSI dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memberitahu, ini adalah kali pertama UCSI disertakan di dalam penilaian QS World University Rankings – satu penilaian tahunan yang memberi pengiktirafan pada universiti-universiti terbaik di seluruh dunia.
“Tahun ini merupakan tahun yang memberi impak kepada UCSI kerana telah diiktiraf oleh QS University Rankings: Asia 2018 sebagai universiti yang paling pantas meningkat naik di Asia dan berada di kedudukan 100 teratas untuk reputasinya sebagai universiti seni persembahan di penilaian QS World University Rankings by Subject 2018.
“Kemampuan universiti ini untuk terus meningkat naik di peringkat global adalah kerana gabungan hebat yang menunjukkan kegigihan daya usaha universiti yang sentiasa ingin mencapai kecemerlangan dan prestasi terbaik dengan strategi tertentu untuk capaian secara dalaman juga luaran,” katanya.
Kejayaan itu juga katanya, disebabkan oleh komitmen untuk meningkatkan nilai kerjasama bagai kepentingan masa depan pelajar dan pekerja serta dedikasi dan daya usaha pelajar dan pekerjanya dalam mencapai aspirasi ini.
“Kami menerima kejayaan ini memandangkan ia menuju ke arah yang betul. Kami semua di UCSI berusaha keras untuk terus memperbaiki prestasi kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih di atas usaha semua pekerja dan pelajar UCSI.
“Fokus kami adalah untuk memajukan dan meningkatkan lagi prestasi UCSI. Kami juga sedang berusaha untuk membina kekuatan universiti. Pendidikan berkualiti adalah keutamaan kami dan kami ingin menjadi perintis dan pelopor yang mendahului pelbagai aspek pendidikan,” katanya.
Khalid juga merasakan bahawa kedudukan UCSI di dalam penilaian ini menunjukkan bahawa universitI di Malaysia boleh memperlihatakan kemajuan yang jelas sekiranya mereka menggabungkan kebolehan dan usaha mereka untuk menjadi lebih baik.
“Penilaian ini juga membuktikan bahawa kita mampu melakukan apa saja jika kita mahu. Kita tidak dapat lakukannya sekiranya kita memutuskan untuk tidak lakukannya.
“Menyahut visi industri pendidikan tempatan, UCSI berkongsi aspirasi dan peranan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi utama di Asia,” katanya.
Beliau memberitahu, selama ini, UCSI fokus untuk memperbaiki hasil kajian berimpak tinggi, pengajaran dan perkembangan kokurikulum dan gabungan kerjasama industri. 
UCSI juga katanya, bekerjasama dengan universiti-universiti terulung di seluruh dunia dan tidak lupa juga universiti-universiti baharu selain mempertingkatkan kerjasama dengan universiti-universiti terbaik di dunia.
Pelajar UCSI dipilih setiap tahun oleh Harvard, Imperial College London, Chicago dan Tsinghua and the University of Queensland untuk penglibatan mereka dalam program penyelidikan mereka sebelum ini.
Selain itu, University of Melbourne juga telah mengatur kerjasama dengan UCSI supaya pelajar perubatan tahun ketiga UCSI mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran di Melbourne untuk Sarjana Sains Perubatan selepas setahun pengajian, menunjukkan bahawa Universiti Melbourne mengiktiraf program perubatan UCSI dengan tempoh tiga tahun ini.
Pelajar-pelajar UCSI ini kemudiannya akan pulang ke UCSI untuk menghabiskan program perubatan mereka, menamatkan pengajian mereka bersama dua ijazah dan dua universiti. - UTUSAN ONLINE



.

13 June 2018

Waris mangsa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah tuntut keadilan !



SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/waris-mangsa-kebakaran-tahfiz-ittifaqiyah-tuntut-keadilan-1.690134

Waris mangsa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah tuntut keadilan



Peguam kepada waris mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Faiz Fahmi Md Fod

Peguam kepada waris mangsa tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Faiz Fahmi Md Fodzi (duduk, kanan) pada sidang akhbar berkaitan perkembangan terkini kes kebakaran Pusat Tahfiz itu di Wisma Bernama, semalam.


KUALA LUMPUR - Sebahagian keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, di sini mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman sivil terhadap pemilik pusat tahfiz tersebut dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang didakwa cuai sehingga berlakunya tragedi menyayat hati itu.
Saman sivil terhadap tiga pihak iaitu pemilik pusat tahfiz, MAIWP dan dua remaja yang merupakan tertuduh dalam kes itu, difailkan oleh firma guaman Tetuan Mohaji, Hazury dan Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 6 petang semalam.
Tragedi kebakaran pusat tahfiz yang terletak di Kampung Datuk Keramat, di sini, yang berlaku pada kira-kira 5.15 pagi 14 September tahun lalu itu menyebabkan 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut selepas terperangkap dalam kebakaran bangunan sementara pusat tahfiz berkenaan.
Peguam Faiz Fahmi Md Fodzi berkata, beliau mewakili Persatuan Kebajikan Tahfiz Malaysia (Pertama) yang ditubuhkan 11 waris mangsa yang meninggal dan yang cedera dalam insiden itu, bertujuan untuk membela kebajikan mangsa dan waris yang terkesan dengan tragedi itu.
"Saya mewakili anak guam memfailkan saman bagi menuntut keadilan melibatkan isu keselamatan dan sumbangan derma yang sehingga kini masih belum diterima oleh waris," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini.
Menurut Faiz Fahmi, dalam tuntutan saman itu, pusat tahfiz berkenaan antara lain didakwa gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat kepada pelajar sehingga menyebabkan mereka menjadi mangsa kebakaran tersebut.
Ia juga menuntut satu deklarasi supaya semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera serta plaintif-plaintif menerima 100 peratus derma yang didermakan khusus untuk mangsa kebakaran, serta menerima 80 peratus daripada derma umum kepada mangsa kebakaran, dengan kedua-dua pembahagiannya tertakluk kepada mekanisme yang ditentukan mahkamah.
Sementara itu, pengerusi Pertama Zamzuri Zakaria berkata, saman berkenaan adalah pilihan terakhir terpaksa diambil waris kerana sehingga kini pihak keluarga mangsa yang meninggal, cedera dan ada yang masih trauma, masih gagal mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan pusat tahfiz tersebut, terutama dengan pengetua pusat tahfiz Mohd Zahid Mahmood, bagi mendapat penjelasan mengenai kedua-dua perkara berkenaan.
"Tujuan persatuan memfailkan saman ini ialah untuk membuka ruang bagi perbincangan diadakan kerana sehingga kini, sudah hampir 10 bulan kejadian berlaku, tetapi masih belum ada perbincangan diadakan antara pihak sekolah dengan waris. Sebenarnya sudah banyak kali kesemua waris cuba mengatur pertemuan dengan pihak tahfiz namun sehingga hari ini tidak mendapat kerjasama daripada pihak pengetua.
"Kali terakhir waris mangsa berjumpa dengan pengetua pusat tahfiz berkenaan ialah 22 September, kira-kira seminggu selepas kejadian, namun disebabkan tidak semua waris terlibat turut serta pada pertemuan itu, mereka menetapkan satu tarikh lain iaitu 30 September untuk perjumpaan bersama semua waris," katanya.
Beliau berkata, semasa pertemuan pada 22 September itu pengetua memberitahu akan menyimpan 30 peratus daripada sumbangan dan selebihnya akan diserahkan kepada keluarga 21 pelajar yang terkorban dan keluarga mangsa yang cedera dan trauma.
"Bagaimanapun, pada 30 September ketika semua waris berkumpul, pengetua tidak hadir dan hanya menghantar wakil yang ketika ditanya hanya menjawab beliau tidak tahu apa-apa. Sehinggalah ke hari ini, masih belum ada perjumpaan pihak tahfiz dengan kesemua waris terlibat," katanya.
Selain itu, katanya, pihak waris juga menggunakan platform kumpulan WhatsApp ibu bapa dan tahfiz yang sedia ada untuk berbincang namun pihak pengurusan tahfiz didakwa sering mengelak terutama apabila ditanya tentang sumbangan, dan terakhir sekali pihak sekolah meminta waris berhubung dengan peguam mereka.
"Sebab itulah kami juga terpaksa mendapatkan khidmat peguam. Selama hampir 10 bulan perkara ini berlarutan, kami kesal kerana tiada perbincangan dengan pihak pengurusan tahfiz," katanya. 
Setiausaha Pertama Datin Hartini Abd Ghani, 49, yang kehilangan anak Nik Muhammad Ridzuan, 12, dalam kebakaran itu berkata persatuan itu cuba untuk membela nasib kebanyakan waris yang terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan, serta ada di antara mangsa cedera dan mengalami kecacatan kekal masih menjalani rawatan sehingga kini.  
"Mengenai wang sumbangan, kami ada bertanya kepada pihak pengurusan tahfiz namun kami tidak pernah dimaklumkan mengenai butirannya, berapa jumlahnya kami tidak tahu kerana setiap kali ditanya pihak tahfiz berkata ia masih diaudit, paling menyedihkan apabila bertanya, waris pula dikatakan tamak," katanya.
Katanya, waris hanya tahu mengenai jumlah terkumpul sumbangan sebanyak RM7.6 juta setelah diumumkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu sidang media pada Oktober tahun lalu.
Sementara itu, Nur Azizan Abdul Razak, 45, bapa kepada Muhammad Taufiq Hidayat, 16 yang meninggal dunia dalam insiden berkenaan berkata beliau kesal kerana sehingga kini tiada sebarang perbincangan di antara pihak pengurusan tahfiz dan keluarga mangsa.
Nor Azlin Abd Aziz, 37, ibu Mohd Afiq Hakimi Hairul Azwan, 11  yang turut terkorban dalam tragedi itu mengharapkan isu itu segera selesai.
"Sudah hampir 10 bulan peristiwa itu berlaku, tetapi perkara ini masih berlarutan, kalau boleh kami sekeluarga dan saya percaya waris-waris yang lain juga, ingin ia cepat-cepat selesai. Selagi ia berlarutan, selagi itu peristiwa pilu yang berlaku akan menghantui kami.
"Walaupun cuba menjalani kehidupan seperti biasa, tetapi hakikat kehilangan anak dalam tragedi seperti itu, hanya kami yang tahu... tambah-tambah dah semakin dekat dengan hari raya ni," katanya.
Pihak berkuasa mendakwa kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat dan susulan itu tujuh suspek dilaporkan ditahan pada 15 Sept tahun lalu bagi membantu siasatan polis.
Bagaimanapun, hanya dua daripada mereka, kedua-duanya berumur 17 tahun berdepan 23 pertuduhan membunuh melibatkan kes berkenaan dan kedua-dua mereka diwakili firma guaman Gobind Singh Deo & Co. - Bernama


.


12 June 2018

Peruntukan gaji, emolumen Agong dikurangkan 10 peratus


SOURCE:
http://www.kosmo.com.my/terkini/peruntukan-gaji-emolumen-agong-dikurangkan-10-peratus-1.689739


Peruntukan gaji, emolumen Agong dikurangkan 10 peratus



agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

KUALA LUMPUR - Sultan Muhammad V memberi perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen sebagai Yang di-Pertuan Agong dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz berkata, ini kerana Seri Paduka amat prihatin tentang tahap hutang dan keadaan ekonomi negara serta mahu bersama-sama rakyat menunaikan tanggungjawab terhadap negara.
"Seri Paduka amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat semalam, jumlah kutipan untuk Tabung Harapan Malaysia mencecah RM55,386,342.38 juta.
Wan Ahmad Dahlan  juga berkata, bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Seri Paduka bertitah untuk tidak mengadakan majlis rumah terbuka di Istana Negara.
Anggaran peruntukan kewangan untuk majlis rumah terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. - Bernama



.